Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-08-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dengan siapa anda bergaul, itulah ganmbaran masa depan anda
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 14 hari yang lalu
the_brOtherz: 41 hari yang lalu

kekuatan nombor???
 Posted on Sabtu, 19 Mei 2007 @ 10:16:55oleh istisafa
Umum Amzar menulis "Fehhhh! Menarik nombor rumah itu," kata Ramey apabila terpandang tulisan No.1, Jalan Tempinis 1/1 – pada sebuah banglo.

"Haiii! Ada juga manusia yang percaya nombor macam tu!" kata Zidan yang duduk di sebelah. Mereka sama-sama ketawa, sementara Ramey terus memandu. Kedua-dua sahabat itu terus membisu. Masing-masing memikirkan tentang nombor. Betulkah ada nombor membawa tuah dan yang lain tidak?

"Apa yang aku tahu, orang Cina cukup taksub dengan nombor 8 – ada ‘ong’ kata mereka," Ramey memecah kesunyian.

"Tapi apa yang aku dengar, jangan sebut itu pada orang India, ia lambang kematian," balas Zidan. Kedua-duanya serentak terkekeh-kekeh.

Bagaimanapun seorang ahli fizik, Prof Norhisham Wahab mengaku melalui kajiannya ada nombor yang membawa keburukan dan kebaikan.

"Benar, nombor ada semangat atau tenaga semula jadi yang boleh membawa keburukan atau kebaikan. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah.

"Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang," jelas Prof. Norhisham.

Pengasas rawatan terapi warna di Malaysia ini berpendapat, kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, insha-Allah dia akan berjaya.

"Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh," katanya berseloroh. Lalu Prof. dari. Norhisham menghuraikan rahsia nombor dan kegunaannya hasil kajiannya itu.

1 – Satu
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang.

Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 – Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh.

Menurut Prof. dari. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.

Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan.

"Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh," tambahnya lagi.

3 – Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.

Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk.

Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.

Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya.

Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 - Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi.

Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

5 – Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi.

Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan.

Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan.

Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 – Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk.

666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.

Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.

Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 – Tujuh
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu.

Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.

Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 –Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya –untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap.

Sebabnya…. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian.

Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 – Sembilan
NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap.

Tapi, jangan bimbang….walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 atau 0
Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir.

Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.

Menurut Prof. Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah… tidak wujud penyesalan.

Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.

Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969 - 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 (3+1=4) Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri.

 

  Umum


Komen


"kekuatan nombor???" | Login/Mendaftar | 8 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: kekuatan nombor???
oleh chibi_maruko pada Ahad, 20 Mei 2007 @ 21:12:48
(Info AHLI)


memang menarik...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: kekuatan nombor???
oleh sitishairah pada Isnin, 21 Mei 2007 @ 11:49:25
(Info AHLI)
betul ke boleh dipercayai terutamanya bagi nombor 2 tu..rasa-rasanya macam nak cuba buat...tapi takut jugak...
]


Re: kekuatan nombor???
oleh aiz pada Rabu, 23 Mei 2007 @ 17:50:51
(Info AHLI) www.ramadhan.net.my / http://www.jawi.com.my/
info yang menarik..
]


kekuatan nombor???
oleh edm_gurlz87 (edm_gurlz87) pada Jumaat, 27 Julai 2007 @ 18:27:17
(Info AHLI)
takutnya dengar.sebab nombor saya no.8.boleh percaya ke ini.......
]


Re: kekuatan nombor???
oleh Prof_Muslim pada Jumaat, 25 Mei 2007 @ 9:54:16
(Info AHLI)
betul sampai kawan prof kat pejabat terus nak pratik, sebab dia tahu punyai nombor 2. hehehe
]


Re: kekuatan nombor???
oleh nams ([email protected]) pada Selasa, 18 Mac 2008 @ 11:27:40
(Info AHLI)
saya anak no6,takut juga bila baca mula-mula,bkaitn iblis,tapi sikbaik bil ayat suci alQuran 6666..tapi kira-kira daripada birthday saya,no3 plah,em macam mana ek..
]


Re: kekuatan nombor???
oleh jelapangchild ([email protected]) pada Ahad, 14 September 2008 @ 16:58:52
(Info AHLI)
saya termaktub kat no ni!!!

5 – Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi.

Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan.

Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan.

Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

Assalamualaikum...
semua sahabat ukhwah...
menarik disini, boleh kita tahu sedikit sebyk klebihan dan kekurangan diri kita... cubalah
wassalam
]

Re: kekuatan nombor???
oleh shimaku ([email protected]) pada Sabtu, 22 November 2008 @ 2:17:17
(Info AHLI) http://shima-ku.blogspot.com/


4 - Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi.

Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

**saya bernaung di bawah nombor ini, kekadang terasa ada mengena dengan keperibadian saya ni..

**No.2 tu sejauh mana kebenarannya ye..niat di hati macam nak mencubanya...hehehe
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078306 saat. Lajunya....