Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 181
Ahli: 0
Jumlah: 181




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

NIKMAT ALLAH Azza Wa Jalla YANG MANAKAH KITA DUSTAKAN?!
 Posted on Selasa, 15 Disember 2009 @ 21:05:31oleh Hanan
Tazkirah azizaffa menulis ALLAH Maha Mengasihi telah mengajarkan al-Quran dan menjadikan insan (manusia) serta mengajarkan kepadanya perkataan; Matahari dan bulan dengan perhitungan; Rerumput dan pepohon tunduk (sujud kepada ALLAH Azza Wa Jalla); Langit ditinggikan-NYA dan diadakan-NYA neraca keadilan supaya kamu (manusia) jangan aniaya dalam timbangan (mizan); Dirikanlah timbangan dengan keadilan dan jangan kamu (manusia) mengurangkan timbangan; Bumi ditetapkan-NYA untuk makhluk sekelian; Di atasnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak; Dan biji-bijian yang mempunyai daun ditangkainya dan harum-haruman; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan manusia dari tanah yang kering seperti tembikar dan menjadikan jin dari lidah api; ALLAH Azza Wa Jalla adalah Tuhan kepada dua timur dan Tuhan kepada dua barat; ALLAH Azza Wa Jalla kirimkan dua macam laut (masin dan tawar) yang bertemu keduanya; Di antara keduanya ada dinding, maka tiada bercampur keduanya; Malahan keluar dari keduanya (laut), mutiara dan marjan; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

Bagi ALLAH Azza Wa Jalla, ada beberapa kapal yang diadakan di laut seperti bukit-bukit; Tiap-tiap apa yang di atas bumi akan fana (binasa); Maka, tinggallah Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemurahan; Meminta (memohon) kepada ALLAH Azza Wa Jalla sesiapa yang di langit dan di bumi; Tiap-tiap hari ALLAH Azza Wa Jalla dalam urusan; Nanti, ALLAH Azza Wa Jalla akan menyelesaikan. Wahai! Dua jenis yang diberatkan. Wahai! Sekelian jin dan manusia, jika kamu berkuasa menembus dari jurusan-jurusan langit dan bumi; Hendaklah kamu memboloskan diri; Kamu tiada dapat memboloskan diri, melainkan dengan kekuatan; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

Dikirim kepada kamu lidah api dan asap, lalu kamu tidak mendapat pertolongan; Apabila dibelah langit, lalu ia menjadi bak bunga ros seperti minyak gosokan; Pada hari itu, tiadalah diperiksa manusia dan jin daripada dosanya. Diketahui orang-orang yang berdosa dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubunnya dan telapak kakinya; Inilah neraka yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa; Mereka beredar antara neraka dan antara air panas yang sangat panas; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

Untuk orang yang takut (takwa) akan berdiri (di hadapan) ALLAH Azza Wa Jalla, ada dua kebun (syurga) yang mempunyai dahan-dahan; Dalam keduanya (syurga) ada dua mata air yang mengalir serta ada bermacam-macam buah-buahan yang berpasang-pasangan; Mereka (orang-orang yang takwa) bersandar di atas hamparan sutera disamping buah-buahan yang mudah dipetik dikedua-dua kebun yang rendang; Dalam syurga itu didapati perempuan-perempuan yang pendek pemandangan (yang menjaga mata); Mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum mereka; Seolah-olah, perempuan-perempuan itu permata yakut dan mutiara; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

Tiadalah balasan kebaikan melainkan kebaikan juga; Selain daripada kedua kebun (syurga) yang disediakan terdapat lagi dua kebun lain yang sangat hijau daunnya; Malahan, ada lagi dua buah mata air yang terpancar serta buah-buahan, pohon kurma dan delima; Di dalam semua kebun-kebun (syurga) ada perempuan-perempuan yang baik akhlak dan cantik parasnya iaitu bidadari (perempuan yang putih) yang berada dalam khemah tertutup; Mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum mereka; Mereka bersandar di atas bantal yang hijau warnanya dan permaidani yang cantik rupanya; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!
Maha Suci ALLAH, nama Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemurahan.

Demi masa.... Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman serta beramal sholeh dan berwasiat (ingat-mengingatkan) dengan kebenaran juga berwasiat dengan kesabaran. (Takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla).

NIKMAT ALLAH Azza Wa Jalla YANG MANAKAH KITA DUSTAKAN?!

 

  Tazkirah


Komen


"NIKMAT ALLAH Azza Wa Jalla YANG MANAKAH KITA DUSTAKAN?!" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: NIKMAT ALLAH Azza Wa Jalla YANG MANAKAH KITA DUSTAKAN?!
oleh muasz ([email protected]) pada Ahad, 24 Januari 2010 @ 3:08:31
(Info AHLI) http://jazirah-alward.blogspot.com/


Assalamualaikum...tiada yang dapat didustakan nikmat Allah Taala kepada kita. cukup sekadar apabila diperhatikan pada kejadian diri kita sahaja akan bertambah iman bagi yang benar-benar memerhati dan mensyukuri.
NikmatNya tiada terhitung...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098116 saat. Lajunya....