Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-01-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 48 hari yang lalu
Muslim1987: 55 hari yang lalu

Sajak: Temukan SESUATU yang INDAH di sini
 Posted on Jumaat, 17 Mac 2006 @ 9:08:16oleh istisafa
Karya abdyilahi menulis Pernahkah saya khabarkan tentang semalam
betapa kejora bergemerlapan
pernah dahulu kita gantungkan
menghiasi sekalian daerah kelangsungan
kini semakin cemerlang
mengundang sebuah perasaan klasik
buat melakar kata dengan puisi terindah

Pernahkah saya ungkapkan tentang semalam
betapa hujanan air mata
pernah kita titiskan bersama
kini menyuburkan perkebunan sukma
sehingga senyuman kalian akan menjadi
kuntum-kuntum mawar selamanya menghiasi
seantero rongga nostalgia

Pernahkah saya nukilkan tentang semalam
betapa pergunungan Santubong
dahulu pernah kita tegakkan di puncaknya
sebuah prasasti
kini telah saya pahatkan dengan
tinta rasa menjadi serangkaian
kata dari sarwajagat nuraniku
moga menjadi inspirasi buat ratusan seniman
bahawa kalianlah seluruhnya adalah bayang-bayang
biar bumi ini sampai janjinya
tiada akan pernah terpisah daripada
jasad kenanganku
kerana pada singgahsana hati
telah saya semayamkan mahkota ingatan kalian
dengan ratna mutu manikam tersohor
supaya cahayanya akan bisa menembusi tembok waktu
biar untuk ratusan zaman lagi

Teman,
Teruslah menanam ingatan
biar menghijau dan merimbun
melampaui kesempatann hayat
kerana di bumi seberang sana kelak akan kita lihat
Pohonan kebaikan menjadi teduhan
untuk hamparan ukhwah
Perlambangan abadi untuk
Sebuah Jalinan Persahabatan Semalam

Jalinan Persahabatan Semalam
(Teristimewa buat Jawatankuasa Perwakilan Surau UiTM Sarawak 2004)

 

  Karya


Komen


"Sajak: Temukan SESUATU yang INDAH di sini" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Temukan SESUATU yang INDAH di sini
oleh zinnirah_afiqah pada Jumaat, 19 Mei 2006 @ 22:56:55
(Info AHLI)


:)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.077454 saat. Lajunya....