Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 36
Ahli: 0
Jumlah: 36




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 16 hari yang lalu
al-biruni03: 45 hari yang lalu

Ciri sahabat yang perlu dicari
 Posted on Isnin, 12 Mac 2007 @ 15:23:40oleh istisafa
Semasa aye menulis 5 cara pilih sahabat.
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

 

  Semasa


Komen


"Ciri sahabat yang perlu dicari" | Login/Mendaftar | 13 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Ciri sahabat yang perlu dicari
oleh putri_solehah ([email protected]) pada Isnin, 12 Mac 2007 @ 16:44:28
(Info AHLI)


dunia akhir zaman sekarang ini.. mampukah kita memiliki sahabat seperti ini.. moga Allah kurniakan sahabat yang dapat membantu berjuang demi islam tercinta..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Ciri sahabat yang perlu dicari
oleh muzaffar_yassin ([email protected]) pada Khamis, 15 Mac 2007 @ 15:42:02
(Info AHLI)
asalamualaikum, sahabat seperti di nyata tu memang mudah di cari ia ada di sekitar kita ,cuma dalam diri kita nii sendiri yang masih ragu2 segan , ego dan sedikit masalah tidak mahu beralah,masing-masing nak tunggu kawan sapa dulu baru tunjukkan sikap kita yang sebenar yang sememangnya menanti kehadiran sahabat seperti itu,,,,uuumh apatah lagi sahabat yang sama-sama dalam perjuangan fisabillilah...
salam.
]

Re: Ciri sahabat yang perlu dicari
oleh eme86 ([email protected]) pada Rabu, 14 Mac 2007 @ 17:28:30
(Info AHLI)


Nak cari juga sahabat yang macam ini, tapi sampai sekarang belum menemui nya lagi.......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Ciri sahabat yang perlu dicari
oleh muzaffar_yassin ([email protected]) pada Khamis, 15 Mac 2007 @ 15:36:45
(Info AHLI)
ada sahabat seperti ini...tapi ia perlu bermula dari kita,
]

Re: Ciri sahabat yang perlu dicari
oleh munawarah07 ([email protected]) pada Rabu, 04 April 2007 @ 18:32:33
(Info AHLI)


terkedu lidah tak terkata apabila membaca artikel ni...betapa mulia seorang sahabat yang memiliki sifat2 tersebut....hargailah sahabat anda...saya telah menemui sahabat seperti itu...subhanallah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Ciri sahabat yang perlu dicari
oleh anmahar ([email protected]) pada Khamis, 05 April 2007 @ 16:06:46
(Info AHLI)


hmmm sahabat yang baik.... Allahuakbar.... :-)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Ciri sahabat yang perlu dicari
oleh Imaniera pada Sabtu, 07 April 2007 @ 12:37:42
(Info AHLI)


assalamualaikum, aye.

syukran jazilan sebab ingatkan saya tentang ciri sahabat ni. bak kata orang. andai ada satu perkataan yang boleh membezakan antara seorang sahabat dan sahabat misali maka perkataan 'pengorbanan'lah yang paling sesuai.

dalam kesibukan mencari kebahagian dunia, kita amat memerlukan sahabat yang boleh memperingatkan kita tentang kebahagian di akhirat kelak. dan, kita perlu jadi sahabat itu.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Ciri sahabat yang perlu dicari
oleh aye (Aprilfool83) pada Jumaat, 02 November 2007 @ 8:56:37
(Info AHLI) http://kelantan.parti-pas.org/
betul tu.... tapi ana sedih kerana gagal menjadi sahabat 'mithali'.....
]

Re: Ciri sahabat yang perlu dicari
oleh naja_muslimah pada Selasa, 17 April 2007 @ 18:40:47
(Info AHLI)


Salam..
insyaAllah,bersama2lah kita berusaha jadi sahabat yang seperti dinyatakan di atas..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Ciri sahabat yang perlu dicari
oleh galapagos ([email protected]) pada Ahad, 13 Mei 2007 @ 10:34:06
(Info AHLI)
assalamualaikum...
memang indah budi bicara saudari..................
terima kasih kerana sudi menulis satu artikel yang mmenginsafkan saya tentang persahabatan yang terbaik. saya harap kita semua tidak terbabit dalam alam sahabat durjana,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
]

Re: Ciri sahabat yang perlu dicari
oleh annynatasha88 ([email protected]) pada Rabu, 30 Mei 2007 @ 18:45:59
(Info AHLI)


alhamdulillah...saya mendapat sahabat yang mempunyai ciri tersebut,dan kami telah menjadi sahabat baik selama 5 tahun dan kini menuntut di universiti yang sama dan kelas yang sama dalam jurusan yang sama...

tetapi...tidak semua manusia sempurna kan?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Ciri sahabat yang perlu dicari
oleh edm_gurlz87 (edm_gurlz87) pada Isnin, 02 Julai 2007 @ 17:02:48
(Info AHLI)
untungnya dapat sahabat yang begitu. tapi, no body is perfect.apa-apa pun saya akan cuba cari sahabat yang begitu...amin
]

Re: Ciri sahabat yang perlu dicari
oleh Imaniera pada Jumaat, 10 Ogos 2007 @ 14:04:15
(Info AHLI)


sahabat, bukan satu tapi beribu...bukan sementara tapi selamanya, bukan dimusuhi tapi disayangi, bukan dilupai tapi diingati, bukan hanya di sini tapi di mana-mana, bukan hanya setakat ini tapi untuk selamanya....
rasanya kalaulah ada ikatan persahabatan seperti ini, hidup pasti akan lebih bermakna.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.084201 saat. Lajunya....