Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 151
Ahli: 0
Jumlah: 151




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 49 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Hakikat al-Isti`azah
 Posted on Rabu, 07 Oktober 2009 @ 11:35:47oleh Hanan
Tazkirah dr_arabic menulis أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ        Perlu disebut di sini bahawa ungkapan al-Isti`azah (A'uzubillahi mina al-syaitani al-rajiim) bukanlah ayat al-Quran, bahkan ia hanyalah lafaz yang diajar oleh Jibrail kepada Nabi s.a.w. untuk dibaca sebelum membaca al-Quran. Oleh itu ia adalah lafaz yang mulia yang suci dan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT seperti yang diakui dalam firman-Nya :-

(فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ-النحل/98
Terjemahannya:-    
“Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.”.

Lafaz al-Isti`azah tersebut adalah lafaz yang diakui oleh Jumhur Ulama kerana ia bertepatan dengan lafaz yang disuruh oleh Allah SWT dalam ayat di atas. Abdullah bin Mas`ud meriwayatkan bahawa beliau pernah membaca al-Isti`azah di hadapan Baginda s.a.w. dengan lafaz :-

"أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ"
Terjemahannya:-    
“Aku berlindung dengan Allah yang maha mendengar lagi mengetahui daripada syaitan yang direjam”.

Namun beliau telah ditegur oleh Rasulullah s.a.w. dengan bersabda :-

" يَا ابْنَ أُمِّ عَبْدٍ : أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ،
هَكَذَا أَقْرَأَنِي جِبْرِيلُ عَنِ اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ عَنِ الْقَلَمِ"
Terjemahannya:-    
“Wahai anak ibu seorang hamba (Allah): Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Beginilah Jibrail membacanya kepada ku daru Luh Mahfuz seperti yang tertulis”.

Namun adalah tidak salah untuk membaca seperti yang dilakukan oleh Abdullah bin Mas`ud tadi, kerana Abu Sa`id al-Khudri meriwayatkan bahawa baginda pernah membaca sedemikian dalam solat malamnya.

Selain itu, perlu disebut juga bahawa al-Isti`azah hendaklah di baca di awal atau permulaan membaca al-Quran, iaitu sebelum lafaz AL-BASMALAH. Oleh kerana kepentingannya sesetengah mufassirin mengatakan ia adalah fardhu. Sesiapa yang lupa membaca al-Isti`azah dan kemudian mengingatinya, dia perlu berhenti daripada meneruskan bacaan al-Quran dan perlu memulakan bacaan dari awal sekali lagi. Pendapat ini mengikut sanad ahli Hijaz dan Iraq. Tetapi mengikut sanad ahli Syam dan Mesir adalah memadai berhenti seketika untuk membaca al-Isti`azah dan selepas itu menyambung kembali bacaan tadi (tanpa perlu mengulang).

 

  Tazkirah


Komen


"Hakikat al-Isti`azah" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.084278 saat. Lajunya....