|
Lelaki dan Wanita
|
|
|
Posted on Isnin, 24 Oktober 2005 @ 15:07:22oleh istisafa
|
|
|
Walijah menulis 1.Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2.Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
3.Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4.Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5.Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6.Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7.Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8.Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9.Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10.Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11.Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12.Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13.Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14.Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15.Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
16.Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
17.Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18.Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.
19.Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20.Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21.Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya. 22.Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
23.Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
24.Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
25.Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26.Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
27.Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28.Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29.Wanita pada umumnya takut akan tiga hal tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30.Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31.Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
di petik dari laman naeim
|
|
| |
|
|
|
|
|
Semasa
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Semasa:
Memilih PasanganRecent News About Semasa:
Misc
|
|
|
Komen
oleh Ikhwan23 ([email protected]) pada Ahad, 30 Oktober 2005 @ 3:14:00
(Info AHLI)
Cuma nak tanya,artikel ni berdasarkan kajian sosial atau hanya diambil dari statistik kajian lampau?
Tapi,bagus untuk remaja yang baru nak mengenal dunia
Alhamdulillah..teruskan
oleh eiza86 ([email protected]) pada Isnin, 21 November 2005 @ 17:30:18
(Info AHLI)
hehehe...ada jugak pernyataan yang lawak ye. macam hal tikus tu..dan jiran2 tetangga mendengar. Tapi memang betul pun kalau kita peratikan dunia sekeliling ini..al-maklum la... macam-macam yang di fikir kan. Thanks 4 give the information.
* cari pasangan dengan hati & akal bukan dengan mata! =)
oleh ummu_munirah ([email protected]) pada Selasa, 17 Januari 2006 @ 18:54:53
(Info AHLI)
izinkan ummu tambah sikit..
(artikel ini dipetik dari laman bicara muslim dot com, moga ada manfaat...)
Persamaan secara umum antara lelaki dan wanita
Kesamaan dalam Asal Penciptaan
Kaum wanita itu diciptakan dari diri kaum lelaki:
"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)
"Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya." (Al-A'raf: 189)
"Dia menciptakan kamu dari seorang diri, kemudian Dia jadikan darinya isterinya." (Az-Zumar: 6)
Wanita tidaklah diciptakan dari bahan yang berbeza dari bahan penciptaan lelaki. Wanita diciptakan dari lelaki. Dan masing-masing dari keduanya terlahir dari apa yang Allah ciptakan, iaitu Adam dan Hawa.
Mereka yang memandang lelaki dan wanita dicipta dari bahan yang berbeza adalah agama selain Islam.
Antara buktinya, zaman Rom, sebuah pernyataan mengenai wanita tertulis seperti dibawah:
"Sesungguhnya wanita itu adalah makhluk yang najis! Tak punya roh dan tidak ada keabadian baginya. Sehingga dengan demikian, wajib baginya mengabdi dan melakukan kebaktian. Dan hendaklah mulutnya dikekang laksana unta dan anjing yang suka mengigit, agar dia tidak bisa tertawa dan berbicara. Sebab dia adalah jerat syaitan."
oleh arif_afizah pada Khamis, 15 Februari 2007 @ 14:56:45
(Info AHLI)
oleh khazinatulsyouqoh pada Selasa, 24 Januari 2006 @ 22:05:34
(Info AHLI)
ASSALAMUALAIKUM
man and women are not suppose to be too close right?