Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 79
Ahli: 0
Jumlah: 79




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 6 hari yang lalu
Daeng_Jati: 13 hari yang lalu
skater: 16 hari yang lalu
HIKAL: 35 hari yang lalu

“Mama, salahkah aku menyintainya? ”
 Posted on Khamis, 23 November 2006 @ 18:21:40oleh istisafa
Umum mana_sikana menulis “Mama, salahkah aku menyintainya? ”

Aku terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. Aku baru sedar bahawa puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh ku buat, dia telah jatuh cinta!

Apakah yang bakal ku ‘bual’kan kepadanya tentang cinta. Aku mencongak kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak akan lari dari aku. Aku bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika aku gagal. Aku akan kehilangannya buat selama-lamanya.

Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita?

Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.
Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu. Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif :

1. Menyintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya. Firman Allah yang bermaksud “Dan di antara manusia ada orang yang mengangkat sesembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang-orang fasik.” ( al-Baqarah :65)

3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. Misalnya ‘cinta pandang pertama’ yang tidak sampai kita membuat maksiat kepada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?

Mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Perasaan ‘cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan Cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kitakepada kemungkaran dan larangan Allah. Memang adat bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiap yang haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun cuma kita yang kadang-kadang cuba ‘menghalalkannya’ dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi Allah ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Apa kata kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunah Ibni Majah : “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah”

Apa? Nikah?!!, Tidak mungkin... sekolah pun belum habis, bagaimana nak bernikah?

Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita : “Janganlah kalian dekati zina...” (al Isra’:32)

“ Ah, terlalu ekstrim! Takkanlah bercinta dianggap mendekati zina?” Tapi bukankah kita pernah dengar sabda Rasulullah: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita… Tidaklah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya syaitan…” (hari Tabrani). “ Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (hari. Muslim dan Abu Daud)

Anakku, kamu seorang remaja Muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya. Mampukah anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya kerana kasihan, kerana ingin mendakwahinya, kerana boleh menasihatinya, kerana mencari rakan diskusi intelek, dan sebagainya.

Jadi mama, apa penyelesaiannya?

Bagi anakku yang sudah jatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaAllah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.

Pun begitu perhatikanlah juga perkara-perkara di bawah ini agar hatimu tidak mudah menjadi rawan :

1. Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu. Ataupun janganlah merenung kaum berlawanan jenis (an Nur:30-31)

2. Hindari berdua-duaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan). Elakkan berinteraksi dengan bukan mahram dengan perkara-perkara kurang penting yang melalaikan.

3. Hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan dan mengghairahkan nafsu.

4. Hindari bacaan/novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.

5. Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita.

6. Sibukkan dengan mengaji dan berzikir. Bergaullah dengan kawan-kawan yang baik kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada ‘cinta’ ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.

7. Apabila kita telah mempunyai seorang ‘teman akrab’, cukuplah kiranya kita fahami maksud firman Allah “Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata “Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya aku dulu tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku al-Quran ketika al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia” (al-Furqan”27-29). Maka janganlah kita menyesal dikemudian hari kerana terlanjur mengambil seorang ‘teman akrab’ yang kononnya menyintai kita.

8. Puasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: “Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya” (an-Naziat:40-41).

9. Bernikah sahajalah jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.

Aduhai mama, susahnya!

Boleh jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah. Dalam sabda Rasulullah juga bersabda bahwa jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia tapi dibenci Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.

Alangkah baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, maka pantas untuk dicintai? Rasulullah bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”

Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhir nanti? Kekasih kita kah? Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. InsyaAllah, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami/isteri, di dunia dan syurga di akhirat nanti, insyaAllah.

Namun anakku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi, cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, mama relakan perkahwinanmu. Mama akan aturkan pernikahanmu secepat mungkin, demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih,suci dan soleh sepanjang generasi zaman. InsyaAllah...

(Sumber : Majalah Perspektif(JIM) Jan/Feb 2005)

 

  Umum


Komen


"“Mama, salahkah aku menyintainya? ”" | Login/Mendaftar | 10 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


huiyo..
oleh mouslimin ([email protected]) pada Selasa, 28 November 2006 @ 17:28:09
(Info AHLI)


Bagusssssnyeeeeee....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: huiyo..
oleh lehgeo ([email protected]) pada Ahad, 03 Disember 2006 @ 0:03:04
(Info AHLI)
masyaAllah..indahnya cinta bersulamkan keindahan kurniaan Allah Taala...Renungkan Cinta apabila disalah gunakan mendatangkan kecelakaan,,,, tetapi disebatikan dalam jiwa demi Allah Taala, nescaya selamat dunia dan akhirat....jazakillah pada value story ini
]

Re: “Mama, salahkah aku menyintainya? ”
oleh pena_sufi ([email protected]) pada Rabu, 13 Disember 2006 @ 17:14:29
(Info AHLI)


subhanallah...ana dah jumpa jawapan yang dicari selama ini
selama ini ana tertanya-tanya, adakah hanya menikah jalan terakhir
ye...lupakan saja dia, jika cinta dia membawa kepada penzinaan,
kepada kemaksiatan...lupakan saja...
biarlah mereka mencemuh 'perempuan sufi', 'wanita suci' atau apa saja
ana lebih gembira begini, bagi ana ini satu doa...
moga berjaya mencontohi wanita sufi
seperti Rabiatul Adawiyah...

pena_sufi
usim,nilai
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: “Mama, salahkah aku menyintainya? ”
oleh nisaulfadhilah ([email protected]) pada Rabu, 13 Disember 2006 @ 22:09:27
(Info AHLI)


sungguh berilmiah artikel ni..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: “Mama, salahkah aku menyintainya? ”
oleh nurul_huda3110 pada Rabu, 24 Januari 2007 @ 11:14:21
(Info AHLI) http://www.yahoo.com/


...salam...
alhamdulillah..ana sudah ke temu jawapannya.

Bukankah ALLAH sudah menjanjikan,"Wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh dan begitulah sebaliknya..."
........................................serikandi islam...................................................
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: “Mama, salahkah aku menyintainya? ”
oleh sahlon pada Khamis, 18 Januari 2007 @ 22:17:23
(Info AHLI)


cintai Tuhan, Sayangi manusia...
alangkah baiknya Tuhan....
Kenapa diri selalu alpa dengan kebaikan Tuhan....
adakah manusia memang mudah lupa?
Tuhan, biarlah hati ini mencintaiMu sebelum ciptaanMu. AMIN
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: “Mama, salahkah aku menyintainya? ”
oleh attuffah_humairah ([email protected]) pada Jumaat, 09 Februari 2007 @ 1:10:15
(Info AHLI)


mudah2an pintu hati ana hanya terbuka dengan pemilik rusuk kiri ini...dengan izin-Nya bila dah sampai masa yang paling tepat yang ana2 benar-benar bersedia...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: “Mama, salahkah aku menyintainya? ”
oleh syahidatul ([email protected]) pada Selasa, 17 April 2007 @ 19:15:49
(Info AHLI) http://dontclick.blogs.friendster.com/wanshye/


Cintai kerana Allah SWT. Cinta itu datang dari Allah SWT, maka sewajarnyalah kita pulangkan cinta itu kembali pada Allah SWT. Semoga dapat bersabar dengan ujian cinta.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: “Mama, salahkah aku menyintainya? ”
oleh galapagos ([email protected]) pada Selasa, 15 Mei 2007 @ 11:41:40
(Info AHLI)


terima kasih mama......semoga Allah merahmati mama sekeluarga...InsyaAllah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: “Mama, salahkah aku menyintainya? ”
oleh sitishairah pada Khamis, 24 Mei 2007 @ 10:53:07
(Info AHLI)


Alhamdulillah...barulah saya sedar sekarang...InsyaAllah...kalau saya menjadi seorang ibu nanti..saya akan cuba sampaikan nasihat yang sama seperti ini.....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078691 saat. Lajunya....