Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 192
Ahli: 0
Jumlah: 192




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 9 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Hikmat Berdiam Diri
 Posted on Khamis, 04 Januari 2007 @ 8:57:19oleh istisafa
Semasa drzul-f menulis Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengena! i kelebihan diam yang bermaksud:
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, kerana KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, orang CERDIK yang PENDIAM LEBIH BAIK DR orang BODOH yang BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG yang BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU orang MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, yang SEBENARNYA orang ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

 

  Semasa


Komen


"Hikmat Berdiam Diri" | Login/Mendaftar | 8 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Hikmat Berdiam Diri
oleh graduanislam22 ([email protected]) pada Jumaat, 12 Januari 2007 @ 1:30:13
(Info AHLI) : http://afzanazhari.blogs.friendster.com/blog_4_afzan/


salam'alaykum wbt..macam mana pulak kalau kita nak bgtahu masyarakat mengenai Amar ma'ruf dan nahi mungkar? adakah sebaik2 teguran apabila melihat kemungkaran didepan mata adalah dengan hanay berdiam diri?

time kasih atas artikel saudara..banyak manfaatnya..teruskan usaha kita demi menyanjung Islam dimuka bumi Allah SWT...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Hikmat Berdiam Diri
oleh umaira_sutera ([email protected]) pada Isnin, 15 Januari 2007 @ 23:00:34
(Info AHLI)
berdiam diri adalah cara terbaik terutama apabila berlaku perselisihan faham yang boleh membawa kepada pertikaman lidah.tetapi apabila melihat kemungkaran di depan mata..ada baiknya kalau kita punya kekuatan,tegurlah dengan cara berhikmah..apa yang penting biarlah niat kita kerana ALLAH semata-mata.
]


Re: Hikmat Berdiam Diri
oleh drzul-f ([email protected]) pada Selasa, 16 Januari 2007 @ 6:33:11
(Info AHLI) http://zul-md.blogspot.com/
erk...tegurlah mana-mana yang patut...diam apabila perlu
]


Re: Hikmat Berdiam Diri
oleh drzul-f ([email protected]) pada Selasa, 16 Januari 2007 @ 6:40:13
(Info AHLI) http://zul-md.blogspot.com/
action speaks louder than words....that's the way it should be
]

Re: Hikmat Berdiam Diri
oleh syuhada_islamic (ida) pada Khamis, 08 Februari 2007 @ 8:25:16
(Info AHLI)


terkadang..jawapan yang terbaik untuk satu pertanyaaan adalah DIAM... diam memang lebih baik dari banyak bercakap.. namun begitu DIAM mesti bertempat...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Hikmat Berdiam Diri
oleh nur_saujana pada Rabu, 04 April 2007 @ 13:12:20
(Info AHLI)


assalamulaikum...mudah - mudahan apa yang dltulis ni akan dijadikan manfaat oleh orang lain
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Hikmat Berdiam Diri
oleh hunt_5 pada Ahad, 15 April 2007 @ 23:38:06
(Info AHLI)


"Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya dengan tangan(kuasa). jika tidak mampu cegahlah dengan mulut(lisan) dan jika dia tetap tidak mampu, cegahlah dengan hati. sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.."
Wallahua'lam..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Hikmat Berdiam Diri
oleh Imaniera pada Jumaat, 17 Ogos 2007 @ 10:26:18
(Info AHLI)


salam...

alhamdulillah, akhirnya saya dapat jugak membaca artikel seperti ini...

diam tak bererti kita kalah, diam juga tak bererti kita lemah... kerana diam itulah kekuatan....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085902 saat. Lajunya....