Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
-- Hamka

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 6 hari yang lalu
Daeng_Jati: 13 hari yang lalu
skater: 16 hari yang lalu
HIKAL: 35 hari yang lalu

Api neraka padam disiram air mata
 Posted on Isnin, 16 Februari 2004 @ 15:05:22oleh Engku_Salina
Tazkirah maisarahlisa menulis RASULULLAH bersabda, maksudnya: “Bahawa tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar, dinyatakan datang seorang hamba pada hari kiamat serta sangat berat timbangan kejahatannya dan diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut matanya berkata: "Wahai Tuhanku, rasul engkau Nabi Muhammad telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu.”

Akhirnya Allah mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya daripada api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah dibasahi air mata kerana takut kepada Allah.

Dalam sebuah kitab yang lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, nyalaan api yang sangat menggerunkan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga nabi dengan ucapan : "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang Nabi yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad. Nabi Muhammad berusaha menghalangi dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang yang solat, demi hak orang yang ahli sedekah, demi hak orang yang khusyuk dan demi hak orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Jibrail berkata: "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Nabi Muhammad."

Kemudian Jibrail membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibrail : "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkan padanya."

Lalu baginda mengambil dan menyiramkan pada api itu, maka padamlah api itu.

Selepas itu, Rasulullah pun bertanya kepada Jibrail : “Wahai Jibrail! Air apakah itu?" Maka Jibrail berkata: “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takutkan kepada Allah.”

Dipetik dari Berita Harian 16/01/2004

 

  Tazkirah


Komen


"Api neraka padam disiram air mata" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105518 saat. Lajunya....