|
Adakah Cinta Memerlukan Sebab??
|
|
|
Posted on Khamis, 23 November 2006 @ 18:18:11oleh istisafa
|
|
|
orangtimur menulis Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak. Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
Komen
oleh ubai pada Ahad, 03 Disember 2006 @ 8:17:17
(Info AHLI) http://bye-d.blogspot.com/
Nak komen...nak komen...
Mungkin si suami tak terfikir sesuatu tentang sebab dia mencintai. Atau suami ni tak tau pasal fitrah manusia. kalau bukan kerana sebab yang dia sebut, mesti ada sebab lain. Sebab fitrah manusia saling memerlukan. "...manusia diciptakan berpasang-pasangan...".
Semua benda bersebab, cuma ramai tak sedar. Mana boleh tak bersebab. Hukum alam memang macam tu, semua bersebab.
kalau bukan kerana mempunyai sifat fitrah mahukan pasangan, mesti ada sebab lain. Seperti mahu ikut sunah Rasulullah kerana cintakan Rasulullah walaupun tidak ada perasaan pada pasangan. Kerana salah satu amanah Allah dan Rasulullah kepada umatnya ialah berkahwin dan membahagiakan isteri.
Semoga cinta kerana Allah lebih bahagia dan kekal selamanya...
oleh mohd pada Isnin, 04 Disember 2006 @ 18:15:20
(Info AHLI)
isteri bukan hak milik tapi anugerah....
oleh cikgu_jak pada Selasa, 05 Disember 2006 @ 14:34:08
(Info AHLI)
sekiranya kita mencintai seseorang kerana Allah jadi tidak ada sebab untuk kita menilai dan menduga cinta itu..cuma Allah yang layak menilainya..
tetapi kita juga mempunyai sebab untuk mencintai seseorang sama ada sebagai sahabat ataupun lebih dari itu..
kita mempunyai sebab untuk mencintai seseorang tetapi cinta itu tidak memerlukan sebab untuk hadir pada seseorang kerana itu adalah fitrah...
begitu juga cinta kita pada Ilahi...
Allah sentiasa mengingati kita hambaNya...
cuma kita manusia yang sering lupa dan lalai untuk mengejar cintaNya
oleh Nurr_Iman pada Isnin, 01 Januari 2007 @ 7:52:32
(Info AHLI)
cinta memang tidak memerlukan sebab..
memang fitrah manusia ingin bercinta dan dicinta..
memang hukum alam... sebab memang setiap manusia yang dijadikan Allah berpasangan.. tetapi kita kadang-kadang tak dapat nak renung/fikir apa sebab kita mencintai seseorang...
bila Allah dah kata.. "kun fayakun".. maka jadilah apa yang diinginkanNya.. Cinta kerana Allah... bukanlah sebab kita mencintai seseorang itu... ianye lebih kepada tangggungjawab kita sebagai hambaNya...
oleh suhaida_2704 ([email protected]) pada Selasa, 30 Januari 2007 @ 16:35:53
(Info AHLI) http://www.yahoo.com/
.............
kerana Allah, cinta ini kuhulurkan, demi keredhaanNya kucurahkan kasih sayangku..
oleh Imaniera pada Sabtu, 07 April 2007 @ 12:23:41
(Info AHLI)
cinta adalah satu perasaan yang tak boleh diukur dengan kecantikan, kemerduan dan keindahan. cinta sesuatu yang abstrak. sekiranya kita meletakakn sesuatu sebagai syarat untuk mencintai atau dicintai, ianya bukan cinta tapi kompromi.
bagi saya, bila Allah campakkan perasaan itu ke dalam hati kita, tiada sebab mengapa dan bagaimana cinta itu tercipta.
pernah tak kita terfikir, Allah memberikan kita dua tangan untuk memegang, dua mata untuk melihat, dua telinga untuk mendengar, dua kaki untuk menapak, tapi Kenapa Allah hanya menganugerahkan kita sekeping hati? kerana Allah ingin kita mencari dan mengenal sekping lagi hati dari seseorang untuk menjadi pasangannya. itulah dia CINTA.