Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 87
Ahli: 0
Jumlah: 87




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 6 hari yang lalu
Daeng_Jati: 13 hari yang lalu
skater: 15 hari yang lalu
HIKAL: 34 hari yang lalu

Menegakkan Kalimah Allah
 Posted on Sabtu, 12 Januari 2008 @ 8:10:06oleh istisafa
Semasa as-syafie menulis Kita umat Islam hendaklah ingat, perjuangan kita adalah untuk menegakkan kalimah Allah. Jangan lupa keadaan ini walau di dalam keadaan susah atau senang. Kita mesti perjuangkan kalimah Allah ini walau di dalam keadaan yang bagaimana sekalipun.

Suasana dan keadaan yang berlaku hanya seperti perubahan-perubahan cuaca bagi bagi manusia. Yang penting manusia akan dapat terus hidup di dalam apa bentuk cuaca sekali pun. Yang penting umat Islam dapat hidup di dalam apa juga suasana dan keadaan sekalipun.

Sekiranya anda berada di dalam limpahan rezeki berbentuk harta dan wang yang melimpah-limpah, jangan lupa perjuangan kita adalah perjuangan mendaulatkan kalimah Allah. Jikalau anda berada di dalam keadaan terhimpit dan tertekan, jangan lupaperjuangan kita adalah untuk menegakkan kalimah Allah. Begitu juga kalau anda sebagai penguasa dan pemerintah di atas muka bumi ini, jangan lupa perjuangan kita adalah untuk menegakkan kalimah Allah.

Perjalanan hidup merubah suasana manusia adakalanya miskin, adakalanya kaya. Ada ketika menjadi kaum muslimin yang tertindas dan pada waktu yang lain menjadi penguasa-penguasa alam. Perjalanan hidup ini tidak sepatutnya mengubah cita-cita perjuangan mendaulatkan kalimah Allah. Ada orang yang lupa dengan cita-cita mendaulatkan kalimah Allah setelah dia menjadi kaya raya. Ada yang lupa untuk menegakkan kalimah Allah kerana sangat sempit kehidupannya. Ada yang lupa kerana mendapatkan isteri yang cantik. Ada orang yang meninggalkan cita-cita menegakkan kalimah Allah ini setelah banyak diuji dengan berbagai ujian.

Kita perlu ingat bahawa seseorang Islam itu tidaklah mulia kerana dia kaya, menjadi orang yang berharta,menjadi penguasa dan ternama. Dan tidak pula menjadi hina kerana miskin atau dibenci atau dibuang orang keluar negerinya. Tetapi seorang muslim itu mulia kerana jihad dan perjuangannya menegakkan kalimah Allah.

Kekufuran tidak perlu diperjuangkan kerana ia ibarat sampah sarap atau sisa buangan. Ia akan sentiasa ada sepanjang zaman. Tetapi Islam mesti diperjuangkan oleh pendukungnya. Jikalau di dalam golongan kuffar, terdapat golongan kaya, di dalam golongan muslim juga ada golongan kaya. Jikalau di dalam golongan kuffar ada golongan muslim, golongan muslim juga ada yang miskin. Jikalau di dalam golongan kuffar itu ada pemimpin, di dalam golongan Islam juga ada pemimpin. Jikalau di dalam golongan kuffar itu ada ramai pengikut, golongan Islam juga punyai ramai pengikut. Yang membezakan golongan kuffar dan muslim adalah cita-citanya di dalam menegakkan ideologi di atas muka bumi ini. Seorang muslim yang sejati ialah mereka yang sentiasa terus menerus berjuang menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini di dalam apa keadaan dan suasana sekalipun.

Berpegang teguh pada perjuangan menegakkan kalimah Allah inilah yang akan mengumpulkan kita dengan ilmu, kumpul sahabat, kumpul semangat, bina ukhwah dan persaudaraan, bina ekonomi dan kemajuan, bina kesedaran, bina sistem pendidikan, bina insan dan segala-galanya. Semua itu perlu kita laksanakan kerana hendak mencapai cita-cita mendaulatkan kalimah Allah. Semuanya ini adalah alat untuk mencapai matlamat mendaulatkan kalimah Allah. Mari kita bangunkan ekonomi untuk daulatkan kalimah Allah. Mari kita kuatkan ukhwah dan persaudaraan di dalam menegakkan kalimah Allah. Mari kita tambah ilmu, bina semangat kerana hendak menegakkan kalimah Allah. Mari kita beri kesedaran kepada masyarakat kerana hgendak menegakkan kalimah Allah. Pendek kata apa sahaja yang kita lakukan adalah untuk mendaulatkan hukum hakam Allah di atas muka bumi ini.

Lihatlah betapa banyaknya hukum Allah yang masih tidak dilaksanakan di atas muka bumi ini sama ada pada diri, keluarga atau masyarakat. Siapa yang hendak dipersalahkan dan kepada siapa hendak dipertanggung jawabkan. Bukankah kepada kita semua ? (( Disunting : MOHD KHALID RAHMAT ))

 

  Semasa


Komen


"Menegakkan Kalimah Allah" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Menegakkan Kalimah Allah
oleh akil78 ([email protected]) pada Rabu, 18 Februari 2009 @ 16:08:23
(Info AHLI) http://www.al-islamiah.blogspot.com/


Assalamualaikum...
salam ukhwah kepada semua sahabat yang di muliakan ALlah...
ana sokong apa yang diterangkan oleh saudara yang menulis artikel ini..
tujuan kita hidup di dunia ini adalah cuma satu iaitu menegakkan kalimah tauhid(Allah SWT) dan seterusnya taat pada perintah-Nya dan tinggal segala larangan-Nya..
pekerjaan kita seperti arkitek ukur tanah, posmen, pegawai dan sebagainya adalah no 2..
yang utama sekali adalah mengajak manusia supaya kenal kalimah Allah...
dan seterunya mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW.
tidak kira kaya, miskin, sihat, sakit, pemerintah, hamba abdi, semua kena taat pada perintah Allah..

di Akhirat nanti Allah akan tanya 4 golongan yang ingkar pada perintah Allah..
gol pertama adalah org yang kaya.. Allah tanya kepada gol kaya, Kenapa semasa kamu di dunia tidak taat pada perintah Aku? mereka berkata:kami tidak taat pada perintah Engkau kerana terlalu asyik mengejar kekayaan sehingga lupa pada-Mu ya Allah.. Allah panggil Nabi Sulaiman.. dengan mengatakan Nabi Sulaiman juga kaya dan pemerintah pada zaman tersebut, tapi beliau taat pada perintahKu.. gol kaya tadi pun diam..

gol kedua adalah org miskin... Allah tanya pada gol miskin, Kenapa semasa di dunia kamu tidak taat pada perintah Aku? mereka menjawab : kami tidak mampu taat pada perintah Engkau kerana kami sangat miskin sehingga tak mampu tunaikan perintah-Mu ya Allah... Allah panggil Nabi Isa.. dengan mengatakan Nabi Isa pada masa itu tidak ada apa-apa hanyalah sehelai sepinggan..tapi beliau taat pada perintaKu walaupun beliau miskin. gol miskin tadi pun terus diam..

gol ketiga adalah org sakit..Allah tanya pada org yang sakit, Kenapa semasa di dunia kamu ingkar pada perintahKu? mereka berkata : kami tidak taat pada perinta-Mu kerana kami sakit sehingga tidak mampu taat perintah-Mu ya Allah.. Allah panggil Nabi Ayub yang merupakan pada masa itu Nabi yang selalu menderita sakit..walaupun beliau selalu sakit tapi beliau sentiasa taat pada perintah Allah... gol sakit tadi pun diam..

gol keempat adalah gol hamba abdi..Allah tanya pada gol hamba ini, Kenapa semasa hidup di dunia kamu ingkar pada perintah-Ku? mereka menjawab :kami tak taat pada perintah-Mu kerana kami hanyalah hamba sehingga tidak ada masa untuk taat pada perintah-Mu ya Allah.. Allah panggil Nabi Yusoff.. Nabi Yusoff pada masa itu hanyalah seorang hamba kepada Raja Yathrib tetapi beliau sentiasa taat pada perintah-Ku.. maka gol hamba tadi pun diam..
keempat-empat gol tadi terus di humban kedalam neraka..

ini menunjukkan kita tidak boleh membuat alasan sekalipun kita sakit, kaya, susah dan macam-macam lagi..
kita hendaklah sentiasa taat pada perintah Allah dalam keadaan apa sekalipun./.
mudah-mudahan kita sentiasa di Rahmati Allah..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.075234 saat. Lajunya....