|
Selawat di bulan Syaaban
|
|
 |
Posted on Sabtu, 19 Ogos 2006 @ 11:13:36oleh istisafa
|
|
|
mizzaisya menulis Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang. Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya.
Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut. Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya. Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat. Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat. Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh mas2ra pada Sabtu, 19 Ogos 2006 @ 13:03:12
(Info AHLI)
amin ALLAHuma amin... senantiasa lah membasah kan lidah mu dengan berzikir & berselawat... syukran jazilan mizzaisya...
oleh qibtiyah (laksamu;laksakujua) pada Rabu, 23 Ogos 2006 @ 14:32:49
(Info AHLI)
sallallahu a'laihi wasaalam..
oleh musafir_solehah pada Ahad, 27 Ogos 2006 @ 16:25:22
(Info AHLI)
Allahumma solli a'lah Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasallam...kita kini berada di bulan Sya'ban.
oleh puteri_kk ([email protected]) pada Jumaat, 01 September 2006 @ 13:17:22
(Info AHLI)
hanya dengan mengingati Allah hatikan tenang..sama-samalah perbanyakkan amalan berselawat...
oleh ulfah_widad pada Khamis, 07 September 2006 @ 12:20:32
(Info AHLI)
Jadikan selawat amalan kita setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun..moga kita semua dapat syafaat dari nabi junjungan kita..Muhammad S.A.W