Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-01-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak hidup dek puji; tidak mati dek keji
-- SMNA (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 3 hari yang lalu
Jaafar072286: 16 hari yang lalu

Kisah Benar IRC
 Posted on Jumaat, 19 Ogos 2005 @ 0:34:28oleh istisafa
Umum Amzar menulis Kisah Benar IRC

Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya, dia akan bertemu dengan Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc. Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di IRC. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung-pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila-bila masa tetapi Hazlan lain pula.

Dia memang jujur dan berterus-terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC.

Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan nama 'nurheart'. Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan
mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC.

Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih. Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari
Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas.

Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka mengatakan sudah lama
Hazlan tidak masuk IRC.

Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul.

Shahirah tanpa membuang masa terus menegur Hazlan.

nurheart : Lan...

hensemboy : Ira...maaf saya tak dapat masuk malam itu.

nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?

hensemboy : Maaf...saya tak sempat menghubungi awak. Maaf...

nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?

Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab pertanyaannya dan tiba-tiba senyap. Shahirah menunggu dengan sabar namun tetap Hazlan
tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan perasaan hampa.

"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu. "aku tak faham betul. Kenapa Hazlan
dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia?

"Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila-bila masa saja.

aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata Samirah. "aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba-tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam," katanya sambil memegang tangan Samirah. Samirah mendiamkan diri seketika.

Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Hazlan.

Shahirah bersetuju dengan pendapat Samirah. Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari kelas malam.

Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya dia masuk IRC
malam ini. Sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai apabila Hazlan masuk IRC.

Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya.

hensemboy : Ira...awak marah saya ke?

nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak
macam mahu tidak mahu berbual dengan saya?

hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti
dulu.

nurheart : Kenapa?

hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu bertemu dengan awak, ingat?

nurheart : Awak teruk ke?

hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai....saya hilang darah yang banyak...saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar.
Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6.

nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?

hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini...menanti orang membantu saya.

nurheart : Maksud awak?

hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah.

Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa
takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya.

Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Hazlan. Tiba-tiba suara wanita
itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak pulang ke rumah.

Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan supaya mencari Hazlan di dalam
semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah-curah bercampur sedih dan takut.


Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan
cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Shahirah melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui
Hazlan memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi.


p/s: Cerita ini benar dan kawan saya (Sungai Besar, Selangor) masih lagi simpan LOG file perbualan dengan siMATI sekitar 1999...."Kita doakan agar ROH nya ditempatkan bersama2 orang beriman......AMIN"

 

  Umum


Komen


"Kisah Benar IRC" | Login/Mendaftar | 11 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kisah Benar IRC
oleh syed ([email protected]) pada Jumaat, 19 Ogos 2005 @ 2:24:41
(Info AHLI) http://www.adpiuniti.cjb.net/


Allah..al-fatihah buat hazlan..macam tak percaya...tapi tak boleh tolak 100% cerita ni..apa-apa pun..banyak pengajaran yang boleh d ambil..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Kisah Benar IRC
oleh putrisuria ([email protected]) pada Sabtu, 05 November 2005 @ 18:56:08
(Info AHLI) http://-/
fool.
lepas baca cerita tu, rasa macam tak logik jugak tapi menyedihkan
apa-apa pun saya masih 50-50 percaya ke tak sebab dalam dunia ni banyak benda yang pelik dan tak terfikir dek akal boleh berlaku.
tapi apa yang saya tau, Kalau mayat tu tak diuruskan dengan sempurna memand roh si mati di awangan, between angit dan bumi.
so, mungkin cerita ni benar.
Wallahua'lam.
]

Re: Kisah Benar IRC
oleh Shahida09 pada Sabtu, 20 Ogos 2005 @ 21:32:24
(Info AHLI)


Seramnye... tak boleh percaya 100% dan tak boleh tolak 100% juga...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Kisah Benar IRC
oleh hafiz_along_83 ([email protected]) pada Isnin, 22 Ogos 2005 @ 12:20:23
(Info AHLI) http://www.uum.edu.my/
SERAM JUGAK CERITA NI... MUNGKIN yang MATI KENA LANGGAR LARI TU ORANG SOLEH agaknya... ATAU DI SAAT HAMPIR NAK KENA LANGGAR TU ALLAH bagi TANDA SPY DIA JADI BAIK KE... MUNGKIN lah...

AL-FATIHAH...
]

Re: Kisah Benar IRC
oleh razman ([email protected]) pada Selasa, 23 Ogos 2005 @ 22:55:14
(Info AHLI)


Assalamualaikum boleh tak amzar cerita lebih lanjut cerita ni dengan memberi lebih bahan-bahan bukti yang cerita ni betul? Tarikh, keratan akhbar dll. Agak pelik macam percaya tak percaya saja.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kisah Benar IRC
oleh nurilahi pada Ahad, 28 Ogos 2005 @ 13:43:26
(Info AHLI) http://yahoo


ya allah..betul ke ada kes macam to? mula2 baca memang tak pecaya lansung tapi bila pk2 ballik apa-apa skalipun boleh berlaku dengan izin yang berkuasa.mb allah nak tunjukan kebenaran.mb juga hazlan to berima orangnyer juga allah memuliakan mayatnya agar dapat disempurnakan..
tapi melalui internet itu yang menjadi TANDA tanya..........
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kisah Benar IRC
oleh cinta_madinah pada Ahad, 04 September 2005 @ 10:33:35
(Info AHLI)


ermm..seram na pelik..macam mana pulak dalam semak dan katanya dah meniggal..dapat chatting dengan shahirah...??

wallahua,lam..pelik..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Kisah Benar IRC
oleh al-irfan pada Ahad, 04 September 2005 @ 12:08:08
(Info AHLI)
assalamualaikum wrt wbt.

Terima kasih kerana berkongsi cerita dengan sahabat semua. Sebenarnya semua perkara boleh berlaku..Allah tu Maha Kuasa atas segala-galanya. Moga roh Hazlan dirahmati Ilahi.
Sebenarnya menurut Tuan Guru ana, apa yang berlaku adalah berkemungkinan benar. Sebenarnya manusia diciptakan oleh Allah mempunyai duplikasi roh. dan setiap kita mempunyai duplikasi tersebut.Apabila kita mati roh kita akan diletakkan di satu alam bernama barkzah. di situlah semua roh akan bertemu sesama mereka. mereka ini tidak dapat lagi kembali ke alam dunia ni. Jadi apa yang berlaku kemungkinan besar adalah duplikasi roh tersebut yang juga disebut "Qarin"yang mengambil tugas. Hal semua ini berlaku adalah menunjukkan kewujudannya. ini adalah bersesuaian dengan hadis Baginda s.a.w yang mafhumnya setiap kita ni disertai dengan qarin.bila kita baik maka baiklah ia.
Di sesetengah negara ada yang mendakwa dia dapat memanggil roh si mati (tahdirul arwah) padahal dalam Islam roh manusia tidak dapat dipanggil sebagaimana kehendak manusia. Maka disitu qarin yang mengambil peluang untuk menunjukkan kewujudannya. Tapi awaslah, syaitan juga mampu menyamar sebagai manusia. ia juga dapat membentuk semacam manusia. Jadi ramailah yang tertipu tentang hal yang demekian tambah-tambah lagi siapa yang sering melibatkan perubatan tradisional dan ilmu kebatinan.
Sebagai orang yang berakal, kita kena yakin bahwa setiap kejadian itu ada sebab dan hikmahnya. Untuk penjelesan yang mendalam, tanyalah ustaz-ustaz. Moga sama-sama dapat manfaat. insya Allah.
ok, ana dah nak keluar ni.. tak mengapa lah ada masa ana ceritakan kisah yang berkaintan.insya Allah. SENYUM SOKMO
]


Re: Kisah Benar IRC
oleh al-irfan pada Ahad, 04 September 2005 @ 12:08:50
(Info AHLI)
assalamualaikum wrt wbt.

Terima kasih kerana berkongsi cerita dengan sahabat semua. Sebenarnya semua perkara boleh berlaku..Allah tu Maha Kuasa atas segala-galanya. Moga roh Hazlan dirahmati Ilahi.
Sebenarnya menurut Tuan Guru ana, apa yang berlaku adalah berkemungkinan benar. Sebenarnya manusia diciptakan oleh Allah mempunyai duplikasi roh. dan setiap kita mempunyai duplikasi tersebut.Apabila kita mati roh kita akan diletakkan di satu alam bernama barkzah. di situlah semua roh akan bertemu sesama mereka. mereka ini tidak dapat lagi kembali ke alam dunia ni. Jadi apa yang berlaku kemungkinan besar adalah duplikasi roh tersebut yang juga disebut "Qarin". Hal semua ini berlaku adalah menunjukkan kewujudannya. ini adalah bersesuaian dengan hadis Baginda s.a.w yang mafhumnya setiap kita ni disertai dengan qarin.bila kita baik maka baiklah ia.
Di sesetengah negara ada yang mendakwa dia dapat memanggil roh si mati (tahdirul arwah) padahal dalam Islam roh manusia tidak dapat dipanggil sebagaimana kehendak manusia. Maka disitu qarin yang mengambil peluang untuk menunjukkan kewujudannya. Tapi awaslah, syaitan juga mampu menyamar sebagai manusia. ia juga dapat membentuk semacam manusia. Jadi ramailah yang tertipu tentang hal yang demekian tambah-tambah lagi siapa yang sering melibatkan perubatan tradisional.
Sebagai orang yang berakal, kita kena yakin bahwa setiap kejadian itu ada sebab dan hikmahnya. Untuk penjelesan yang mendalam, tanyalah ustaz-ustaz. Moga sama-sama dapat manfaat. insya Allah.
ok, ana dah nak keluar ni.. tak mengapa lah ada masa ana ceritakan kisah yang berkaintan.insya Allah. SENYUM SOKMO
]

Re: Kisah Benar IRC
oleh eddyputra pada Khamis, 22 September 2005 @ 12:43:30
(Info AHLI) http://eddyputra.blogspot.com/


betul ke cerita ni.macam tak percaya saja.apa pun sesuatu kisah tu mestilah ada bahan buktinya.betul tak.kisah ni dah lama tapi ngapa now di bangkitkan semula.apapun ianya tetap ada pengajaran
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Kisah Benar IRC
oleh ahlifikir pada Sabtu, 22 Julai 2006 @ 20:03:08
(Info AHLI)
cerita ni pernah dengar dulu tapi kesahihan nya tu boleh dipertikai oleh mata hati manusia...

tapi ALLAH MAHA BESAR

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. (36:82)
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.08194 saat. Lajunya....