|
Jawapan yg boleh membawa kpd syirik
|
|
 |
Posted on Selasa, 14 September 2004 @ 9:18:19oleh Engku_Salina
|
|
|
cikgumimi menulis artikel ini saya peroleh dari seorang sahabat untuk dikongsi bersama-sama anda semua.
wallahua'lam....
Siri kuliah maghrib di Surau Al Mutaqqun USJ 12.
Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam. Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.
Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, Anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....
"Uncle sebelah buat apa tu Abah?" dan secara amnya, kita akan menjawab.. "dia org tengah sembahyang atau tengah sembah tuhan dia"
jawapan itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" tetapi apabila kita memberikan jawapan ... "dia tengah sembah tuhan dia"
kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH, kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan, India satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan mereka lain dr kita. Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Jadi mana datangnya konsep atau pengertian "dia sedang sembah tuhan dia" Sekiranya jawaban ini diteruskan..... maka anak kita akan terus
keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita " tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Jawapan yang sebenarnya, " anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah "Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan keliru kan mereka.
Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan".Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH. Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari kuliah maghrib,
sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawaban yang lebih baik..... SILA KONGSI BERSAMA.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh alea13 pada Selasa, 14 September 2004 @ 12:58:17
(Info AHLI) http://alin81.bravejournal.com/
jazakallahu khair for the info.. kdgkala byk perkara2 yg kita tak sedar yg kita lakukan boleh bawa pd syirik.. lakukan sesuatu ibadah krn selain Allah, syirik.. bersumpah & bernazar selain krn Allah, syirik.. takut pd selain Allah, syirik.. memuji selain Allah atas sesuatu nikmat pon syirik.. wallahua'lam..
oleh yahiko pada Jumaat, 17 September 2004 @ 22:12:42
(Info AHLI)
saya ada mengemukakan soalan ttg perkara ni dlm site masalah agama dan jawapannnya...
''Tidaklah menjadi syirik dengan hanya mengatakan 'orang2 kafir itu menyembah tuhan mereka' kerana maksud orang yang berkata 'tuhan mereka' itu bukan Tuhan yang sebenarnya kerana maksud la ilaahaillah itu adalah Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah.
Tetapi seeloknya menjelaskan kepada anak2nya itu bahawa tuhan yang disembah oleh orang2 kafir itu bukan tuhan yang sebenar kerana Tuhan yang sebenar hanya Allah swt.''
sumber: www.surau.ladang.net
wallahua'lam..