Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan kita. Kita belajar dari kegagalan-kegagalan kita.
-- John Naisbitt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 16 hari yang lalu
al-biruni03: 45 hari yang lalu

Wanita yang dimurkai oleh Allah
 Posted on Jumaat, 08 September 2006 @ 11:16:02oleh istisafa
Tazkirah humanspesiens menulis Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari
kemurkaannya.

Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat.

Abu Zar lah.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 dan mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunnatnya."

Abdullah bin Umar lah.a. meriwayatkan bahawa Nabi
s.a.w. bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa? Semua harta ini milikku dan engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak. Nabi s.a.w. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya dan terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab
Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan,
kesakitan, keletihan dan tekanan. Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh ummat baginda.

Ali lah.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam saya di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan maka bila teringatkan mereka saya menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka
sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala bab* dan kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah,
adapun tentang :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana
dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.
6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.
8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala bab* dan badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam
keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.
2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Dah tau pun tak ada rasa apa-apa.

Na'uzubillahi min zalik.

 

  Tazkirah


Komen


"Wanita yang dimurkai oleh Allah" | Login/Mendaftar | 8 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Wanita yang dimurkai oleh Allah
oleh Iman_Hayati pada Jumaat, 08 September 2006 @ 13:34:11
(Info AHLI)


Terima kasih atas artikal ini..Terasa amat takut bila terbacanya, semoga diri dijauhkan daripada perkara-perkara yang melaluikan ini.semoga ia menjadi pengajaran untuk semua kaum Hawa.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Wanita yang dimurkai oleh Allah
oleh islam-me pada Jumaat, 08 September 2006 @ 18:10:40
(Info AHLI) http://-/
Terima kasih atas maklumat yang diberikan.Amat bermanfaat sekali.Allah itu Maha Adil kerana Dia hanya menghukum anggota badan manusia yang hanya melakukan kesalahan sahaja seperti rambut yang digantung di akhirat kerana semasa hidup di dunia tidak ditutup sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.
]

Re: Wanita yang dimurkai oleh Allah
oleh kembara_girl ([email protected]) pada Isnin, 11 September 2006 @ 9:41:19
(Info AHLI) http://-/


TERIMA KASIH,,,,,DENGAN MEMBACA ARTIKEL NI SAYA DAPAT MENAMBAH ILMU DAN cuba UNTUK BERUBAH DAN MENJAUHI SIKAP2 YANG TIDAK DI SUKAI ALLAH...
AZAB nya SEKSAAN YANG ALLAH BERIKN KEPADA WANITA YANG buat DOSA...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Wanita yang dimurkai oleh Allah
oleh wardatuljannah ([email protected]) pada Jumaat, 15 September 2006 @ 19:46:47
(Info AHLI)


salam ukhwah...
syukran atas artikel yang betul-betul berfaedah...
moga kita sama-sama mengambil iktibar....
moga ana
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Wanita yang dimurkai oleh Allah
oleh zinnirah_ ([email protected]) pada Sabtu, 16 September 2006 @ 1:31:58
(Info AHLI) http://-/


salam..syukran atas artikel ni
banyak menyedarkan ana dr kealpaan
ramai yang ingin masuk syurga, tapi berapa yang benar-benar ikut suruhan ALLAH...
ramai merasa gerun bila mendgr keadaan neraka, tapi berapa yang benar-benar menjaga batasan larangan ALLAH...
moga kita tergolong hantar hamba yang beriman dan bertaqwa sebgaimana golongan yang terdahulu...
ameen..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Wanita yang dimurkai oleh Allah
oleh lisa_solehah pada Selasa, 26 September 2006 @ 10:58:27
(Info AHLI) http://cinta-ilahi.blogdrive.com/


Assalamu'alaikum

Peringatan seperti ini seringkali dilontarkan kepada kita yang bernama wanita namun masih menghairankan kerana ada diantara kita yang hanya risau dan takut ketika mendengar atau membacanya namun selang beberapa hari kemudian, kebanyakkan wanita akan melakukan semula apa yang telah dilihat oleh Rasulullah ketika diisra'kan oleh Allah. Kenapa ramai wanita di zaman ini sudah tidak gerun mendengar perkataan neraka, tidak gentar mendengar azab-azab Allah dan yang paling menyedihkan, tidak takut kepada Allah? Peringatan ini ditujukan buat lisa sendiri dan kepada semua yang bergelar wanita...moga kita semua dijauhkan dari azab Allah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Wanita yang dimurkai oleh Allah
oleh nurcinta pada Isnin, 02 Oktober 2006 @ 20:32:14
(Info AHLI)
lisa sesungguhnya manusia itu mudah alpa...maka harus selalu diingatkan dan perlukan kekuatan untuk berubah...oleh itu mari kita saling beringat...wasalam
]

Re: Wanita yang dimurkai oleh Allah
oleh nurcinta pada Isnin, 02 Oktober 2006 @ 20:40:00
(Info AHLI)


syukran humanspesiens...

'sahabatku yang baik
sesungguhnya nikmat adalah cubaan
bila nikmat disyukuri maka menjadi gerbang pembuka aneka nikmat yang lebih hakiki
namun ingat bila nikmat dikufuri maka dia adalah gerbang lahirnya laknat dan bencana.....syukuri lah setiap nikmat' (lirik lagu Jangan ambil penglihatan ku by Opick)

sama sama kita syukuri nikmat sebagai seorang muslimah yang sebenar amat senang untuk menempah tiket ke syurga...jangan lah kita kufur nikmat and lupa kpada pemilik kita yang sebenarnya--Allah---
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.080396 saat. Lajunya....