Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 182
Ahli: 0
Jumlah: 182




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 48 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Segelas Air Di Medan Perang
 Posted on Sabtu, 19 Mac 2005 @ 0:57:09oleh Hanan
Tazkirah rutab menulis Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.

Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh
mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan
satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari.
Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya
bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam
di medan pertempuran.

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim
Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu
meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan
pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.

Abu Jahim bercerita.
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara
sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali.
Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi
faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia
sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang
kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis
sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar
kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir
saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi
pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air!
air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya
lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang
itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya
pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang
itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah
Hasyim Bin Abilas.

Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada
Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di
sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali
ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu
lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya.
Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang
ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun
bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga
telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi
mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak
tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga
telah mati syahid.

Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada
bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang
Islam yang beriman. Inilah nilai ukhwah yang berputik
hasil didikan iman yang lahir dari jiwa yang bertaqwa.
Apakah kita sudah memiliki nilai kasih sayang sebegini
???

 

  Tazkirah


Komen


"Segelas Air Di Medan Perang" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Segelas Air Di Medan Perang
oleh Nurizmi pada Khamis, 21 Januari 2010 @ 14:36:24
(Info AHLI) http://ainatulsholehah.blogspot.com/


ni lah contoh sifat ithar yang sebenar2 ithar...
melebihi org lain dr diri sendiri..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119247 saat. Lajunya....