|
EDISI KL: PETAKA AWAL PAGI MERDEKA
|
|
 |
Posted on Jumaat, 03 September 2004 @ 9:16:16oleh Engku_Salina
|
|
|
itsjustme menulis PETIKAN HARIAN METRO 1 SEPTEMBER 2004
KAJANG: Seorang gadis dirogol seorang daripada empat lelaki yang menyamun mereka ketika pulang menyertai sambutan Ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka, awal pagi semalam.
Pasangan berkenaan yang menaiki kereta ditahan kumpulan lelaki yang menggunakan dua motosikal di simpang Kampung Sesapan, Batu Rembau di Beranang, dekat sini, kira-kira jam 2.30 pagi.
Dalam kejadian itu, kumpulan itu mengarahkan pasangan terbabit keluar dari kereta tetapi mereka enggan.
Mereka kemudian menarik teman lelaki gadis berkenaan keluar dari kereta dan kemudian memaksa pasangan itu menanggalkan pakaian dan melakukan hubungan seks.
Bagaimanapun, pasangan itu enggan mengikut arahan lalu seorang daripada lelaki itu membawa gadis berkenaan ke kawasan sawah kira-kira satu kilometer dari tempat berkenaan dengan menaiki kereta teman lelakinya.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Mohamad Noor Hakim Kassim, berkata setibanya di kawasan sawah berkenaan, gadis itu dirogol.
Menurutnya, gadis berkenaan kemudian dibawa semula ke tempat teman lelakinya yang ditahan tiga rakan lelaki itu.
Menurutnya, kumpulan terbabit kemudian melarikan dua telefon bimbit dan wang tunai RM100 milik gadis itu dan teman lelakinya berusia 18 dan 20 tahun.
“Berdasarkan siasatan awal dan keterangan mangsa, kumpulan itu adalah penduduk tempatan malah dua daripadanya dikatakan pernah dilihat gadis terbabit di kampungnya.
“Keempat-empat lelaki itu juga dipercayai dalam keadaan mabuk ketika melakukan perbuatan berkenaan berdasarkan bau minuman keras,” katanya.
Menurut Mohamad Noor Hakim, kumpulan itu dikenal pasti menggunakan motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha RG Sports tetapi nombor pendaftarannya tidak dapat dilihat mangsa.
Katanya, gadis itu dari Balakong dan berkerja sebagai operator pengeluaran keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 8 malam untuk menyambut Hari Kemerdekaan di ibu kota.
“Kawasan mereka ditahan gelap dan jauh dari rumah orang serta jarang dilalui terutama pada awal pagi.
“Polis percaya suspek berkenaan berusia lingkungan 19 hingga 25 tahun masih di sekitar Balakong dan usaha memburu mereka sedang dijalankan,” katanya.
Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 392 dan 376 Kanun Keseksaan kerana samun dan rogol.
Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat boleh meghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Veronica Lucy Peter, di talian 03-88736222 sambungan 241 bagi membantu siasatan.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Berita
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Berita:
Impian & HarapanRecent News About Berita:
Misc
|
|
|
Komen
oleh honeyjade ([email protected]) pada Sabtu, 01 Oktober 2005 @ 21:44:10
(Info AHLI)
kejadian rogol..macam ini dah jadi isu basi...bila lah bende2 ni nak stop????salah siapa sebenarnya?remaja...kerajaan?...ibubapa..?
setiap orang perlu ada rasa tanggungjawab pada allah..pada masyarakat..pada sesama muslim...
renungkanla...kisah ini agar jadi pedoman buat saya dan semua...
oleh hangkas ([email protected]) pada Khamis, 31 Ogos 2006 @ 2:12:48
(Info AHLI)
kesedaran diri perlu ada...... bersama-sama kita mencegahnya.....
wasalam
oleh sephia pada Isnin, 20 Februari 2006 @ 9:33:40
(Info AHLI)
ROGOL?
berita sedih yang kita sering dengar,,biasanya kalau ia bukan salah wanita ia pasti salah lelaki. sesuatu yang dapat dielakkan tetapi seringkali berlaku kerana kurangnya iman angkara nafsu...
Maha suci Allah..sesungguhnya iman itu dapat mencegah perbvuatan keji dan mungkar..
oleh doraemong13 pada Ahad, 09 April 2006 @ 2:46:10
(Info AHLI)
oleh umaira_sutera ([email protected]) pada Jumaat, 01 September 2006 @ 9:32:27
(Info AHLI)
sebaik-baiknya beradalah dirumah...risikonya lebih rendah...
oleh sakura_azin pada Khamis, 06 September 2007 @ 10:51:24
(Info AHLI)
salam..punca berlaku pkara trsbt datang dr mangsa sdr..wanita lebih elok tidak keluar hingga larut mlm apath lagi bersama lelaki bukan muhrim..nasiht uk dr dan semua..hiasi dr dengan akhlak islam yang sebenar.isilah hati dengan iman dan takwa srta muliaknlah ALLAH nscy kita akan dimuliaknNYA di mata dan hati manusia
oleh islamic_gil ([email protected]) pada Jumaat, 19 Oktober 2007 @ 11:10:10
(Info AHLI)
berhati-hati lah semua..tak kira lelaki atau wanita.Sambutan merdeka tak payah sambutlah. merdeka 2007 ni hari khamis malam jumaat kan. saya tak pernah sambut merdeka. biarlah kita merdeka kan diri dulu. mugkin penting sambutan begini tapi tiap-tiap tahun pun entah kita dah merdeka ke belum.dari segi, pemikiran, kematangan dan semuanya..............
oleh quratulbalqis ([email protected]) pada Sabtu, 01 Disember 2007 @ 22:58:00
(Info AHLI)
NAUDZUBILLAH..walaupun kes rogol ni kira da lapuk tapi selaku muslimah ana rasa pkare ni bukan isu yang lapuk bahkan bise menjadi pautan trauma zaman berzmn..tapi yang ana kesalkn adalah sikp si gadis yang terlalu bsikap berani keluar bersama2 tmn lelakinya..inilh salah satu petanda kemurkaan ALLAH AZZA WAJALLA..ana harapkan muslimah semua dapat memelihara mahkota diri->peringatan buat ana & muslimah..
oleh ibtisam_nisa pada Isnin, 05 April 2010 @ 23:04:15
(Info AHLI)
yang baik jadi teladan dan yang buruk jadi sempadan..
oleh SmartMuslim88 pada Isnin, 20 Oktober 2008 @ 3:08:51
(Info AHLI)
bukan rogol tu yang bermaslh,tapi org yang asyik mnyentuh tentang rogol saja tanpa brkta apa pun tentang pasangan tu.pdahal pasangan tu yang keluar kedua-duanya waktu mlm pun dah haram xsentuh pun.kalau benda tu pun diianggap biasa,apa nak hairan degan rogol.