Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
-- Hamka

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 197
Ahli: 0
Jumlah: 197




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 38 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Peranan Mahasiswa
 Posted on Khamis, 01 Disember 2005 @ 8:34:33oleh istisafa
Semasa ikhwans menulis Abad 21 berkehendakkan mahasiswanya cemerlang dalam pelbagai aspek terutamanya di dalam akedemik dan sahsiah. Sistem dan disiplin belajar tidak statik dan sudah berubah mengikut keperluan semasa. Kalau diperingkat sekolah menengah dulu, pelajar hanya berharap dengan nota dan ‘suapan-suapan’ guru, di alam kampus tidak lagi.

Kalau dulu pelajar hanya berjumpa guru hanya untuk menghantar kerja kursus atau ‘assignment’, kini tidak lagi. Kalau ketika di bangku sekolah dahulu bacaan-bacaan pelajar terhad hanya pada teks dan nota yang diberikan, di alam kampus tidak lagi. Kini massa berkehendakkan pelajarnya pro-aktif dan bertindak atas kaki sendiri. Sistem CGPA adalah sesuatu yang diistilahkan sebagai ‘makhluk’ yang mudah untuk turun tetapi payah untuk naik. Justeru, seharusnya mahasiswa perlu berusaha untuk mendapat angka yang tinggi di dalam sistem CGPA ini.

Namun demikian, Mahasiswa abad 21 yang berhadapan dengan era globalisasi mempunyai suatu paiwaian dan kehendak semasa yang perlu dipenuhi. Cabaran dan permasalahan semasa sentiasa menyelebungi semua pihak. Hedonisme, krisis Identiti dan pertembungan perbagai aliran pemikiran adalah antara cabaran semasa yang perlu ditangani oleh mahasiswa abad 21.

Justeru, jika hanya sekadar cemerlang di dalam bidang akedemik menerusi sistem CGPA masih tidak mencukupi untuk melahirkan mahasiswa abad 21. Idealisme, Aktivisme dan Intelektualisme adalah merupakan kunci utama kepada mahasiswa abad 21 yang perlu diperlengkapkan oleh mahasiswa sepanjang berada di alam kampus.

Idealisme merujuk kepada pegangan atau prinsip fundamental yang dihayati lagi diamati. Ia diasaskan kepada dua perkara pokok. Pertama adalah al-Amru bil Ma’ruf atau kecintaan kepada prinsip kebenaran, keadilan dan keharmoniaan. Wan Nahyu A’nil Mungkar atau kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kekacauan. Kedua-dua perkara pokok ini pula perlu ditunjangi dan didasarkan kepada suatu kesedaran bahawa manusia ini Khalifah di muka bumi ini, khalifahtullah dan A’bdllah, atau hamba Allah swt. Daripada konsep-konsep ini akan mendorong mahasiswa atau sesiapa sahaja untuk mengerjakan kebaikan dan cemerlang dalam konteks yang lebih luas.

Aktivisme pula merujuk kepada keupayaan merealisasikan idealisme melalui tindakan-tindakan yang praktikal. Ia merupakan satu proses yang bersandarkan kepada kebijaksanaan mengolah idea-idea yang bernas dan kewibawaan menterjemah idealisme tersebut dalam aturan hidup secara kemas tanpa menimbulkan riak-riak yang negatif.

Melalui aktivisme inilah lahirnya gerakan yang berintikan semangat perjuangan dan pengorbanan serta nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi dikalangan mahasiswa abad 21. Mahasiswa juga tidak boleh mengambil pendekatan yang berpeluk tubuh yang hanya melihat tanpa berusaha untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat dan daripada itu aktivisme juga adalah merupakan pra-syarat bagi mencapai kejayaan.

Di era pascamodenisme ini, lebih 48 000 graduan Malaysia yang masih menganggur. Faktor utama yang dinyatakan di dalam kajian yang dijalankan adalah kekurangan ‘soft skill’ atau ilmu-ilmu tambahan dan kemahiran yang ditimba di luar kelas. Seperti mana yang dinyatakan oleh Bapak Presiden Sukarno dalam pidatonya yang terkenal menyatakan bahawa, “kepimpinan tidak bisa lahir dari mahasiswanya yang hanya terperap di dalam dewan kuliah dan menjadi ulat buku semata-mata, tetapi kepimpinan bisa lahir dengan mahasiswa yang turut terjun ke dalam kancah masyarakat”.

Penyataan ini jelas menunjukkan bahawa kekuatan ilmu yang kita dapat melalui kelas dan kuliah perlu juga ditunjangi dengan kekuatan aktivisme yang tinggi. Justeru, kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang ada di kampus patut disertai oleh bondongan mahasiswa.

"HIDUP BIAR BERJASA"

 

  Semasa


Komen


"Peranan Mahasiswa" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Peranan Mahasiswa
oleh MohdHanafi pada Jumaat, 02 Disember 2005 @ 13:06:59
(Info AHLI) http://naimppkk.blogspot.com/


Soal idealisme mahasiswa sudah tidak relevan! Kenapa?

1. Pemimpin di kalangan mahasiswa hari ini adalah pemimpin yang terpimpin. Hanya menjadi alat untuk memuaskan hati sebahagian politikus.

2. Demokrasi di IPTA sudah tiada.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103752 saat. Lajunya....