Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 16 hari yang lalu
al-biruni03: 45 hari yang lalu

Maksiat yang tersembunyi
 Posted on Jumaat, 08 September 2006 @ 11:02:46oleh istisafa
Tazkirah muthmainnah_126 menulis Budaya hiburan – maksiat yang ‘makan dalam’. "Yahudi adalah penaja utama hiburan yang merosakkan ini. Tujuannya adalah untuk menjajah dan melemahkan fikiran dan jiwa umat Islam. Bagi membendung hiburan yang merosakkan ini ialah dengan menyediakan alternatifnya, iaitu hiburan yang mampu menghidupkan dan mendidik jiwa."

Kalau seseorang itu memakan racun, jelas bahawa dia telah membuat sesuatu yang bahaya dan yang akan mendatangkan mudharat pada dirinya. Memakan racun bukanlah satu kerja yang waras. Orang yang siuman dan berfikiran waras tidak akan memakan racun. Bahaya dan mudharatnya jelas diketahui.

Kalau dia memakan racun di hadapan keluarga, sanak saudara atau orang ramai, maka mereka akan menghalang dan menegahnya. Kalau dia berkeras juga hendak makan racun itu, mereka akan merampas racun itu darinya.

Akan tetapi, kalau orang yang sama memakan lemak dan minyak dengan banyak, memakan gula tanpa had atau memakan makanan yang pedas-pedas belaka, tidak ada siapa yang akan menghalangnya. Sedangkan cara pemakanan sedemikian boleh membahayakan kesihatan. Walaupun makanan-makanan itu boleh menjejas dan membahayakan kesihatan tetapi mudharatnya tidak begitu ketara kalau dibandingkan dengan racun. Oleh itu orang ambil ringan dan menganggap ia perkara biasa.

Begitu jugalah keadaannya dengan maksiat. Ada maksiat yang macam racun. Ini termasuklah mencuri, merompak, membunuh, berzina, merogol, berjudi dan sebagainya. Tidak mudah maksiat-maksiat seperti ini dilakukan di khalayak ramai. Orang akan menegah dan menghalang. Orang akan bertindak untuk menumpaskan orang yang melakukannya.

Dalam pada itu, ada pula maksiat yang macam lemak, gula dan cili, sekali pandang ia tidak kelihatan seperti maksiat. Malahan ia tidak pun dianggap sebagai maksiat. Maka seluruh manusia bergelumang di dalamnya. Dari pihak atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Dari pemimpin hinggalah kepada rakyat jelata. Dari guru hinggalah kepada anak murid. Orang bandar hinggalah kepada orang kampung. Namun mudharatnya makan dalam. Sedikit demi sedikit, ia merosakkan. Lama kelamaan seluruh masyarakat jatuh sakit dan pincang.

Maksiat yang tidak dianggap maksiat ini ialah maksiat yang ada hubungkait dengan hiburan. Ini termasuklah tari-menari, nyanyian dan muzik, olahraga dan sukan. Ramai orang sukar menerima bahawa tarian, nyanyian, muzik dan sukan adalah bentuk-bentuk maksiat sepertimana juga ramai yang tidak dapat menerima bahawa lemak, gula atau cili itu adalah racun kerana kita telah terbiasa dengannya. Kalau tak ada, makan tak sedap.

Tetapi siapakah yang boleh menolak hakikat bahawa semua itu mudharat dalam jangka panjang. Siapa yang boleh menolak hakikat bahawa mudharatnya makan dalam. Kalau mudharatnya telah berleluasa dalam masyarakat, ia susah untuk dipulihkan. Sama susahnya untuk memulihkan orang yang sudah terkena penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan lemah jantung akibat dari terlalu banyak makan lemak, gula dan cili.

Orang-orang yang terlibat secara terus dengan tari-menari, nyanyian dan muzik, olahraga dan sukan yang kita lihat di pentas, di auditorium, di kaca TV, di studium dan gelanggang sukan dan yang berkumandang suara mereka di radio tidaklah ramai. Mereka itu pula tertakluk kepada syarat-syarat dan disiplin yang tertentu dan tidak bebas berbuat sesuka hati mereka. Tetapi apa yang menjadi masalah ialah peminat-peminat di seluruh negara yang terdiri berbagai-bagai peringkat umur, berbagai tahap pendidikan dan berbagai tahap akhlak dan moral. Mereka tidak tertakluk kepada apa-apa syarat dan disiplin. Mereka bebas berbuat apa sahaja sesuka hati mereka.

Semua mereka ini terpengaruh dengan tari-tarian yang mereka lihat, dengan nyanyian dan muzik yang mereka dengar dan dengan olahraga dan sukan yang mereka turut memberi sokongan. Mereka dibuai dan dilalaikan dengan hiburan-hiburan seperti ini.

Lama-kelamaan, watak saikologi dan minat mereka ini akan cenderung semata-mata kepada segala apa yang berbentuk hiburan. Hiburan menjadi tunjang utama dalam hidup mereka. Apa-apa pun berhibur. Lapang-lapang sikit berhibur. Sudah tidak ada perkara yang serius dalam hidup mereka lagi. Hidup mereka tidak lain hanya untuk berhibur.

Masyarakat atau bangsa yang mempunyai saikologi seperti ini susah untuk dididik supaya menjadi satu bangsa yang membangun dan yang berkemajuan. Jauh sekalilah untuk menjadi satu bangsa yang mendukung, menguatkan dan memperjuangkan agama.

Bangsa yang asyik dengan berhibur ialah bangsa yang lemah jiwa, lemah pendirian, suka meniru orang, tidak ada jati diri, suka berfoya-foya dan berjiwa hamba. Bangsa yang gila dengan berhibur ialah bangsa yang tidak tahu apa erti pengorbanan dan apa erti tanggungjawab untuk memartabatkan bangsa dan agama.

Lebih teruk lagi, bangsa yang terkena sindrom berhibur ini sangat terdedah kepada pengaruh-pengaruh liar dan jahat. Mereka jinak dengan maksiat. Rokok, dadah, arak, pergaulan bebas, seks bebas, rosak moral, bohsia, bohjan dan seribu satu macam salah laku. Tidak ada apa-apa kekuatan dalam jiwa dan diri mereka untuk menolak pengaruh-pengaruh liar dan jahat ini. Malahan apa yang ada dalam diri mereka hanyalah dorongan dan kecenderungan untuk berbuat apa sahaja asalkan dapat berhibur.

Tidak ada siapa yang dapat mereka contohi dan dapat jadikan role model dalam hidup mereka kecualilah para-para artis, dan jaguh-jaguh sukan. Mereka inilah yang menjadi idola mereka. Mereka inilah yang cuba mereka tiru. Apa hasilnya?. Apakah akan terjadi pada orang yang meniru para artis dan ahli sukan juga. Mungkin ada sedikit yang mampu dan berkebolehan. Yang ramainya akan kecundang. Mereka akan cari jalan lain untuk memenuhi keinginan mereka itu.

Mereka akan ikut pop, rock, thrash metal, heavy metal, doom metal, black metal dan sebagainya. Mereka akan memenuhi disko dan pusat-pusat karaoke. Mereka berfoya di sini dan berfoya di sana. Melepak di sini dan melepak di sana. Dalam benak mereka tidak ada lain melainkan artis, lagu, muzik, sukan, pelakon dan isu-isu yang hanya ada sangkut paut dengan dunia hiburan. Bahan bacaan mereka hanyalah akhbar dan majalah hiburan. Percakapan dan bualan mereka di sekitar dunia hiburan. Hiburan, hiburan, hiburan.

Mereka terlalu asing dengan persoalan iman, taqwa, akhlak, memperbaiki diri, bermujahadah, mengenal diri dan pembinaan insan. Mereka tidak faham apa hablumminallah dan hablumminannas. Mereka tidak tahu apa dia fardhu ain dan apa dia fardhu kifayah. Mereka tidak tahu membaca Al Quran. Yang mereka tahu hanya melalak sini, melalak sana.

Inilah kesan dari budaya hiburan. Maksiat yang makan dalam. Kita sibuk dan kita marah anak-anak muda kita tidak berdisplin, tidak ada tujuan hidup, tidak ada cita-cita dan tidak berkemajuan. Walhal kitalah yang telah merosakkan dan mengusir semua itu dari dalam hati dan jiwa mereka dengan tidak berhenti-henti menyogok mereka dengan hiburan. Maksiat yang selama ini kita tidak anggap sebagai maksiat.

Percaya atau tidak, sedar atau tidak, inilah dia perancangan Nasrani dan Yahudi yang halus dan licik. Setelah jiwa anak-anak muda kita dilemahkan, dilalaikan dan diracuni dengan hiburan-hiburan; ada yang berbentuk tari-menari, nyanyian, muzik dan sukan; maka mudahlah bagi mereka memperkotak-katikkan masyarakat dan bangsa kita. Para artis, para pemuzik, ahli-ahli sukan dan olahraga hanyalah alat-alat mereka. Matlamat mereka yang sebenar ialah untuk merosak dan menjajah dan melemahkan fikiran dan jiwa masyarakat, rakyat dan bangsa kita.


-SZ

 

  Tazkirah


Komen


"Maksiat yang tersembunyi" | Login/Mendaftar | 5 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Maksiat yang tersembunyi
oleh kembara_girl ([email protected]) pada Isnin, 11 September 2006 @ 9:46:55
(Info AHLI) http://-/


PALING NAMPAK bila NASYID pun DAH BERTUKAR JADI NASYID HIP HOP....
tak tahu apa YANG NAK DIPERJUANGKAN.....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Maksiat yang tersembunyi
oleh maqnawie pada Isnin, 11 September 2006 @ 18:25:22
(Info AHLI) http://maqnawie.blogspot.com/
basmallah...
alssalamualaikum....kenapa lah kitog ni, kamiorg pun same juga..
apa masalahnya kat sini???wht lah problem-nya??
derg..bior aa..kita nak larng merka (orang Yhudi dan Nasara), kita siapa??
derg dah ada agenda, cara cari nak hancurkan kami (Islam). so, kenapa kita kecoh, jom heboh tentang agenda derg??bior lah..memang kerja derg itu...
yang penting..agenda Iman dan Islam kami tak tjejas..
bila kami juga Iman dan Islam, Allah kan jga kami..smll mater brade...
bila kami juga ALlah..DIa kan juga kami slama2-nya...(dalam naungan syahadah)..
bila kami jaga aurah, juga solat, juga sunnah2, jaga sume2 yang dalam agama, syariat Nabi Muhammad SAW, derg tak boleh buat apa-apa, malah derg akan follw kami (masuk Islam jadi orang yang beriman;orang beriman jaminannya SYURGA)...
so..tindkannye apa ye, kami???!!!
]


Re: Maksiat yang tersembunyi
oleh ayu_puteri pada Selasa, 12 September 2006 @ 13:07:03
(Info AHLI)
setuju tu..
ada jugak lagu2 inggeris yang boleh membawa kepada syirik..
pandai2 lah plh hiburan kalau nak release tension pun..
paling penting,iman dan akal..
]


Re: Maksiat yang tersembunyi
oleh jiha pada Selasa, 19 September 2006 @ 16:39:06
(Info AHLI)
umat islam hari ini ibarat buih di lautan....
quantity....without quality.
]


Re: Maksiat yang tersembunyi
oleh binafsya pada Selasa, 10 Oktober 2006 @ 0:33:47
(Info AHLI) http://www.yahoo.com
satu artikel yang menarik..
insaflah wahai kamu semua
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.078964 saat. Lajunya....