|
populariti pelajar AF dan 12,000 pelajar melayu pintar tercicir IPTA
|
|
|
Posted on Isnin, 19 September 2005 @ 21:22:04oleh Kang
|
|
|
afiqawe menulis Sudah semestinya ramai remaja2 terutamanya, menghantar sms untuk menyokong pelajar2 AF kesukaan mereka. Banyak duit di habiskan untuk mengundi baik melalui sms ataupun di channel ASTRO itu sendiri.
Adakah anda tahu, berapakah rakyat malaysia membelanjakan duit mereka untuk AF ini? Hanya terdiri daripada 12 pelajar, keuntungan boleh dijangkakan berjuta2 ringgit. Sehingga pelajar yang menjadi juara mendapat hadiah yang mewah. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Tetapi saya ingin, membawa anda berfikir tentang satu lagi kemelut yang melanda Malaysia sekarang.
****************** Setelah bertungkus-lumus belajar untuk peperiksaan, dengan segala tuisyen dan akhirnya layak masuk ke universiti, tetapi mereka tersungkur di tangga kampus. Sungguh sedih dan pilu apabila mengenangkan 120,000 pelajar melayu pintar gagal mendapat tempat di IPTA, malah tidak mampu membayar yuran pengajian di IPTS, dan seterusnya tercicir dari pendidikan tinggi. Lebih- lebih lagi apabila MARA hanya memperuntukkan 2000 pelajar di IPTS berbanding 21,000 pada tahun lalu dan IPTS bumiputera `gulung tikar. Hakikatnya, Malaysia akan mengalami pembaziran sumber manusia dan akan mendatangkan implikasi politik, ekonomi, dan sosial.Banyak langkah2 yang diatur oleh kerajaan antaranya ialah membuat tabung kebajikan pelajar2. Isu ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
*************
Pelajar mana yang lebih penting, bagi membina insan dan melahirkan generasi bumiputera 2020 yang berilmu dan berkemahiran? Dimanakah sepatutnya wang anda disalurkan dan dikumpulkan? Tepuk dada, tanya selera
|
|
| |
|
|
|
|
|
Berita
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Berita:
Impian & HarapanRecent News About Berita:
Misc
|
|
|
Komen
oleh istisafa ([email protected]) pada Selasa, 20 September 2005 @ 9:07:06
(Info AHLI)
Kaum Melayu masih asyik dengan hiburan. Sedangkan kaum Cina sanggup bergolok gadai hanya kerana pendidikan. Mentaliti pemikiran Melayu masih lagi ditakuk lama. Sedangkan kaum - kaum lain jauh kehadapan. Kepada kaum Melayu yang sedar akan hal ini, ingat - ingatkan kepada rakan - rakan dan sanak saudara lain. Tambahkan ilmu didada.
oleh eddyputra pada Rabu, 21 September 2005 @ 10:40:58
(Info AHLI) http://eddyputra.blogspot.com/
hai,sebab itu lah kaum melayu ramai tak dapat masuk ipt sebab pentingkan hiburan semata-mata.membazir saja duit sms tapi tak dapat pulangan.baik laburkan duit untuk sambung studykan lagi baik
oleh embun (7904361) pada Sabtu, 05 November 2005 @ 19:08:28
(Info AHLI)
sepatutnya krajaan lebih pentingkn student yang nak masuk u ni
mereka ni pewaris intelek negara.
tapi realiti leni macam tu la, masyarakat lebih sukakan hiburan hingga abaikan mana yang lebih penting.
masalahnya, bila bagi pelusng kat student ni melanjutkan study, mereka buat main2 pula, tak serius belajar dsb
bukan sedikit yang kat dengar perangai budak u buruk- buat maksiat etc.
memang la masih ada yang betul2 nak belajar tapi ckt saja .
entah la,saya pun tak tau macam mana
cuma saya harap kat semua sebagai peljar, guna la peluang yang ada untuk belajar , bukan main2!
Jangan gadaikan masa depan nak berfiya2 aje.
Pastikan berjaya dapat ijazah dulu lepas tu nak enjoy ke apa ke....lantak la.wassalam.
oleh affenry pada Selasa, 17 Oktober 2006 @ 1:47:51
(Info AHLI)
hehehehe
saya begitu tertarik dengan tajuk kali ini.....
menepati citarasa....
terus terang nya saya tak pernah ambil tahu akan AF, mentor, malaysian idol or apa-apa lagi yang sewaktu dengan nya...
tapi saya rasa terpanggil untuk meluah kan rasa ht saya apabila ramai rakan-rakan saya yang begitu asyik dengan dunia hiburan in....
siapa yang bersalah????????
penganjur????peminat????perserta?????stesen tv??????kerajaan???????
disini dapat kita lihat dimana semua pihak yang terlibat adalah bersalah......
buat apa diadakan program sedemikian???
apa kepentingan nya pada masyarakat??????
pada saya, daripada kita labur kan duit untuk program2 yang maksiat macam tu, lebih baik kita sedekah kan pada fakir2 yang ada....
rakyat merempat di negara sendiri.........
tapi duit yang ada diberi pada yang kaya.....
yang kaya akan bertambah kaya...yang miskin pula semakin terhimpit...................
adakah ini yang dibanggakan sopan santun budaya kita?????????
fikir2 kan...........................
salam.........
oleh kama_klate ([email protected]) pada Jumaat, 23 September 2005 @ 18:26:02
(Info AHLI) http://-/
ramai lagi sedara sedari kita yang sedar tentang perkara ni sms tu dapat apa.itu dah macam menggalakn dia buat perkara tak baik kita sokong so kita smama dapat dosa macam diaorang sama2 tanggung. betul tak......
oleh nazran7 pada Isnin, 12 Jun 2006 @ 20:21:56
(Info AHLI)
QURAISY.. PERANGAI orang QURAISY.. tengok QURAN SURAH QURAISY...
SUKA BERUBAH2.. DAN MENGIKUT2..
yang di pentingkan.. HARTA, TAKHTA, WANITA.. 3 TA.
oleh najwa_mnor ([email protected]) pada Rabu, 11 Januari 2006 @ 2:02:02
(Info AHLI)
Kaya rupanya rakyat malaysia ini ye..dah la kaya baik hati pula itu derma kat syarikat telemonukasi yang sememangnya kaya raya..kepada pelajar yang dapat sambung belajar kat IPTA itu, belajarlah betul2..jangan target pointer cukup makan sudahlah..ramai lagi yang nak sambung belajar kat 'U' itu tapi tak kesampaian.
oleh ibn_wanza pada Rabu, 11 Januari 2006 @ 6:17:26
(Info AHLI)
semua berlumba2 cuba nak naikkan artis yang diminati.tapi tak ada pun yang berlumba2nak cuba ketengahkan belia yang bergulung2 ijazah yang tak ada kerja.semua susah hati fikir kalau2 artis yang diminati gagal ke final AF, tapi tak ada pun fikir bagaimana nak atasi masalah belia dengan dadah...bangun la wahai melayu, bangun dengan fikrah baru.fikrah membina......-insan jahil
oleh akwa pada Sabtu, 04 Februari 2006 @ 4:40:33
(Info AHLI)
nak menang dalam pelajaran kena belajar bersungguh2..
mana lebih senang...
bangkitla umat melayu semua..
oleh zubaidah pada Sabtu, 11 November 2006 @ 14:31:31
(Info AHLI) http://www.harakahdaily.net.my/
oleh islamic_gil ([email protected]) pada Rabu, 24 Oktober 2007 @ 13:53:30
(Info AHLI)
oleh nor_2118 (NB@15) pada Sabtu, 25 Februari 2006 @ 9:46:22
(Info AHLI)
Assalamualaikum..
sebelum kita menghukum orang lain dengan pelbagai tomahan baik kita hitung dulu diri kita..
dalam hal ni memang xdapt dinafikan tapi sebagai kaum melayu atau lebih tepatnya umat islam kena lah beri mereka sokong atau nasihat dengan cara yang berhemah bukan lagi memberi tekanan kepada mereka..
mungkin dengan cara psikologi mereka akan lebih sedar,sapa tau??!!
sprti mana kita tau, apablia kita lontarkan tomahan ini kepd mereka ,mereka akan rasa lebih tercabar dan secara xlangsung akan memberi support kepada bintang2 AF ini.
so,pada pandangan saya,lontarkanlah pandang anda kepada pihak yang lebih berkuasa....bukan dengan mengkondem kaum sendiri...
"ingat lah kalau bukan kita sapa lagi nak tolong kaum kita...
cintailah kaum kita..."
oleh iNsyirah84 (ummi) pada Ahad, 23 Julai 2006 @ 10:55:42
(Info AHLI)
kenapa sibuk nak berhibur?
dah lah tu...pnonton kat bawah sibuk menangis olok2..
sadisnye..
yang nak belajar boleh tercicir pula...
mana pejuang bangse melayu???
oleh naemovic pada Sabtu, 27 Januari 2007 @ 5:57:20
(Info AHLI)
pilihanraya ni pakat2 sokong pihak pentadbiran yang ada sekarang.sokong dan sokong lagi agar melayu hancus dan leboq.depa tu bukan nak support kat.musnah lagi ada lah.macam-macam cara boleh depa buat,terutamanya dengan hiburan tanpa batasan.maap lah sebab ma
sok politik sikit.......mbik paham lah
oleh umaira_sutera ([email protected]) pada Rabu, 20 September 2006 @ 9:50:20
(Info AHLI)
oleh huda68 pada Khamis, 11 Februari 2010 @ 0:13:06
(Info AHLI)
oleh quratulbalqis ([email protected]) pada Rabu, 05 Disember 2007 @ 10:10:18
(Info AHLI)
SALAM..ana sokong,dalam hal ni semuanya bersalah.. baik penganjur mahupun penyokongnya..tapi,para penganjur ni tak makan saman walaupun dah banyak kali ditegur oleh mereka yang prihatin dengan perubahan sikap masyarakat kita sekarang..dah tu,masyarakat sekarang lebih mementingkan budaya hedonisme yang keterlaluan..pelajar2 ipt pula,ingatlah pengorbanan ibubapa kita..jangan sesekali lupa diri bila dah melangkah ke alam universiti..kuatkan iman,teguhkan peribadi,insyaAllah segala kemungkaran dapat diatasi..(petanda akhir zaman)peringatan buat ana&antum..
oleh hana_qalisha pada Sabtu, 05 Januari 2008 @ 0:33:34
(Info AHLI)
betul lah..student ipt sekarang dah tak tau apa priority mereka.selalu habiskan masa untuk hiburan saja..contoh tak baik untuk budak-budak sekolah.sedih betul..
oleh sakinah283 ([email protected]) pada Selasa, 16 Februari 2010 @ 17:54:56
(Info AHLI) http://sakinah2803.blogs.friendster/
salam........
ye lah kan....semua budak-budak sekarang nak keluar tv...........
nak berlakon.............nak menyanyi..........
habis siapa nak tengok pas ni.................pelik betul lah remaja sekarang...................
oleh ar-zahra ([email protected]) pada Sabtu, 29 Mei 2010 @ 23:05:22
(Info AHLI)