|
Login
|
|
|
|
Mutiara Kata
|
|
|
|
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir. -- Kata Bijaksana
|
|
|
Menu Utama
|
|
|
|
Keahlian Ukhwah.com
|
|
|
|
Sedang Online
|
|
|
|
Sedang Online:
Tetamu: 73
Ahli: 0
Jumlah: 73
|
|
|
Yang Masuk Ke Sini
|
|
|
|
|
Tujuan sembahyang kepada umat Islam
|
|
|
Posted on Isnin, 24 November 2003 @ 1:16:58oleh Hanan
|
|
|
nuriz menulis DALAM bahasa Arab, sembahyang bermaksud doa. Mengikut istilah syarak pula ialah perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam. Sebelum melakukan sembahyang, hendaklah bersuci terlebih dulu iaitu berwuduk.Sembahyang mula difardukan kepada umat Islam ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Islam sebagai agama tulen menjadikan sembahyang sebagai satu daripada rukunnya dengan mewajibkan setiap penganutnya mendirikan sembahyang lima kali sehari apabila cukup syaratnya.
Firman Allah bermaksud: “Dirikanlah solat, sesungguhnya solat dapat menjauhkan kamu daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)
Di antara tujuan sembahyang.
l Untuk mengingati Allah.
l Supaya dikasihi Allah.
l Sebagai nikmat anugerah
All ah.
l Benteng pertahanan daripada gejala yang merosakkan.
l Menunaikan satu daripada Rukun Islam.
l Sebagai menghapuskan dosa.
l Untuk menenangkan jiwa.
l Membezakan di antara Muslim dan kafir.
l Mendapat keberkatan dan keredaan Allah.
l Mengeratkan perpaduan sesama umat Islam.
Di antara akibat meninggalkan solat.
l Menghampiri kekufuran dan syirik.
l Boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam.
l Tidak mendapat pembelaan
Allah.
l Mengalami kerugian yang besar di sisi Allah.
l Melakukan dosa besar.
l Mendapat nasib yang sama dengan musuh Allah.
l Mendapat azab sebelum dan sesudah mati.
l Menjadi sebab untuk mendapat bencana.
l Tidak mendapat ketenangan jiwa.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
|
Komen