|
Login
|
|
|
|
Mutiara Kata
|
|
|
|
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".
-- Mutiara Kata
|
|
|
Menu Utama
|
|
|
|
Keahlian Ukhwah.com
|
|
|
|
Sedang Online
|
|
|
|
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52
|
|
|
Yang Masuk Ke Sini
|
|
|
|
|
DUA ASAS MENCAPAI TAMADUN YANG GEMILANG
|
|
 |
Posted on Jumaat, 20 Februari 2004 @ 19:04:52oleh littlemuslimah
|
|
|
RuMaishaaa menulis Siapa tidak mengakui kehebatan tamadun yang dirasakan oleh umat Islam 1400 tahun yang silam.Sedar atau tidak kita yang dahulunya sebuah umat gemilang kini hidup di bawah tapak kaki musuh?!
DUA ASAS MENCAPAI TAMADUN YANG GEMILANG
Siapa yang tidak kenal agama yang bernama Islam. Siapa tidak mengakui kehebatan tamadun yang dirasakan oleh umat Islam 1400 tahun yang silam. Umat Islam pada zaman itu diiktiraf sebagai umat yang manusia yang terhebat dan termulia pernah wujud di atas muka bumi ini. Mereka telah dipimpin oleh seorang insan yang agung di kalangan manusia iaitu Muhammad SAW.
Sebenarnya, sedar atau tidak kita yang dahulunya sebuah umat gemilang kini hidup di bawah tapak kaki musuh. Musuh sudah tidak gerun atau hormati umat Islam lagi. Bukan setakat itu, mereka cukup berani mempermain dan memperlagakan sesama umat Islam. Adakah kehinaan ini kita boleh katakan disebabkan oleh ajaran Islam itu sendiri yang tidak berkesan membawa kemuliaan?
Mengapa Islam yang dianuti itu tidak menjadikan kita sebagai umat yang cemerlang seperti Rasululah SAW dan generasi sahabat perolehi? Jawapannya adapada setiap diri kita, yang mengaku sebagai umat Muhammad SAW. Jika kita renungi kembali siri perjalanan hidup baginda SAW dan generasi awal akan tahu bahawa punca kecemerlangan mereka ialah ilmu dan amal. Mereka sungguh-sungguh dalam mengamalkan seluruh intipati ajaran Islam yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Sehinggakan, diceritakan bahawa Saidina Umar Al-Khattab tidak akan menghafal 10 ayat lain kecuali setelah mengamalkannya.
Namun,kalau kita perhatikan perjalanan hidup umat zaman ini ramai yang tidak selari dengan ilmu Islam yang mereka miliki. Tidak kurang yang telah menguasai 30 juzuk Al-Quran. Namun, kehidupan mereka tidak sebagaimana yang Allah kehendaki. Sudah menjadi kewajipan bagi setiap yang beriman, menuntut ilmu dan beramal dengan ilmunya.
Jika kita melihat takrif perkataan iman, menurut kesepakatan ulama ia bererti kepercayaan pada hati, ikrar dengan lisan dan amalan dengan anggota. Maka, sebenarnya tidak timbul alasan bagi orang yang berilmu itu untuk tidak beramal dengan apa yang dimilikinya. Tidak wujud golongan yang mengajak kepada Sunnah, tetapi tidak mahu mengikuti cara hidup Rasulullah SAW dan generasi sahabat dalam memperjuangkan deen ini.
Kesimpulannya, umat Islam perlu membina kembali kecemerlangan Islam yang pernah dikecapi dahulu. Kita tahu bahawa kehilangan tamadun Islam itu disebabkan penganutnya yang tidak mengamalkan ilmu mereka.Maka, bebaskan umat ini dari kehinaan dengan memiliki secukupnya ilmu dan beramal secara amanah. Ilmu yang kita miliki itu sebenarnya menjadi ukuran sejauh mana kekuatan umat untuk membangun dan meninggikan tamadun Islam.
Beramal di atas ilmu itu pula menunjukkan sekuat mana kemampuan kita untuk memartabatkan umat Islam. Tiada gunanya “kekuatan” tanpa “kemampuan” dan begitulah sebaliknya.
rujukan dari : MAJALAH HALUAN
|
|
| |
|
|
|
|
|
Semasa
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Semasa:
Memilih PasanganRecent News About Semasa:
Misc
|
|
|
|
Komen