|
sekadar renungan buat ADAM
|
|
|
Posted on Selasa, 04 Julai 2006 @ 8:35:57oleh istisafa
|
|
|
heart menulis Ujar lelaki, wanita itu lemah. Ujar wanita, mereka adalah lembut. Antara lemah dan lembut, besar perbezaannya. Namun ada yang tidak rela mengakuinya.
Telah ditakdirkan, kerana lembut wanita Tidak gemar perbalahan..kecuali jika terpaksa Lalu wanita pun diam Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan Dalam diam, wanita terus terusan bekerja Di pejabat sebagai kerani, di rumah sebagai suri Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang Apabila pulang dari pejabat, di kerusi malas longlai terlentang Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak Suami yang mengaku gagah, bersantai di hadapan tv tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak Berehat, menonton tv sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah, terus berlumba dengan masa Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju Kakitangan semua digerakkan dengan laju Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu Sebelum solat Magrib untuk sujud, menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji Sedang suami tersadar semula seperti tadi Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati, ingin menghapuskan diskriminasi Lantang membela nasib wanita memberi kesedaran supaya segera bangkit Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak Membasuh pakaian, menyediakan makanan Jika suami tidak terdaya melakukannya Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan Tidak mampu menerima perubahan Rela bertahan bagaimana jua Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
|
|
| |
|
|
|
|
|
Semasa
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Semasa:
Memilih PasanganRecent News About Semasa:
Misc
|
|
|
Komen
oleh hidayatul pada Rabu, 05 Julai 2006 @ 16:30:37
(Info AHLI) http://tiada
Ada betulnya bagi sesetengah kaum Adam tapi tidak semua kaum Adam begitu. Masing-masing hayatilah hakikat kejadian diri sendiri. Di mana kelebihan dan hikmahnya....
Mesti sedar juga tanggungjawab dan peranan masing-masing.
oleh ibnuriz_faridz ([email protected]) pada Khamis, 06 Julai 2006 @ 23:12:27
(Info AHLI) http://ibnufariz.blogspot.com/
memang kita lihat pada fitrah perempuan itu dijadikan sebagai teman manusia yang bernama lelaki.Tetapi wanita bukanlah dianggap lemah pada masa sekarang.lihatlah sekarang perempuan lebih terkedepan dariapada lelaki.Justeru itu perempuan haruslah pandai membahagikan masa dengan sebaiknya untuk melakukan kerja2 rumah.
Walaupun hakikat yang sebenarnya itu bukanlah kerja wanita semata2.Pihak suami iaitu lelaki perlulah meringankan tulang untuk membantu si isteri.
istifadah yang kita boleh dapat ialah:
Suami dan isteri perlulah bertolak ansur dan saling tolong menolong diantara satu sama lain, barulah terciptanya bait mithali.
oleh kapten06 pada Selasa, 27 Februari 2007 @ 7:50:45
(Info AHLI)
betul juga...tapi segolongan lelaki lah....ana rasa tak semua lelaki yang macam itu...
oleh Imaniera pada Jumaat, 17 Ogos 2007 @ 10:22:27
(Info AHLI)
saya bukan nak berat sebelah... tapi, begitulah sebenarnya tanggungjawab sang suami... bukan hanya tau mengarah, tetapi turut sama merasai perit jerih seorang isteri.. kerana untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, kita harus menjadi pengikut yang baik terlebih dahulu.
oleh Wuddah pada Rabu, 24 Oktober 2007 @ 16:18:37
(Info AHLI)
..memang hakikatnya sebegitu...masing-masing perlu tahu tanggung jawab masing-masing...susah same susah...kebyakkan lelaki macam tu...susah yang mahu ringan tulang bantu isteri...