Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan muncul dari jiwa yang kotor sebagaimana biji benih takkan tumbuh pada tanah yang gersang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 239
Ahli: 0
Jumlah: 239




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 23 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Kebaikan yang tersembunyi
 Posted on Sabtu, 13 Disember 2003 @ 21:20:47oleh Hanan
Tazkirah nuriz menulis assalamualaikum wbt..

menemui sahabat-sahabat seperjuangan sekalian muga sahabat-sahabat semua sentiasa berada dalam pemeliharaan allahu subhanahu wataala..Renungkankan tulisan ini...mengenai Kebaikan yang tersembunyi....

kadang-kadang sesuatu kebaikan itu bersifat tersembunyi hingga tidak ramai yang
perasan.Contoh mudahnya, apabila turun hujan ramai org yang memberi
respons tidak menyenangkan. "Hujan..kacaulah!!" mungkin ini rungutan nak
muda yang baru hendak menyarungkan kasut bola. Suri rumah yang baru menyidai
kain mungkin berkata.."Hujan lagi!! Bila lah aku nak kering.."

Disebabkan ada org yang terganggu dengan hujan, apakah turunnya hujan itu
satu keburukan atau bukan kebaikan?

bukankah hujan itu juga yang menyuburkan tanaman dan sayur yang kita makan?
Bukankah hujan juga membolehkan kita merasai cuaca redup dan lembab
setelah beberapa hari terdedah kepada cuaca panas kering? Bukankah hujan itu
yang membolehkan kita bersedap-sedap tidur waktu di rumah?..malah hujan
juga membolehkan ramai org mendapat sumber rezeki.Tapi Kenapa hujan
yang turun pada waktu dan di tempat tertentu dianggap menyusahkan, bukan
lagi satu kebaikan?

pada umum, ramai beranggapan kebaikan itu hanya ada pada kesenangan dan
keselesaan, tidak ada kepayahan. Kebaikan juga hanya dirasa ada pada
kejayaan. Juga hanya ada pada keselmatan, kecukupan dan kata-kata pujian..

memang semua itu boleh membawa kebaikan dalam hidup di dunia. tetapi
tidak semestinya kesenanagan itu kebaikan dan kesusahan itu keburukan.
tidak semestinya kekayaan itu kebaikan dan kemiskinan itu keburukan. atau
keselesaan itu kebaikan dan kepayahan itu keburukan. Tidak semestinya
juga mendapat kejayaan itu satu kebaikan manakala gagal dalam satu-satu
perkara itu satu keburukan.

Sebenarnya hati yang gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat
banyak kebaikan tapi hanya nampak keburukan padanya. Kita menganggap
kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai
mala petaka yang memusnahkan harapan. sakit pula dianggap sesuatu yang amat
menyusahkan.

jarang kita mahu melihat kebaikan yang mungkin juga ada pada
kesengsaraan, kemiskinan, dan keperitan hidup. Kita juga tidak nampak kemungkinan
pada kepayahan, kedhaifan, kedudukan yang rendah, kata-kata kejian dan dalam
musibah.
lebih-lebih lagi untuk memikirkan bahawa kebaikan mungkin ada pada kegagalan
walaupun hakikatnya semua orang mahu berjaya dan tidak mahu gagal.

Malah apa saja yang kita tak suka itu kita anggap sebagai keburukan.
apa yang kita suka pula kita anggap sebagai kebaikan.

Misalnya, dapat isteri yang baik tapi tidak cantik dianggap satu
kekurangan, bukan satu kebaikan. isteri pula bila bersuamikan lelaki yang baik
dan bertanggungjawab tapi miskin dan kolot, tidak mahu mengangap itu
satu keuntungan dan kebaikan yang besar. Ini menjadikan seseorang itu tidak
tahu bersyukur walaupun allah telah berjaya memberinya kebaikan dalam
hidup di dunia.

Allah berfirman yang bernmaksud...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatau padahal ia amat baik bagimu.dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ias amat buruk bagi kamu. Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."

Al-baqarah:216

 

  Tazkirah


Komen


"Kebaikan yang tersembunyi" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.128711 saat. Lajunya....