Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 125
Ahli: 0
Jumlah: 125




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 12 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Cinta Seorang Lelaki
 Posted on Jumaat, 02 September 2005 @ 8:56:42oleh istisafa
Umum syahbi menulis Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya
sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap
kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA.

Lebih baik dipraktikkan selepas berkahwin..
 

  Umum


Komen


"Cinta Seorang Lelaki" | Login/Mendaftar | 21 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh ridwan_daie ([email protected]) pada Jumaat, 02 September 2005 @ 22:50:50
(Info AHLI) http://ridwansaputra.blogspot.com


Yang ni semua ciri-ciri lelaki tak sejati ni.... Lelaki sejati kenalah mencintai umat lebih daripada dirinya, bukan cinta kepada kekasihnya saja, ni tak betul ni kalau ada ciri-ciri macam ni... Ni bukan lelaki sejati dan bukan cinta sejati.... Contohilah cinta Rasulullah saw
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh Ramzi (alisya_suhana_bib) pada Isnin, 05 September 2005 @ 9:45:18
(Info AHLI)
bagi ana lah... kalau kat mencintai seseorang itu, mak cintailah dia kerana Allah dan rasulnya,yakni orang yang kat cintai itu sama2 mencintai Yang Maha Pencipta dan baginda rasulullah.Kalau kat cintai seseorang juga kat tak kan cuba mengongkong orang yang tercinta, cuma mengawal dirinya daripada melanggar btsn yang yang tlh di syariatkan oleh Allah.
]


Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh futurama pada Khamis, 08 September 2005 @ 13:07:10
(Info AHLI)
macam pernah ternampak kat dalam majalah somewhere..
]


Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh inspirasiku_85 pada Selasa, 13 September 2005 @ 12:33:39
(Info AHLI)
cinta seorang lelaki yang abadi dan hakiki ialah kepada Penciptanya..tak kira lelaki mahupun perempuan utamakan cinta kepada Allah dan Rasullullah dahulu, kemudian barulah cinta sesama manusia..Rasulullah adalah contoh terbaik..mudah-mudah cinta sesama manusia mendapat ok'berkatan oleh-Nya..INSYAALLAH..jgnlah kita alpa dan lupa tanggungjawab semata-mata untuk mengejar cinta yang belum pasti kekal untuk selamanya..
]


Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh sofea_soleha ([email protected]) pada Jumaat, 02 Jun 2006 @ 9:25:26
(Info AHLI)
bila kita bertemu cinta sejati, hargailah. Tapi kalau tak ada jodoh, jangan putus asa.

>>Berharap dapat bertemu jodoh yang menjadi penyejuk mata, penawar hati (Amin)
]


Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh atiqahsyahidah pada Sabtu, 19 Ogos 2006 @ 22:12:27
(Info AHLI)
betul...kecantikkan seorang lelaki bila dia menyerahkan 100% cintanya pada Allah tuhan yang esa.
]


Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh mujahid007 ([email protected]) pada Isnin, 26 November 2007 @ 17:09:20
(Info AHLI)
yaaaa.cinta yang utama adalah cinta ALLAH..
jk cinta macmana pun jk kat ketepikan ALLAH,RASUL,IBU BAPA itu bukan cinta sejati namanya..
]

Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh kama_klate ([email protected]) pada Khamis, 15 September 2005 @ 14:54:44
(Info AHLI) http://-/


saya cadangkn contohilah cinta speprti Rasulullah
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh syahrenger ([email protected]) pada Ahad, 18 September 2005 @ 16:46:38
(Info AHLI) http://tungguuuuuuu!!!!!


Kita orang lelaki ni jangan hopokrit lah.... Walaupun betul2 cinta kepada seseorang perempuan... namun tidak dapat 100%. masih ada hati juga dengan perempuan lain sikit2. Apa yang penting ialah tanggung jawab selepas kahwin. Sekarang boleh lah kata cinta sepenuh hati tapi kita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku selepas kahwin. Buat masa sekarang dan selama-lamanya, cubalah untuk bercinta dengan sepenuh hati dengan ibu kita. Itu lebih penting. Insya Allah akan jadi anak yang soleh. Insya Allah, berkat daripada doa ibu, kita bercinta dengan cara yang betul dengan sesiapa pun
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh leo (fiera_86:)) pada Ahad, 02 Oktober 2005 @ 12:37:21
(Info AHLI)


memang betul 100%
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh amakusa ([email protected]) pada Rabu, 26 Oktober 2005 @ 12:59:09
(Info AHLI)


saya setuju pandangan ridwan daie......... lelaki sejati meletakkan cinta kepada allah yang teratas kemudian rasulullah s.a.w.......
contohilah rasulullah s.a.w itu yang terbaik.
jangan jadi hamba cinta manusia.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh ibn_wanza pada Ahad, 13 November 2005 @ 3:01:41
(Info AHLI)


CINTA..banyak tafsiran yang boleh dbuat padanya..jangan samakan cinta ILAhi dengan cinta sesama manusia...sebaik2nya,jadikanlah cinta sesama manusia sebagai wasilah untuk menuju redha ILAHI..-yang memberi pendapat,insan jaheel.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh aisyah_kasihmuslimah pada Sabtu, 10 Disember 2005 @ 22:25:04
(Info AHLI) http://-/


"Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan...."

Lebih baik menitiskan airmata selayaknya untuk ibu tercinta...& isteri tersayang


Sahabat saya juga pernah pesan
Jangan titiskan airmatamu kerna seorang lelaki
Jadi, lelaki juga patut begitu..

Semoga hidup kita semua sentiasa dalam redha Allah swt. ameen...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh mirwana_87 (cahaya_mirwana) pada Jumaat, 20 Januari 2006 @ 14:54:34
(Info AHLI)


alhamdulilah....kalau selepas berkahwin dikurniakan lelaki sebegitu,syukurlah...tapi kalau sebelum itu....tak manis di pandangan islam..biarlah kita bazirkan air mata ini kerana allah,tapi jangan pula kita bazirkan ia kerana hal dunia semata-mata.anggaplah sudah ketentuan dan tiada jodoh...kan ramai lagi kaum hawa kat dunia ni.mana tahu allah mahu kurniakan kita jodoh yang lebih baik lagi dari sebelumnya.ingatlah...setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh siswa ([email protected]) pada Ahad, 02 Julai 2006 @ 3:51:16
(Info AHLI)


Cinta sejati HANYA untuk aLLAH dan NABINYA.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh attuffah_humairah ([email protected]) pada Jumaat, 09 Februari 2007 @ 0:46:48
(Info AHLI)


hehe..kelakar jugak lelaki ni bila dah jatuh cinta...perasaan halus itu fitrah...peliharalah ia bila dah dapat org yang sepatutnya...ana tak pandai nak komen apa-apa...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh _norlidahashim_ pada Ahad, 28 September 2008 @ 12:44:16
(Info AHLI)
betul tu humairah..saya sokong..saya pun tak reti nak komen apa-apa.bagi semua..tepuk dada tanya iman..
]

Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh masturat ([email protected]) pada Rabu, 21 Februari 2007 @ 21:15:10
(Info AHLI)


Allah kurniakan setiap manusia dengan naluri....hargailah ia dengan sebaiknya.gunakan naluri pada tempatnya....tak salah berkasih sayang sesama manusia..tapi pastikan ianya tak melanggar hukum...=)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh ululalbab pada Khamis, 06 Mac 2008 @ 15:01:28
(Info AHLI)


saya bersyukur andai ditakdirkan saya dapat cinta seorang lelaki selepas berkawin serta diiringi keredhaan dari Illahi.. tapi lelaki sekarang tak macam lelaki dulu..laki sekarang yang minority merasa diri mereka akan dapat segala-galanya dari seorang perempuan..tak hairanla kalau lelaki yang bercinta boleh pasang 2,3,4 orang awek dalam masa yang sama..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh azzak pada Rabu, 14 Mei 2008 @ 20:36:06
(Info AHLI) http://azzakwan.multiply.com/


panduan untuk lelaki yang sudah berkahwin sahaja!!!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Cinta Seorang Lelaki
oleh miss_nuyu ([email protected]) pada Isnin, 06 Oktober 2008 @ 11:57:25
(Info AHLI)


semuanya betul,tapi semua 2 atas masing-masing,bukan semua llaki sjati...tapi kalau yang betul-betul sjati memang susah betul nak jumpa..kalau ada,nak kenal juga,hehehe
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116064 saat. Lajunya....