Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."

-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 172
Ahli: 0
Jumlah: 172




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 34 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Feromon kuasa kimia tubuh
 Posted on Isnin, 09 Januari 2006 @ 22:06:57oleh istisafa
Umum syahbi menulis DI kalangan saintis, rasa ingin tahu bagaimana manusia berlainan jantina tertarik antara satu sama lain telah wujud sejak sekian lama. Minat ini, sebetulnya timbul rentetan kejayaan mereka membongkar 'punca' yang menjadi daya tarikan pada serangga atau haiwan pada sekitar tahun 1950-an.

Sekalipun, menyedari hakikat bahawa manusia mempunyai pelbagai pendekatan tersendiri untuk berkomunikasi, namun keinginan mencari misteri ini tidak pernah padam.

Sebelum ini, banyak teori dikaitkan berhubung fenomena ini antaranya, anda mungkin pernah mendengar, lelaki tertarik dengan apa yang 'dilihat', wanita pula tertarik dengan apa yang 'didengarinya'.

Anda mungkin boleh menyenaraikan 1,001 keistimewaan yang terdapat pada diri seseorang yang membuatkan anda begitu tertarik kepadanya. Senyuman, paras rupa, tingkah laku, budi bahasa dan sebagainya dikaitkan dengan faktor luaran mengapa manusia berlainan jantina tertarik antara satu sama lain.

Sebetulnya, ada faktor yang tidak dapat diukur dengan mata kasar tetapi boleh menyebabkan seorang lelaki atau wanita tertarik antara satu sama lain.

Percayakah anda jika dikatakan keupayaan sebenar kita menarik atau menolak seseorang bergantung kepada 'aroma' yang kita hasilkan? Kajian beberapa dekad berjaya menjawab persoalan ini. Buat julung kalinya, dalam tempoh lebih sedekad lalu, pakar biologi dan tingkah laku endokrinologi dari Philadelphia, dari. Winnifred Cutler dan pasukannya mengesahkan andaian yang selama ini dianggap samar-samar dan mengelirukan.

Penemuan ini mendedahkan organ sebenar yang bertanggungjawab terhadap tarikan seksual antara lelaki dan wanita ialah hidung. Hidung merupakan organ pertama yang berupaya menerima 'mesej' yang dihantar untuk ditafsirkan dalam otak.

Mesej berupa gabungan komponen kimia yang dikeluarkan dari tubuh seseorang mempengaruhi fisiologi seksual individu lain. Kita mungkin pernah mendengar pendapat yang mengatakan keserasian seseorang itu dikatakan banyak bergantung kepada body chemistry.

"Body chemistry yang dimaksudkan itu ialah feromon, yang sebelum ini banyak diperkatakan sebagai platform utama pada serangga dan haiwan untuk bersenggama,'' demikian menurut Pakar Ekologi Kimia, Institut Sains Biologi, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Fauziah Abdullah.

Sebelum ini, saintis mendakwa feromon, hanya terdapat pada haiwan. Pada hari ini, feromon, sejenis gabungan bahan kimia tanpa bau ini dipercayai memberi respons positif yang spesifik kepada jantina berlawanan. Ia mempengaruhi fisiologi dan tingkah laku seksual manusia. Apabila seseorang lelaki tertarik dengan wanita, kimia tersebut dihantar oleh wanita tersebut.

"Sebenarnya, feromon dihasilkan oleh lelaki dan wanita, tetapi ia bergantung kepada siapa yang akan bertindak lebih awal. "Biasanya, apabila lelaki menerima 'mesej' ini, maka lelakilah yang akan bertindak lebih awal dengan mendekati wanita terbabit,'' jelasnya.

Jika dilihat orientasi seksual serangga atau haiwan, serangga yang menarik melalui komunikasi 'kimia' yang dihasilkan oleh serangga berlawanan jantina itu adalah pasif. Feromon adalah gabungan beberapa komponen kimia yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tidak boleh diukur tetapi ia wujud dan dapat dikesan.

Apa yang menarik, feromon, dikeluarkan dari tubuh melalui liang-liang roma kulit dan selepas seseorang berpeluh. Biasanya, feromon ini terhasil daripada individu yang sudah baligh.

Apabila seseorang berpeluh, bahan kimia ini juga dikeluarkan tetapi ia tersejat di udara. Feromon, yang tidak tahan lama akan tersejat di udara, tetapi ia dapat bertahan pada pakaian yang dipakai.

Peranan feromon menghubungkan manusia berlainan jantina, latar belakang dan sebagainya dianggap cukup unik. "Jika diperhatikan, ada waktu dan ketikanya kita tiba-tiba tertarik atau menyukai seseorang tanpa sebab sekalipun kita hanya melihatnya dari jauh.

"Begitu juga kita sering kali bertemu pasangan suami isteri jika dilihat dari fizikalnya umpama 'langit dengan bumi', tetapi mereka cukup serasi. Ini bermakna, peranan feromon cukup kuat dan telah berkomunikasi antara mereka,'' jelas Fauziah.

Menariknya, feromon boleh dihasilkan oleh sel-sel di bawah permukaan kulit atau kelenjar. Bagi suku kaum di New Guinea, mereka akan meletak dan menggosokkan tangan di bawah ketiak antara satu sama lain bagi membolehkan bau tersebut melekat. Budaya yang diterapkan sejak turun-temurun ini dilakukan apabila ingin mengucapkan selamat tinggal.

Bagi sebahagian masyarakat Eskimo, menggosokkan hidung antara satu sama lain sebagai salah satu bentuk sapaan. Pada zaman Ratu Elizabeth yang terawal, pasangan kekasih mempunyai satu budaya iaitu dengan menukar 'buah epal cinta' sesama mereka.

Buah epal yang dikupas diletakkan di celah ketiak wanita terbabit, sehinggalah epal tersebut menyerap bau yang dikeluarkan. Epal tersebut, akan diberi kepada kekasihnya untuk dihidu apabila mereka berpisah.

Ada cerita mengisahkan, Napolean pernah menghantar mesej kepada Josephine, supaya Josephine duduk di rumah selama tiga hari, tanpa mandi sehingga dia pulang ke rumah.

Bagaimanapun, Fauziah menjelaskan, feromon hanya berfungsi untuk menarik perhatian daripada spesies yang sama saja.

"Feromon yang dihasilkan oleh haiwan tidak mempunyai sebarang impak kepada manusia begitu juga sebaliknya,'' kata beliau. Selain berfungsi untuk berhubung dan menarik individu berlawanan jantina, feromon lelaki juga sebenarnya berperanan untuk 'menolak' lelaki lain.

Menurut Fauziah, feromon terutama pada serangga, cukup penting sebagai daya tarikan seks atau lain-lain fungsi komunikasi. Semut misalnya, jika diperhatikan seolah-olah berjalan dalam satu barisan yang sama. Serangga ini dapat menjejak perjalanan rakan-rakannya kerana setiap seekor menitiskan komponen kimia tersebut. Feromon pada serangga, berfungsi untuk seks, agregasi, gustotori dan sebagai penggera.

Apa itu feromon?
Ia adalah sejenis utusan kimia yang membawa maklumat mengenai seseorang dan membawa maklumat tersebut antara individu lain untuk dihantar ke spesies yang sama. Ia ditemui dalam organisme hidup dan bentuk utama komunikasi.

Perkataan pheromone, berasal dari Greek, pherin - untuk memindahkan, hormon - untuk merangsang. Feromon atau sebutannya Fi-rohh-mon, sebelum ini, ditemui pada serangga dan haiwan mamalia. Penemuan pada manusia hanya dikenal pasti dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini.

Ia dikenal pasti buat julung kalinya pada 1959, sebagai sejenis kimia yang dikeluarkan oleh haiwan untuk mencetuskan tindak balas tingkah laku reproduktif si penerimanya daripada spesies yang sama.

Robin Denselow, koresponden seni, mendefinisikan feromon sebagai, 'aroma' yang tidak dikenal pasti tanpa disedari oleh otak tetapi boleh mempengaruhi tingkah laku orang lain.

Walaupun ia adalah sejenis kimia tanpa bau, tetapi feromon tetap diklasifikasikan sebagai kimia asas beraroma.

Bagaimana ia berfungsi?
Fungsi asasnya ialah untuk menarik perhatian. Pada kumbang atau semut, ia terdapat pada kelenjar di kepala, toraks atau abdomen.
Pada manusia, ia dihasilkan oleh kelenjar peluh (apocrine), bahan kimia yang hampir menyamai hormon, dikumuhkan oleh kelenjar endokrin.

Kelenjar apocrine terdapat pada ketiak, wajah, kulit dan kemaluan yang hanya aktif setelah seseorang baligh.

Bagaimana ia dikesan?
Saintis mendedahkan feromon dikesan oleh organ Vomeronasal (VNO) yang terletak dalam hidung. Ia kemudiannya dihantar ke hipotalamus pada bahagian tengah otak yang mengawal emosi manusia.

Feromon ini menghantar maklumat ke bahagian tarikan hipotalamus, keinginan seks dan individu terbabit sendiri tidak tahu mengapa ia berlaku.

Fakta kesan feromon
* Feromon yang terhasil dari tubuh wanita yang bekerja atau tinggal sebumbung boleh mempengaruhi kitaran haid wanita lain. Mereka dipercayai mempunyai tempoh kitaran haid yang sama.

* Feromon lelaki boleh menyebabkan kesihatan reproduktif pasangannya menjadi lebih subur, pusingan haid teratur dan gejala menopaus yang sederhana. Dengan erti kata lain, lelaki yang mempunyai 'bau' yang baik, memberi kesan positif pada mood dan status kesihatan wanita.

* Wanita yang biasanya menghadapi masalah pusingan haid yang terlalu singkat atau lama, secara puratanya pusingan haid akan teratur apabila mereka menghidu 'esen' lelaki. Ia terdiri daripada bahan asas peluh lelaki, hormon dan bau badan semula jadi.

* Feromon yang dimiliki oleh seorang ibu berjaya menarik bayinya ke buah dadanya atau bayi terbabit tahu memilih pakaian yang dipakai oleh ibunya dengan cara menghidu.

 

  Umum


Komen


"Feromon kuasa kimia tubuh" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Feromon kuasa kimia tubuh
oleh hilmy pada Selasa, 10 Januari 2006 @ 10:52:37
(Info AHLI)


boleh terangkan dengan lebih lanjut..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Feromon kuasa kimia tubuh
oleh MohdHanafi pada Khamis, 12 Januari 2006 @ 17:56:37
(Info AHLI) http://naimppkk.blogspot.com/
Macam pernah baca....artikel dalam Dewan Kosmik ni....
]


Re: Feromon kuasa kimia tubuh
oleh snjamil ([email protected]) pada Khamis, 02 November 2006 @ 10:13:55
(Info AHLI) http://-/
info yang menarik..mmmm...fakta yang sangat berguna untuk setiap orang...
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.170252 saat. Lajunya....