|
Ciri-ciri masyarakat Jepun yang patut dicontohi
|
|
|
Posted on Rabu, 17 Oktober 2007 @ 9:10:53oleh istisafa
|
|
|
hubbud_jariah menulis Kehidupan di bumi sakura ini sebenarnya banyak menguji keimanan dan jati diri saya sebagai seorang muslim. Sedar atau tidak kehidupan kami (saya dan rakan-rakan) banyak dipengaruhi oleh cara hidup dan sifat-sifat nihonjin (orang Jepun). Oleh itu saya mengambil kesempatan untuk berkongsi beberapa ciri yang saya rasa patut dicontohi oleh semua orang terutamanya orang melayu kita.
Ciri-ciri yang patut dicontohi
1.MENEPATI MASA Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang baik untuk kita contohi. Densya(keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan. Di sini kita dapat lihat attitude mereka nihonjin ini terhadap masa. Allah berfirman dalam surah al-Asr yang bermaksud "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang mengerjakan amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."
2.MENJAGA KEBERSIHAN Kebersihan adalah satu lagi sifat yang amat saya sanjung pada masyarakat Jepun ini. Kalau kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah mahupun di eki (stesen keretapi), kita akan dapati tandasnya sangat bersih. Amat berbeza sekali kalau nak dibandingkan dengan di negara kita. Walaupun ada pekerja yang membersihkannya tetapi pada pendapat saya hal ini mustahil berlaku tanpa kerjasama dari orang ramai. Ini kerana rakyatnya memang terdidik sebegitu. Alangkah bagusnya jika rakyat negara kita juga terdidik untuk sentiasa menjaga kebersihan.
3.JUJUR Kes-kes seperti kecurian amat jarang sekali didengari berlaku di Jepun. Kadangkala saya sering terlupa untuk mengunci pintu rumah apabila keluar rumah ataupun tertinggal barang di kelas misalnya, tapi alhamdulillah selamat. Tidak pernah berlaku kes kecurian atau rompakan apatah kes ragut. Alhamdulillah sepanjang saya berada di sini saya sentiasa berasa selamat walaupun kadangkala terpaksa berjalan seorang diri.
4.RAJIN MEMBACA Di mana-mana saja kita pergi baik di dalam kenderaan awam, sambil menunggu densya, dan sebagainya kita dapat lihat mereka memegang buku dan membaca. Satu sifat yang wajib dicontohi oleh semua orang. Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu, maka tak hairanlah masyarakat Jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi.
5.TEKUN BEKERJA dan BERTANGGUNGJAWAB Sifat yang paling saya salute dan tabik pada masyarakat Jepun. Tak kira pensyarah, pekerja pejabat, pelayan restoran, driver bas dan sebagainya, mereka amat komited dengan kerja masing-masing. Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melampaui jadual waktu bekerja. Bagi mereka kerja adalah segala-galanya. Maka tak hairanlah dimana-mana saja banyak syarikat Jepun yang gah di mata dunia. Berkat ketekunan dan hasil usaha gigih mereka.
6.SISTEMATIK Ini sifat yang amat saya kagum. Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula yang teratur. Ditetapkan hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah sekian-sekian yang wajib diasingkan (bunbetsu). Di Malaysia juga ada sistem seperti ini tapi mungkin kerana tidak terdidik untuk melakukannya membuatkan sistem itu tidak begitu berjaya dilakukan.
Sistem dan jadual perjalanan densya/bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Sistem penghantaran barang yang cekap dan fleksibel. Dan banyak lagi.
Sebenarnya banyak lagi sifat-sifat lain tapi cukuplah saya senaraikan setakat di atas saja.Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk membangga-banggakan Jepun atau merendah-rendahkan negara sendiri. Tapi sekadar berkongsi akhlak-akhlak baik yang terdapat pada masyarakat Jepun ini yang boleh kita contohi dan kita jadikan ikutan. InsyaAllah mana yang baik kita ambil dan jadikan contoh ikutan. Kerana akhlak-akhlak yang ditunjuk oleh orang Jepun ini sebenarnya amat menepati ciri-ciri Islam.
Seringkali terbayang di fikiran saya, kalaulah negara sehebat Jepun ini menjadi sebuah negara Islam alangkah bertuahnya dan sudah tentu Islam akan kembali gah di mata dunia, mengulang kembali detik-detik kegemilangan Islam suatu masa dahulu.... Jazakallah....
|
|
| |
|
|
|
|
|
Umum
|
|
|
|
Komen
oleh sakuraku pada Rabu, 17 Oktober 2007 @ 17:34:59
(Info AHLI) http://sakuraku.blogspot.com
salam...
saya setuju dengan artikel yang diberi...
saya baru menjejakkan kaki di bumi sakura ini lebih kurang 3 hari... dan apa yang di tulis oleh penulis adalah benar belaka....
oleh muslimah_aLfA (abcd) pada Khamis, 18 Oktober 2007 @ 1:28:15
(Info AHLI)
salam..
memang tak dinafikan negara jepun sebuah negara maju..
dan ana amat setuju dengan artikel di atas..
alangkah bgusnya kalau masyarakat melayu dididik dan ditarbiyah sprt masyarakat jepun..
sebaik-baiknya kita mncontohi masyarakat jepun yang punyai akhlak dan nilai2 moral yang baik..
insyaAlah..
oleh nurhikari pada Khamis, 18 Oktober 2007 @ 22:37:18
(Info AHLI)
ana setuju sesangat...seolah duduk di bumi sakura ini lebih aman daripada negara sendiri..tak takut jalan sesorg waktu mlm lepas balik sekolah..
tapi yang paling ana kagum adalah layanan pekerja/org pejabat/pelayan restoran terhadap pelanggan mereka,bagi mereka pelanggan adalah raja yang mesti mendapat layanan yang baik...bila ana minta tolong sikit,kecoh satu opis nak tolong settle kan...kandou kandou (kagum2)
kalau Malaysia yang mncapai negara maju,bukan pembangunan bangunan pencakar langit yang perlu diubah,tapi sikap rakyat yang perlu sistematik dan konsisten terhadap sesuatu perkara..
oleh ummusafiah pada Isnin, 11 Februari 2008 @ 7:59:14
(Info AHLI)
aduhhh!bestnya...seperti yang d war2kan..
teringin pula nak menjejak kaki ke jepun...
Hmm moga-moga kita boleh aplikasi dan belajar sstu dr sini
nak rajin2 membaca macam org jepun ,