Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 6 hari yang lalu
Daeng_Jati: 13 hari yang lalu
skater: 16 hari yang lalu
HIKAL: 35 hari yang lalu

Bahaya Para Penceramah
 Posted on Isnin, 26 September 2005 @ 21:12:49oleh Kang
Berita At-Tirmizi menulis BAHAYA PARA PENCERAMAH

dari. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Sejak kebelakangan ini, ramai para penceramah agama muncul di tengah gelanggang masyarakat. Dari yang diketahui asal-usul pendidikannya sehinggalah kepada yang tidak diketahui dari mana datangnya. Modal sesetengah mereka ialah maklumat yang dikutip dari apa sahaja bahan yang sampai kepada mereka. Ibarat kata, membujur lalu, melintang patah.

Mereka tidak mempunyai kekuatan ilmiah dan minda dalam menilai dan menapis fakta. Maka, semua yang dibaca dianggap benar dan disampaikan. Sehingga buku palsu “Dialog Nabi s.a.w Dengan Iblis” juga dipercayai. Antaranya konon baginda Nabi s.a.w bertanya Iblis, “apakah tempat yang paling engkau suka?”. Jawab Iblis “panggung wayang”. Kita tahu pada zaman Nabi s.a.w belum ada panggung wayang. Bagaimana mungkin istilah ini muncul. Sudahlah cerita-cerita dalamnya tidak mempunyai sanad yang diterima, ditambah lagi dengan kebodohan jalan cerita yang boleh menyebabkan generasi yang berakal menolak agama. Padahal itu bukan fakta agama. Al-Quran sendiri tidak menyebut peralatan senjata moden, sebaliknya menyebut kuda, bagi memahamkan senjata terbaik ketika itu. Mana mungkin hadith menyebut istilah yang tidak wujud di zaman tersebut.

Orang ramai yang jahil menjadi mangsa. Mereka tidak dapat membezakan antara tokoh ilmiah dengan ‘ustaz jadi-jadian’ yang menjadi penceramah segera dengan hanya belajar beberapa hari atau baca beberapa buku melayu, atau terjemahan. Lalu ada yang menghiasi ceramahnya dengan hadith-hadith palsu, fitnah, lawak jenaka, maki hamun yang ada pula pendengar yang sudi menadah telinga untuk mereka. Jika keadaan ini dibiarkan, entah berapa ramai lagi ‘Sharil Long’ yang akan muncul. Rosaklah kemurnian masjid dan surau.

Lebih malang lagi, orang melayu ada yang menganggap sesiapa sahaja yang pulang dari Timur Tengah mesti pandai agama. Mereka lupa berapa ramai Arab yang jahil agama dalam ertikata yang teramat sangat. Mereka tidak sedar ramai juga yang ke Timur Tengah, tapi tidak belajar. Hanya sekadar tidur, makan angin, duduk dengan sesama melayu. Jika belajar pun, belajar sesama sendiri, atau mana-mana ustaz Indon, kemudian pulang kononnya sebagai lulusan Timur Tengah. Apa yang dia lulus pun kita tidak tahu?!! Siapa gurunya? Ada yang hanya mampu menyebut nama seorang dua Indon atau melayu yang mengajar di sana. Tokoh-tokoh ilmuan Arab ditinggalkan. Mereka tidak ambil manfaat keilmuan tokoh-tokoh yang mereka kembara ke negera mereka itu. Kitab-kitab mereka yang hebat dan ilmiah tidak dibaca. Bahkan, jangan hairan, ada yang pulang dari Timur Tengah, kurang mampu membaca bahan dalam Bahasa Arab. Jika mampu, ada pula yang kurang menguasai bahan dan tidak banyak tahu tentang latar belakang bahan-bahan ilmiah. Apatah lagi sistem sesetengah pusat pengajian di Timur Tengah seperti al-Azhar tidak mengambil pusing tentang kehadiran pelajar. Bagaimana mereka lulus, –jika betul lulus- tanyalah kepada yang jujur?!!!

Maaf saya katakan, sesetengah mereka sebenar tidak pulang membawa khazanah ilmu. Mereka membawa diri mereka yang asal. Mereka bagaikan barangan Thailand yang dihantar ke Amerika, dicop di sana dan dikirim semula. Dengan nama Timur Tengah, ramai juga yang menjadi penceramah. Hanya atas nama itu, orang ramai menganggap semua isi kandungan ucapan mereka benar. Maka mereka ini tidak memiliki penguasaan ilmiah dan metodologi yang betul dalam menilai bahan-bahan agama yang disampaikan.

Bidang keilmuan itu sendiri luas. Sekalipun bagi yang belajar, bukan semua ilmu dikuasainya. Maka bukan semua pula yang benar-benar bersijil, atau berguru menjadi alim. Ilmu diukur pada kemampuan dan pembuktian kajian.

Para ulama hadith sejak dahulu mengingatkan umat Islam tentang bahaya golongan qussas dan wu’adz. Golongan ini adalah antara yang paling berperanan menyediakan hadith palsu, atau menyebarkannya. Bahkan melalui mereka tersebarnya Israiliyyat, petua-petua khurafat dan cerita-cerita karut yang disandarkan kepada tokoh itu dan ini. Agama tercemar kerana mereka.Secara ringkas kita terjemahkan wu’adz dan qussas sebagai para penceramah agama dan penglipurlara.

Mungkin kita akan bertanya, apakah bahaya? Tidakkah mereka ini memberi nasihat di masjid dan surau kepada orang ramai. Orang ramai pula dapat mengambil manfaat daripada mereka?!.

Kita katakan, bahayanya bukan kerana mereka memberikan nasihat, tapi bahayanya kerana ada isi kandungan agama yang terkandung dalam ucapan-ucapan mereka banyak yang tidak benar. Orang ramai terseleweng kerana mereka. Walaupun kita sedar bukan semua penceramah begitu. Ramai juga penceramah yang berhati-hati dalam penyampaian maklumat dan hadith-hadith yang dibaca. Namun lebih ramai penceramah yang hanya memikirkan apa yang disukai oleh pendengar semata. Kata dari. Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql: “Qussas mereka itu adalah wu’`azd yang mengadakan majlis-majlis untuk memberi nasihat, yang mana ianya menyanggahi majlis ilmu. Mereka memberi nasihat kepada orang ramai dengan berbagai hikayat, israiliyyat dan seumpamanya yang tidak ada asal usulnya, atau palsu, atau apa yang akal orang awam tidak dapat memikirkannya.” (Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql, Al-Ahwa` wa al-Firaq wa al-Bida’ `ibr Tarikh al-Islam, m.s. 44, cetakan Dar al-Watan, Riyad).

Sepatutnya majlis-majlis nasihat mestilah berteraskan ilmu yang tulen. Ayat-ayat al-Quran yang dihuraikan mestilah memenuhi disiplin ‘Ulum al-Quran yang telah digariskan oleh para ulama. Demikian sesiapa yang ingin menghuraikan hadith mestilah mempunyai latar pengetahuan mengenai ‘Ulum al-Hadith. Begitu juga yang membicarakan persoalan fiqh, mestilah mempunyai pengetahuan tentang Usul al-Fiqh. Kata al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ketika mengulas mengenai tipu daya iblis terhadap wu’adz dan qussas ini: “Dahulunya para wa’`azd adalah ulama dan fuqaha’..kemudian bidang ini dicemari maka ianya disertai oleh golongan jahil…maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bid`ah dalam bidang ini… di kalangan mereka ada yang memalsukan hadith-hadith dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: “tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan. Mereka lupa sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut)

Kita sedar ramai yang ingin jadi penceramah agama. Kata mereka ‘lumayan’. Mungkin benar bagi yang mencari wang untuk kesenangan sendiri, bukan untuk pembangunan minda dan kekuatan umat. Justeru, ada yang berhenti kerja, kerana hendak berceramah. Orang ramai menamakan mereka pendakwah bebas atau seumpamanya. Saya tidak pasti, apakah semua mereka benar-benar ingin berdakwah kepada Islam yang benar dan tulen. Dalam ertikata menghuraikannya dengan disiplin yang diletakkan oleh para sarjana Islam yang muktabar dalam berbagai bidang. Atau mungkin hanya segelintir, selainnya dibimbangi seperti yang disebut oleh Imam al-Sakhawi (meninggal 902H): “Antara pereka hadith palsu itu ialah golongan yang mendapat untung dan mencari rezeki dengan hadith-hadith palsu dalam cerita-cerita dan nasihat-nasihat mereka” (Al-Sakhawi, Fath al-Mughith, 1/282, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut)

Malangnya apa yang disebut oleh para ulama itu berterusan sehingga ke hari ini. Walaupun kebanyakan penceramah tidak lagi mencipta sendiri hadith-hadith palsu, tetapi mereka mengambil hadith-hadith palsu daripada orang lain untuk menyukakan para pendengar. Cerita-cerita dusta tentang para nabi dan wali menjadi bahan ceramah. Demikian juga riwayat-riwayat Israiliyyat dan seumpamanya. Apabila ada orang berbangsa cina di dalam majlis umpamanya, mereka pun menyebut Nabi bersabda: (Tuntutlah ilmu sekalipun ke China) Ini hadith yang palsu seperti yang disebut oleh para ulama. (Lihat: Al-Jarrahi, Kasyf al-Khafa 1/138, cetakan Dar Ihya al-Turath al-`Arabi, Beirut/ / Nasir al-Din al-Albani, Silsilah ad-Dha`ifah wa Al-Maudu`ah, 1/600, cetakan: Maktabah al-Ma`arif, Riyadh). Malangnya ramai yang tidak memberi perhatian tentang hal ini. Sehingga ada forum perdana dianjurkan dengan tajuk hadith palsu ini.

Demikian juga apabila datang bulan Rejab atau Sya’ban, atau Ramadan, maka mereka pun membaca hadith palsu: “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if , m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria) Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab) (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut)

Sekalipun ia adalah riwayat yang batil, mereka tidak peduli. Apa yang mereka pentingkan ialah orang ramai suka dengan apa yang mereka sebut. Kata al-Syeikh Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib: “Kebanyakan qussas mereka hanya pentingkan orang ramai berkumpul kepada mereka. Maka mereka pun mencipta hadith apa yang orang ramai sukai yang boleh membangkitkan jiwa, menggerakkan perasaan dan memberikan harapan terhadap apa yang orang ramai suka. Di kalangan para qussas ada yang melakukan itu semua demi untuk memperolehi habuan dan faedah dari pendengar. Kebanyakan bala datang daripada mereka. Mereka berdusta kepada Nabi s.a.w.dan tidak pula menganggap itu sebagai dosa dan pembohongan. Peliknya, mendukacitakan mereka memperolehi pula telinga-telinga yang sudi mendengar, membenarkan dan membela mereka. Ini disebabkan kejahilan orang awam yang tidak mementingkan kajian dan penelitian”.( Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib, Usul al-Hadith, m.s. 424, cetakan Dar al-Fikr, Beirut)

Inilah hakikat yang sedang berlaku sehingga ke hari ini. Entah berapa ramai penceramah tidak meneliti kedudukan hadith-hadith yang dibacanya. Apa yang mereka pentingkan ialah jempuan orang ramai dan kesudian mereka untuk mendengar. Sebab itulah pada zaman dahulu Ibn `Umar mengarahkan agar pihak berkuasa mengeluarkan mereka dari masjid dan `Umar bin `Abd al-`Aziz pula memenjarakan mereka dan sesiapa yang duduk dalam majlis mereka. ( Lihat: Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql, Al-Ahwa` wa al-Firaq wa al-Bida’ `ibr Tarikh al-Islam, m.s. 44.)

Kesalahan mereka bukan kerana mereka memberi nasihat kepada orang ramai. Rasulullah S.A.W. dan para ulama salaf juga memberi ceramah dan nasihat kepada orang ramai. Namun yang salah ialah mereka menyebarkan perkara-perkara palsu. Menyandarkan maklumat palsu kepada Islam adalah sesuatu yang amat haram. Malangnya perkara yang amat diharamkan syarak ini berlaku di masjid-masjid. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadith al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadith, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadith). Mereka hanya membaca hadith apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadith tersebut. Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya. Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah." (Abu Syahbah, al-Wasit fi `Ulum wa al-Mustalah al-Hadith, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-`Arabi, Kaherah).

 

  Berita


Komen


"Bahaya Para Penceramah" | Login/Mendaftar | 35 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


fikir-fikir
oleh yusri_cute pada Jumaat, 16 Disember 2005 @ 11:22:55
(Info AHLI)


memang betul banyak penceramah yang macam ni dalam masyarakat. nabi pun dah cakap zama akhir zaman banyak fitnah dan hal-hal yang kabur serta tidak jelas.
Yang penting setiap muslimin dan muslimat hendaklah kembali merujuk al-quran dan assunnah, bacalah tafsir tu hari-hari, datang mesjid berjemaah, tak tahu tanya pada yang tahu tentang masalah agama.
Banyak amalan baik yang ramai antara kita tahu tetapi tak buat, seperti qiamullail.....sangat besar dan luar biasa hikmah rahmat dan keajaiban buat qiamullail ni..
Allah swt akan mendidik jiwa kita secara langsung if kita beramal dengan qiamullail ni..

wallahualam..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Macam-macam lah ye
oleh ridwan_daie ([email protected]) pada Rabu, 28 September 2005 @ 15:39:41
(Info AHLI) http://ridwansaputra.blogspot.com


memang susah nak jumpa ulama yang haq di akhir zaman ni...apapun hanya Allah swt yang maha mengetahui. Kita langsung tak ada haq nak tentukan ulama mana yang betul, mana yang tak betul
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Macam-macam lah ye
oleh Addey (yahoo.com) pada Jumaat, 17 Mac 2006 @ 17:55:51
(Info AHLI)
Mudah saja geng????

Ulama UMNO tak boleh pakai.... Ulamak PAS semua tulen.. jadi pangkah lah PAS agar kebenaran terbukti...pangkah UMNO minyak naik.....
]

Re: Bahaya Para Penceramah
oleh safa_indah ([email protected]) pada Selasa, 27 September 2005 @ 21:45:12
(Info AHLI) http://www.pssipuo.com


penulis ni maybe adik kembar astora jabat........
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh Tetamu pada Khamis, 29 September 2005 @ 9:09:24
Assalamualaikum wbt,

bagaimana pulak dia kembar Astora Jabat. kan dia yang berdebat dengan Astora Jabat. lawak sungguh orang yang bagi komen membabi buta, tidak berdasarkan ilmu
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh Martyr ([email protected]) pada Ahad, 02 Oktober 2005 @ 1:05:17
(Info AHLI) http://hadith.al-islam.com/Bayan/Mal/
huhu macam mana lah tetamu ni boleh posting ye
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh Martyr ([email protected]) pada Ahad, 02 Oktober 2005 @ 1:05:59
(Info AHLI) http://hadith.al-islam.com/Bayan/Mal/
takut bayang bayang sendiri?
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh Kang pada Khamis, 06 Oktober 2005 @ 22:35:03
(Info AHLI) http://www.ukhwah.com
Dia tak baca sampai habis agaknya... cuma baca tajuk saja agaknya
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh Amrizal ([email protected]) pada Khamis, 29 September 2005 @ 10:31:09
(Info AHLI) http://amrizal.blogs.friendster.com/amrizals_blog/
penulis ni adik kembar? hehe.. tak faham lah.. tapi memang ramai penceramah yang kadang-kadang cakap tapi tak tau source tu datang dari hadith yang shahih ke palsu.. kadang-kadang cakap ikut pemikiran sendiri.. yang rosaknya orang Islam yang mendengarnya..

Wallahu a'lam..
]


Pandangan...
oleh SaLaFiaN ([email protected]) pada Ahad, 09 Oktober 2005 @ 15:08:07
(Info AHLI) http://www.ukhwah.com
Assalamualaikum, Ramadhan karim...

Kurang faham? Kenapa hendak disamakan dengan Astora Jabat. Bukankah dari. Asri sudah membongkarkan hadith-hadith maudhu' yang cukup popular di kalangan masyarakat kita. Antum semua pun sedia maklum apa hukum menyebarkan hadith maudhu' tanpa dikhabarkan rutbahnya. Inilah kepentingan Ulum Al-Hadith untuk dipelajari Muslim sebelum menjadi seorang pendakwah...

Allahu Ta'ala a'lam...
]


Re: buktinya???
oleh a_zar81 ([email protected]) pada Ahad, 23 Oktober 2005 @ 8:02:54
(Info AHLI) http://nianarmands.com/
ustaz asri hanya berhujah sekadar pandangan dan tohmahan terhadap warga azhari di mesir. barangkali kerana sifat hasad terhadap "tuan guru Indon" yang dimaksudkan itu benar-benar membuatkan identitinya tidak masyhur dikalangan pencinta ilmu di ardul kinanah. kami tidak seperti yang dimaksudkan oleh si penulis. ya, berdasarkan dengan apa jika dibandingkan dengan taraf phd penulis? apakah dasar ukuran yang digambarkan demikian kepada warga azhari ini? apakah bagi kami penuntut ilmu di tanah gersang masih tidak dapat menilai dan mengenal manakah hadis yang dikatakan dhoif dan maudhu'???

penuntut ilmu di mesir bukan 'ala kadar' mencari ilmu dengan hanya menuding manakah guru yang harus diambil. sesekali bukan yang telah didakwa. manakah buktinya? kalau hanya sekadar bebas berkata2 tidak perlu dan tidak wajar. barangkali pengikut fahaman muhammad bin abd wahab, penjunjung Bin Baaz dan ulama2 yang sekaki dengan mereka merasakan diri mereka waras hinggakan boleh berbicara demikian. adakah kalian merasakan ilmu islam hanya disasarkan hanya kepada bangsa arab? adakah kalian tidak menyedari hakikat anugerah Allah Ta'ala darjat ilmu itu boleh diberi kepada sesiapa sahaja termasuk "tuan guru Indon" dan "tuan guru patani" ??? kami tidak seGILA hingga menjelir2 seperti kalian yang hanya tahu memecah belahkan masyarakat!

oh, barangkali Ulama hijazi dan seangkatan dengan mereka yang beraliran salafi telah memPALSUkan hadis dan menDHAIFkan hadis mengikut acuan mereka, dan mengkafirkan golongan yang tidak mengikut mereka. apakah ini sasaran sebenar?
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh mariyaa83 pada Selasa, 25 Oktober 2005 @ 11:58:51
(Info AHLI)
assalamualaikum
saudara/i yang menulis, sila bagi bukti yang kukuh, siapakah di antara pnceramah yang anda maksudkan? jika benar wujud penceramah2 seperti yang anda nyatakan mungkin saya juga pernah menadah ilmu milik Allah di tempat yang tidak benar.. nauzubillah. Apbila anda nyatakan, mungkin dapat membantu ramai sahabat2 yang lain...
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh af_feirays pada Isnin, 23 Oktober 2006 @ 23:01:21
(Info AHLI) http://www.qualitysunnah.blogspot.com/
buat sdri mariyaa.. penulis artikel tersebut berfokus kepada pnceramah2 secara umum.. juga berdasarkan fakta2 yang beliau peroleh

namun begitu, tak perlu didedahkan pula siapa orang2nya secara detail. kerana kita sendiri boleh menilai berdasarkan apa yang telah diberitahu penulis. kerana kita ada hak untuk menilai sebagai seorang islam. kerana kita perlu pastikan setiap yang kita dengar itu adalah benar-benar shahih atas fakta quran dan sunnah. kerana ianya bakal menjadi bekalan amalan kita menuju akhirat kelak.

kalau ceramah2 yang kurang dijelaskan fakta2nya. di mana sumber2 yang diambil. seolah-olah mereka meminta kita percaya sepenuhnya dengan apa yang mereka sampaikan. sedangkan allah sebut dalam surah al-hujurat, ayat 6, menyuruh kita agar sentiasa meneliti sebarang berita yang sampai ke telinga kita.

malah. di dalam hadis, nabi ada menyebutkan 'cukuplah seseorang itu berdusta apabila dia menceritakan setiap yang didengarkan'. tidak cukup sekadar dengar dan terus percaya. tapi, harus diyakini dan difahami. insyaallah, agama itu asalnya adalah mudah difahami kerana ia sentiasa sesuai dengan fitrah manusia.

banyakkan bertanya dan mengkaji. jika seorang penceramah menyampaikan sesuatu tentang agama tanpa diberitahu sumbernya. tanyalah secara hikmah. apa dalilnya? di mana di baca? anda ada hak untuk tahu sg seorang muslim.

allahu a'lam.
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh britaniasky ([email protected]) pada Selasa, 10 Januari 2006 @ 20:14:29
(Info AHLI)
Bismillah... Moga Allah mencurahkan hidayat kepada mereka yang ikhlas.

Kemunculan para penceramah yang ramai memang agak merbahayakan kerana merekalah sahaja yang menjadi penunjuk jalan ke jalan tulunjuk Allah yang terang benderang dijelaskan Allah di dalam Al-Quran, hadis Nabi, penjelasan ulama'. Ini adalah kerana penipuan yang berleluasa terhadap Islam sedang berlaku dalam negara. Tidak lain tidak bukan, kerana mereka yang menguasai kekuatan media dengan kejam. Hak milik bersama dijadikan bahan dan alat kehancuran agama, dengan rancangan ke arah kekafiran.

Tanpa malu satu pihak yang terang terangan munafik bahkan sampai ke had kafir mempermainkan islam dengan menamakan majalahnya sebagai Al-Islam. Yang sepatutnya sebuah kerajaan Islam telah menjatuhkan hukuman murtad kepada mereka yang seperti Astora Dajal, Mid bin Man, MahaFiraun dan mereka-mereka yang bersekutu dengan sekutu pihak bersekutu salib dan zionis ini.

Tanpa syak, inilah golongan ketiga dalam surah Al-Baqarah yang dinyatakan. Bahkan disana ayat-ayat yang banyak bagi mereka yang berhati ikhlas mempelajari Al-Quran. Seperti tanda keredhaan yahudi dan nasrani terhadap golongan ini sedang jelas dipandang. Sebaliknya mengingkari perintah persaudaraan sesama muslim serta kuffar dijadikan auliya' dan ketakutan. Tidak mereka ini begini melainkan penyakit yang berpaku dalam darah beku mereka.

Wallahua'lam.
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh rahila ([email protected]) pada Rabu, 28 Mac 2007 @ 9:32:28
(Info AHLI)
assalamualaikum..
bukan lah..penulis ni ialah Ustaz Mohd Asri, pensyarah dari USM merangkap Mufti Negeri Perlis..
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh cikmuda (taman dinding_216) pada Khamis, 19 April 2007 @ 2:27:59
(Info AHLI)
dari. Mohd Asri bin Zainul Abidin ??
]

Re: Bahaya Para Penceramah
oleh nikmudkb ([email protected]) pada Jumaat, 02 Disember 2005 @ 15:52:52
(Info AHLI)


daripada masjid duk kosong tak ada sapa lagi laaa ALLAH tak suka....
masalah palsu dan israilliyat tu masalah dia..dan u kena tegur dia dengan hikmah laaaaa...
bukan dengan cara nak heboh2 kan....
u nak pecah belahkn umat ke nak satukan umat
tak tahu ke kenapa umat berpecah belah,kenapa bala turun rata2,kenapa islam dihina,kenapa tak ada bantuan ALLAH...?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh mihar123 pada Sabtu, 14 Januari 2006 @ 0:16:29
(Info AHLI)
masalah memang menular especially akhir zaman...
maslah palsu ini menyebabkan masyarakat tak dapat membezakan yang mana benar/palsu...
sebab ada sesetengah penceramah/pendakwah zaman sekarang ini hanya mementingkan diri
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh saufi_06 ([email protected]) pada Isnin, 02 Oktober 2006 @ 18:30:04
(Info AHLI)
Setiap apa yang disampaikan dan diterima mestilah dinilai dengan sebaiknya sebelum menyatakan atau membuat suatu natijah atau kesimpulan dan penilaian...

setiap penilaian yang dibuat bergantung kepada individu yang berada pada tempatnya ketika itu...

jadi memecahkan umat Islam dan menghebohkan kelemahan dan kesalahan orang lain bukanlah apa yang sepatutnya kita pandang pada artikel yang telah ditulis bagi panduan pembaca itu...

sebagai pembaca sepatutnya kita mengambil peringatan dan perhatian pada setiap maklumat dan informasi terkini yang kita perolehi supaya perkara yang tidak sepatutnya dilakukan yang salah dari segi hukum syara' dapat kita elakkan daripada terjadi...

dan jika kita sebagai insan yang terlalai atau pun yang melakukan kesalahan sama ada sengaja atau pun tidak, maka kita mestilah menginsafi diri kita supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi pada diri kita seterusnya umat Islam yang lain...

Seperkara lagi yang saya hendak peringatkan di sini kerana kita sebagai insan atau hamba Allah S.W.T. yang lagi hina di sisi-Nya ini tidak dapat lari daripada terlupa dan melakukan kesilapan..
iaitu Islam tidak pernah jatuh, tidak pernah hina dan tidak pernah berpecah tetapi Islam itu sentiasa berada pada kedudukan yang tinggi dan sentiasa gemilang...

dan yang berpecah,yang jatuh dan yang mundur itu ialah umat Islam itu sendiri. Jadi,kita sebagai umat Islam mestilah berlumba-lumba untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam seiring dengan agama Islam itu sendiri yang sentiasa gemilang..
]

Re: Bahaya Para Penceramah
oleh akira_Law pada Ahad, 23 April 2006 @ 5:11:55
(Info AHLI)


saya selaku mahasiswa Al-Azhar, tidak bersetuju dengan hujjah yang dikemukakan oleh penulis ini.. ingatlah kita ini hamba Allah yang lemah.. Jangan kerana setitik susu, habis satu nila rosak... tak dapat saya nak rendam baju dengan nila... fikir2kan lah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh elduri ([email protected]) pada Isnin, 16 April 2007 @ 1:18:48
(Info AHLI)
saya menyokong anda kerana pendapat artikel itu perlu ditapis 2 kali.-elduri
]

Re: Bahaya Para Penceramah
oleh kumpulansenyum pada Selasa, 23 Mei 2006 @ 15:42:17
(Info AHLI)


yang penting kita kena ada pegangan yang betul.
kena belajar ilmu agama dari ustaz yang betul-betul diiktiraf dan boleh dpercayai.
zaman sekarang memang ramai yang terpedaya dengan hadith palsu...
-kalau kita memulakan dan maksiat itu dilakukan olah orang yang selepas kita maka kita akan berterusan mendapat dosa sebagaimana yang melakukannya tanpa dikurangkan walau sedikit....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Bahaya Para Penceramah
oleh jejakaislam ([email protected]) pada Jumaat, 02 Jun 2006 @ 14:07:25
(Info AHLI)


ok la...saya memang setuju dengan pandangan anda wahai
At-tirmizi...saya minat dengan ulasan yang mendalam awak tentang kupasan penceramah2 kat malaysia kita yang tercinta...pernahkah awak terfikir sejenak...apakah anda sendri tidak mahu berceramah...atau anda ini hanya pengkritik penceramah....

satu lagi...kalau nak tahu...inilah penceramah2 yang ditapis oleh kerajaan yang hanya untuk berbicara tentang hal agama atas permukaan sahaja....

mengape seorang penceramah mengkritik didalam apa yang diceramahkan nya....ini disebabkan...memang setiap yang dia nampak nampak didepan mata penceramah tersebut perlu ditegur....
adaka itu dinamakan bahaya...bahayakah orang menegur kesalahan insan islam yang lain...kalau tidak bersalah....masakan melenting apabila ditegur....

kita hidup didunia ni hanya sekali...buat pilihan yang bijak dalam segala hal....Attirmizi...sedap name tu...pengriwayat hadiht antara yang tersohor....adakah anda seperti dia...
rasa penghafalan uintuk sepuluh hadith pun awak kantoi...
jangan hanya pandai berpujangga di keyboard ...
tonjolkan diri..bawa perkara yang hak....

jangan la kita menjadi anjing pada pada perkara kebatilan...
kira ada kecacatan baiki bersama ...adakah menceramah itu satu kerja hina....kalau perlu ditegur teguran cara berhikmah...jangan la berkata macam kita ni bukan orang islam....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh jundulloh ([email protected]) pada Isnin, 05 Jun 2006 @ 23:55:38
(Info AHLI)
Ana hanya tukar info sahaja
di Indonesia pula hal macam tu banyak sangat
Ramai pelawak jadi ustadz dadakan
Lebih banyak di bulan ramadhan
Selepas tu back to pelawak again
Mereka ucap, "Kami bukan ustadz yang gemar melawak
tapi pelawak yang jadi ustadz"
Ucapan mereka sikit ada benarnye
Tapi ustadz tu sebaiknye bisa jaga muru'ah
(wibawa) kerana dia tu tauladan ummah
betul tak?

Salam dari Indonesia
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh pires ([email protected] yahoo.com) pada Jumaat, 23 Jun 2006 @ 20:13:30
(Info AHLI) http://-/ [email protected]/
betul tu dah lah kita ni kurang ilmu pengertahuan hati-hati.image of purity
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh rahila ([email protected]) pada Rabu, 28 Mac 2007 @ 9:37:55
(Info AHLI)
assalamualaikum..
saya mintk maaf ye..penulis ni sebenarnya Ustaz Mohd Asri, pensyarah dr Usm dan juga Mufti Negeri Perlis..saya bukan nak back up dia, tapi saudara juga perlu berhati-hati ketika memberi komen dan melabelkan org..
sekian, wassalam..
]

Re: Bahaya Para Penceramah
oleh donjuan pada Rabu, 29 November 2006 @ 11:29:30
(Info AHLI)


emm..dalam beberapa perkara maybe si penulis tu betul.rasanya si penulis pun tak maksudkan semua org yang balik dr Azhar tu macam tu.tapi memang ada yang tak boleh cakap arab.then pernah kat tpt kja saya dulu seorang budak ngaku balik dr azhar dan selalu bagi ceramah kat ofismates saya.tapi malangnya dia suka uji org dengan soalan2 dan bdebat benda-benda remeh smata2 nak banding dengan ilmu dia.saya selalu kena uji mtang2 saya belajar IPTA kat malaysia dan saya tak sepower org balik azhar.org macam ni lah yang mburukkan org yang belajar kat azhar sebab dia suka tunjuk pandai dan kalau betul balik dr azhar dan pandai agama dia takkan buat begini sebab kawan-kawan saya yang betul-betul alim balik dr mesir takpun bersikap macam dia.saya yang tak alim ni pernah tanya dia 2 soalan saja dan dia tak dapat jawab pun padahal tu soalan yang biasa saja dan basic.jadi BERWASPADALAH dengan org macam NI sebab org macam ini lah yang mburukkan nama org balik Mesir.then pasal pceramah yang suka bercerita cerita2 bersumberkan israeliyyat untuk menarik perhatian pendengar memang tak betul kalau tak sebutkan bahawa itu adalah sumber dr israeliyyat.pceramah yang suka dok cerita yang remeh temeh dr sumber israelliyat patut ditegur..tapi dengan berhikmah dan saya setuju kalau setiap org berhati-hati dengan hadis yang kita sebutkan sebab saya pernah jpa suatu kata-kata sahabat yang dianggap sebagai hadis yang memang saya belajar dr IPT sebagai salah satu dalil suatu kaedah fiqh.tapi baru-baru ini saya tbaca dalam sebuah buku mengatakan bahawa ianya bukan hadis tapi cuma kata-kata sahabat.wallahua'lam..setiap kelemahan tu dtgnya dr kekurgn saya..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh SyukraNss ([email protected]) pada Selasa, 16 Januari 2007 @ 23:16:54
(Info AHLI)
Pandangan manusia ini ada betul ada silapnya..
Yang Betul lagi Haq hanyalah Pandangan ALLAH..

Berselisihan pendapat ini memang selalu berlaku ..apatah lagi di kalangan para pemikir2..

kadang-kadang tak sebulu..

Berlapang dadala..

janganlah sampai 1 kala,kita tegur orang yang mengajar kebaikan(tapi caranya tidak berkenan di hati kita)kita terus tegur,dan menyebabkan dia patah semangat,terus tak nak buat..maka kita bertanggungjawap dalam soal itu..

Lepas ni,nak suruh siapa lagi nak berceramah?
Takkan nak suruh Ah Chong? Sami? Linggam?
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh elduri ([email protected]) pada Isnin, 16 April 2007 @ 1:17:43
(Info AHLI)
ana setuju tapi tidak pendapat artikel anda dapat diterima kerana anda sendiri taqlid saja.-elduri
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh syed ([email protected]) pada Rabu, 29 Ogos 2007 @ 11:13:49
(Info AHLI) http://www.adpiuniti.cjb.net/
kullukum khattouun wakhairu khottoeem attawaabuun..

cakap memang senang...cop sana dan sini..tetapi bila kita bercakap hendaklah berlapik..wahai mufti...bukan semua pendapat enta benarbelaka..ada juga silapnya..dan saya tak nafikan apa yang tuan cakap itu ada kebenarannya..tetapi janganlah yang ada benarnya itu di pandang sepi..wasslam.
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh Amrizal ([email protected]) pada Khamis, 27 Disember 2007 @ 10:50:09
(Info AHLI) http://mohdamrizal.blogspot.com/
Hahahaha.. lawak lah anda..

Betula kata ustaz asri tu...

anda kalau salu pergi dengar kuliah kat masjid mesti boleh gelak sebab lawak sangat lah penceramah sekarang ini..

ada satu ceramah tu pasal ambil wudhuk... ustaz tu cakap kalau isteri yang mengandung elok lah masa ambil wudhuk tu , masa basuh muka elok air tu mengalir ke perut.. lepas itu gosok2 kat perut ibu yang mengandung tu... akan dapat keberkatan..

entah mana hadith dia ambil pun tatau... kebanyakkan yang salu buat lawak ni ustaz2 kampung yang bawa buku agama lama... tulisan jawi..
]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh a_zar81 ([email protected]) pada Isnin, 30 November 2009 @ 13:34:02
(Info AHLI) http://www.friendster.com/9574299/
ya saudaraku, hati-hati dengan kata2mu "ustaz2 kampung yang bawa buku agama lama... tulisan jawi.."

antra salah satu daripada penyebaran islam ke tanah melayu ialah terhasilnya banyak karya & penulisan buku2/kitab2 agama yang ditulis oleh guru2 yang ikhlas.dahulu Islam berkmbang ke nusantara bermula dengan syahadah persaksian dan disusuli dengan tulisan al-Quran & jawi.oleh itu umat islam mutakhir ini amat bersyukur dan menghargai sumbangan mereka.

buku2 agama dalam tulisan jawi perlu dijaga dan dilindungi kerana terdpt di dlmnya khazanah ilmu yang masih perlu dihuraikan & diperdalami oleh golongan ilmuwan masa kini, bukannya dipersoalkan malah diperlekehkan hanya dengan sebelah mata sahaja. kita tak patut hanya pandai mengulas tanpa sebarang kajian @ hanya melihat pada hawa nafsu semata-mata...

mdh2an dirahmati allah ta'ala..
]

Re: Bahaya Para Penceramah
oleh azzak pada Rabu, 14 Mei 2008 @ 20:41:14
(Info AHLI) http://azzakwan.multiply.com/


Nabi kata berpegang kepada Quran & sunnahku, nescaya takkan sesat...

siapa yang taksub akan seseorang, akan jadi kes seperti ayah pin, dll..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Bahaya Para Penceramah
oleh en_poligami ([email protected]) pada Jumaat, 02 Januari 2009 @ 8:31:16
(Info AHLI) http://car-one-stop.blogspot.com/
terpikir juga saya selepas membaca artikel ini... penceramah yang berhujahkan hadis2 palsu atau dhaif sememngnya salah jika ia tidak menceritakan kepada org ramai akan asal usul setiap hadithnya.

tetapi bagaimana pula 'ceramah-ceramah' dari 'ustaz' dan 'ustazah' kita yang lepas dari universiti AF(akademi fantasia) yang banyak kita dapat lihat di saluran astro tu?

yang sehati berdansa tu pula.. hadis mana mereka guna yang kononnya jika mereka menang dalam dansa mereka itu duit itu akan mereka dermakan kepada pertubuhan dan badan2 kebajikan.. adakah niat mereka untuk menderma itu telah menghalakan cara mereka?

jika betul-betul menegakkan yang hak pula sekarang ini di malaysia silap2nya kena ISA.. jadinya terpulang kepada yang mendengar ilmu itu juga sebenarnya samaada ingin menerima bulat2 apa yang mereka dengar atau memikirkan sahih atau tidak apa yang didengar.

pada saya Kenapa hadis palsu itu lebih digunakan dan diterima oleh pendengar adalah kerana sifat kita manusia sendiri lebih suka kepada ganjaran yang besar-besar dan kebanyakan hadis2 tu pula sesuai dengan selera nafsu...
]

Re: Bahaya Para Penceramah
oleh Mulya (pencinta_allah) pada Selasa, 17 Februari 2009 @ 10:34:12
(Info AHLI) http://yusufibnumaryam.blogspot.com/


aslmkm..
ya..ramai sangat penceramah yang mengada-ada...
mereka hanya baca kitab dan mengaggap pendapat dalam kitab tu betul tanpa memperhatikan alqur'an yang membantahnya...

dulu awal-awal datang malaysia..ada seorang ustaz bagi ceramah dalam tv..dia kata "manjadda wajada" tu hadis...ketawa semua kawan-kawan saya..semua orang juga tau bahwa tu bukan hadis...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089488 saat. Lajunya....