Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 93
Ahli: 0
Jumlah: 93




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 15 hari yang lalu
nur_takwa88: 21 hari yang lalu
kismis: 21 hari yang lalu
qaulah_atrah: 32 hari yang lalu
muaz9768: 36 hari yang lalu
Rashdin: 42 hari yang lalu

Persahabatan.....
 Posted on Selasa, 20 Jun 2006 @ 9:56:55oleh istisafa
Umum nur_namia menulis Mengekalkan persahabatan
Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya.

Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling Menahan rasa Cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh.

Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

Saling Memahami
untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.

Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

artikel ni saya copy dr email bukannya saya yang tulis.
persahabatan itu adalah suatu hubungan yang amat mendalam maknanya bagi insan ynag betul-betul menghayati erti sebenar sahabat itu....sahabat yang baik tidak membiarkan sahabatnya yang lain hanyut dengan kehidupannya..sahabat yang baik akan sts bersama-sama menghadapi dan cuba untuk menyelesaikan masalah sahabatnya....


 

  Umum


Komen


"Persahabatan....." | Login/Mendaftar | 4 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Persahabatan.....
oleh hanif ([email protected]) pada Isnin, 03 Julai 2006 @ 9:10:55
(Info AHLI)


salam..
Dalam keadaan dunia hari ini,
ramai sahabat bergembira,
tapi sahabat bila kecewa tiada..

kita dapat mengenali bila dugaan melanda..
sesama lah kita fikir-fikirkannya..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Persahabatan.....
oleh KIKO ([email protected]) pada Rabu, 05 Julai 2006 @ 17:22:50
(Info AHLI)
yang membuat persahabatan ini rosak hm bila ada diantara satu ni,mempunyai perasaan lebih daripada seorang sahabat...iaitu jatuh cinta dengan sahabtnya itu...Kalau dia terima kita ok juga,tapi Kalau dia tolak...hm Explain sikit......
]

Re: Persahabatan.....
oleh khazinatulsyouqoh pada Jumaat, 14 Julai 2006 @ 14:10:52
(Info AHLI)


assalamualaikum

suka dengan artikel diatas....tak ramai yang berfikiran sedemikian dalam mengekalkan persahabatan, in facts they don't think there are such thing like "persahabatan" kerana kita masing-masing cuma mempunyai kawan atau rakan sahaja bukan sahabat...namun tak salah kalau nak tambah sedikit intipati tips mengekalkan atau yang nak yang cari sahabat..bagi ana yang paling penting disini ialah sekiranya kita dan sahabat kita memiliki hati yang sentiasa mementingkan perhatian dan pendapat tuhan dalam hidup mereka...jelas sekali hanya dengan mencintai Allah kita dapat mengekalkan sillaturahim sesama makhluk...malah nak bunuh semut pun kita masih teringatkan kasih sayang tuhan..pandai2lah kita adjustkan diri mengikut kesesuaian yang sepatutnya agar kita sentiasa disayangi dan juga pandai menyayangi....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Persahabatan.....
oleh Tetamu pada Rabu, 02 Ogos 2006 @ 18:39:39


tapi..bagi dalam islam sendiri macamaner??
persahabatan sejenis..berlainan jenis??
ukhwah yang terbina itu akan rasa manis tetapi lebih nikmat kalau dalam keredhaan Allah..wallahu'alam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082501 saat. Lajunya....