|
Akal jangan dibiarkan bersendirian
|
|
 |
Posted on Selasa, 25 Julai 2006 @ 9:00:21oleh istisafa
|
|
|
humanspesiens menulis Akal jangan dibiarkan bersendirian kerana ia adalah ciptaan Tuhan. Setiap ciptaan Tuhan mestilah berhadapan dengan kekurangan dan kelemahannya.
Akal adalah makhluk rohani yang mempunyai sifat-sifat kekurangan. Hendaklah dia diberi kekuatan. Kekuatannya mestilah dia bersandar dengan Tuhan jangan bersendirian.
Akal adalah guru diri manusia. Dia adalah penyuluh jalan kehidupan dunia dan Akhirat bagi insan. Pemandu hidup manusia di mayapada Tuhan.
Akal mestilah dipimpin oleh Tuhan dan dipandu oleh wahyu Tuhan. Dia tidak mempunyai kekuatan jika bersendirian. Cuma manusia sahaja rasa akal ada kekuatan. Jika dia bersendirian memimpin diri manusia, mesti tersesat jalan Tersesat jalan risikonya amat mengancam kehidupan insan.
Bukan sahaja padahnya diterima di dunia bahkan bersambung di Akhirat kelak dengan azab Tuhan. Akal di dalam diri memimpin diri manusia, dia mestilah dipimpin oleh Tuhan. Pemimpin di dalam pimpinan-Nya iaitu Tuhan agar dia memimpin manusia tidak tersesat jalan. Kerana itulah apabila dikatakan gunakanlah akal. Bukan ertinya menggunakan akal yang bersendirian.
Menggunakan akal yang dipandu oleh Tuhan, itulah yang dimaksudkan. Bukan dia memimpin bersendirian tanpa Tuhan. Setiap manusia haraplah ambil perhatian. Jika manusia mahu selamat di atas jalan keselamatan.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Semasa
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Semasa:
Memilih PasanganRecent News About Semasa:
Misc
|
|
|
Komen
oleh mas2ra pada Sabtu, 19 Ogos 2006 @ 13:40:11
(Info AHLI)
makanan nya ialah Zikirullah... ALLAHualam... syukran jazilan humanspesiens...
oleh musafir_solehah pada Jumaat, 25 Ogos 2006 @ 23:09:25
(Info AHLI)
Akal adalah tunjang untuk menilai perbuatan yang ingin kita lakukan...jika dihiasi iman akal itu, maka tindakan yang terpamer adalah yang baik dan terpuji...
oleh naruto-san pada Isnin, 28 Ogos 2006 @ 14:44:12
(Info AHLI)
akal manusia perlu dipimpin dan diiringi dengan ilmu Islam dan iman.....jangan dipimpin dengan hawa nafsu.
dengan ilmu Islam dan iman....nescaya apa yang datang dari al-Quran dan hadis....pasti umpunya akal akan berkata....sami'na wa ato'na....kami dengar dan kami taat
oleh HANA_WARDAH pada Khamis, 28 Disember 2006 @ 23:45:55
(Info AHLI)
" Biar nafsu sunyi tanpa godaan..
biar kaki sunyi tanpa perjalanan..
tetapi jangan sesekali biar akal sunyi tanpa ilmu...
dan hati sunyi tanpa rindu pada Ilahi..."