Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau Hidup Tidak Boleh Menyenangkan Orang, Jangan Menyusahkan Orang

-- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 23 jam, 10 minit yang lalu
isa777_musa: 1 hari, 3 jam, 52 minit yang lalu
zam_rizal: 10 hari yang lalu
wanja: 20 hari yang lalu
MTMKi: 28 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu

Jangan bermain dengan hati
 Posted on Isnin, 17 September 2007 @ 15:18:01oleh istisafa
Semasa Syafinatun menulis Nah, ambil benda ni. Apa ni? Hati aku Hati kau? Hmm.. Kenapa kau sudi kasi pada aku? Sebab kau sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan. Terima kasih. Ianya bererti. Aku terlalu menghargainya. Oh ye ke? Tapi maaf, untuk apa? Sebab. Aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian sahaja.

Maksud kau. Aku pernah beri pada orang lain juga, tapi aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri sendiri. Mungkin aku takut, ia tak dijaga sebaiknya. Ia bukan seperti barang lain seperti duit, permata dan sebagainya. Ia penuh mistik, ada keajaiban tersendiri. Mistik? Kelakar bunyinya. Mungkin, tapi itu realitinya. Ia berubah mengikut rentak hidup kau. Rentak perasaan orang yang aku beri.

Jika dia ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersiakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ia bukan benda percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih. Insan istimewa. Dan kau salah seorang daripada nya, kerana naluri aku terlalu percayakan kau. Aku insan terpilih? Ya, kau terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan org yang diberikan. Ia terlalu sensitif. Tapi ia cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan tentang mereka. Ia tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika ia diberi kepada orang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada org yang tak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi beri sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai tersendiri. Setiapnya terlalu mistik! Cuma satu yang kau tak mengerti. Sekali ia terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama.

Dan bila tiba sesuatu yang tak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri seketika, sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ia lahir atas satu kepercayaan. Dari situ,wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukar untuk hati itu kembali indah.

 

  Semasa


Komen


"Jangan bermain dengan hati" | Login/Mendaftar | 28 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Jangan bermain dengan hati
oleh sayatetapsaya pada Isnin, 17 September 2007 @ 16:23:32
(Info AHLI)


Hati penuh dengan kemistikan...macam dalam Harry Potter pula....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh MARIAH_SMILE ([email protected]) pada Jumaat, 21 September 2007 @ 13:31:20
(Info AHLI)


dalam maksudnya 2.. interesting!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh Iman_Hayati pada Sabtu, 22 September 2007 @ 8:19:58
(Info AHLI)


Betul tu..jangan bermain dengan HATI..sekali hati terluka, amat susah untuk mengubatinya..SEKEPNG HATI YANG SUCI JIAK DIBERI KEPADA MANUSIA, MANUSIA AKAN HANCUR-HANCURKANNYA..DAN JIKA HATI YANG LUKA ITU DIBERI KEPADA ALLAH..ALLAH AKAN PULIHKANNYA.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh mas_ayu pada Selasa, 25 September 2007 @ 9:34:50
(Info AHLI)


Berilah hati kita kepada yang benar-benar berhak... sekali terluka bukan bermakna kita akan luka selama-lamanya..Insyaallah akan ada kebahagiaan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh puterilindunganbulan2005 ([email protected]) pada Rabu, 26 September 2007 @ 12:37:05
(Info AHLI) http://-


saya SETUJU...sebab..ada PENGALAMAN..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh Hibatullah pada Rabu, 26 September 2007 @ 22:16:37
(Info AHLI)


hati-hati dengan HATI
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh hanisahani pada Jumaat, 28 September 2007 @ 23:31:03
(Info AHLI)


penuh makna kata-kata ni,,=) berikan hati kita pada Allah,,insyaAllah DIA akan temukan kita dengan pemilik hati yang terbaik...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Jangan bermain dengan hati
oleh wardatunnajah_87 pada Isnin, 01 Oktober 2007 @ 10:16:49
(Info AHLI)


[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh wardatunnajah_87 pada Isnin, 01 Oktober 2007 @ 10:19:16
(Info AHLI)


bagi sahabat yang belum pernah bagi hati kat sesiapa..baik tak payah..nanti menyesal tak sudah...percayalah.....ingat janji ALLAH...perempuan yang baik tu kan untuk lelaki yang baik...dan sebaliknya...wallahua'lam...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Re: Jangan bermain dengan hati
oleh aymannur pada Jumaat, 05 Oktober 2007 @ 14:29:15
(Info AHLI)


hati ada perasaan.perasaan tu kena jaga~
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh sitihawa pada Ahad, 07 Oktober 2007 @ 22:39:48
(Info AHLI)


hati memang begitu mistik.. adanya hati wujudnya pelbagai perasaan suka,duka,kasih,sunyi, simpati..dari sini lah kita dapat membentuk diri kita.. oleh itu sentiasa lah menjaga hati kita dengan zikirullah...amin
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh La_Tahzan pada Isnin, 08 Oktober 2007 @ 15:56:06
(Info AHLI)


hati umpama raja di dalam diri dan mempunya bala tenteranya yang tersendiri..hati boleh menjadi seperti selembut sutera tetapi ingatlah hati juga mampu menjadi sekeras batu..peliharah hati kerana ia yang mentadbir diri kita dan serahkanla hati ini kepada pemilik hati ini yang sebenar kerana Dia lebih berhak terhadap hati ini.. selalulah ungkapkan "hatiki milikMu"
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh Nuranys ([email protected]) pada Selasa, 16 Oktober 2007 @ 8:55:45
(Info AHLI)


Bila Nur melimpah ke hati..cahayanya subur kembali..
Mencari cintaMU ALLAH.. kasih yang abadi...
Hanya padaMU, ku sandarkan cinta..
Melimpah dijiwa...Nur Di Hati....

Allahu ya Allah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh Iman_Hayati pada Rabu, 24 Oktober 2007 @ 12:44:36
(Info AHLI)


Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada org yang tak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi beri sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti.

Suka dengan ayat2 ni..biarlah hati yang luka itu diubati dengan insan yang sanggup memberikan hatinya sebagai ganti:-)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Jangan bermain dengan hati
oleh mannawassalwa pada Khamis, 25 Oktober 2007 @ 22:14:36
(Info AHLI)


hm.. jiwang jugak...

satu saja nak komen,
kadang-kadang hati jangan terlalu dimanjakan.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Jangan bermain dengan hati
oleh fathiha ([email protected]) pada Jumaat, 09 November 2007 @ 11:50:22
(Info AHLI) http://sidratulmuntaha.blogspot.com/


berilah kerehatan pada hati andai hatimu pernah dilukai..
isikanlah hatimu dengan zikir2 yang menenangkan hati kerana dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang..
ingatlah bahawa hati kita sentiasa lapar untuk diisi sebagaimana kita makan setiap hari..
terpulanglah kepada pemiliknya sama ada untuk memberi makanan yang baik atau sebaliknya..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh zainul ([email protected]) pada Rabu, 19 Disember 2007 @ 0:51:30
(Info AHLI)


jangan-jangan......
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh maffafesea pada Ahad, 20 Januari 2008 @ 19:01:30
(Info AHLI)


ikatlah seseorang itu sebelum anda menyerahkan hati anda kepadanya. itu adalah lebih selamat dan membahagiakan kerana anda akan selalu menjadi diri anda yang sebenar-benarnya, dan anda tidak perlu risau akan kehilangannya lagi........
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh ummusafiah pada Isnin, 11 Februari 2008 @ 10:10:34
(Info AHLI)


dan kalau yang memulangaknnya dengan kelukaan memang sadis..
huhu..
tak apalah..biar kujaga hati ni..biar d belai d manja..biar d corakkan hati ni..semuanya hak kita..itam putih..atiku..milikku..sebaiknya sentiasa d basuh..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh shakamaru ([email protected]) pada Khamis, 15 Mei 2008 @ 15:46:05
(Info AHLI)


huhuhu.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh aiesyahumaiera ([email protected]) pada Khamis, 04 Disember 2008 @ 3:17:25
(Info AHLI)


luruskan hatimu agar empayar kerajaan dirimu sentiasa tegak di atas al haq yang tidak diiringi pasukan2 kebatilan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh sakinah283 ([email protected]) pada Sabtu, 06 Februari 2010 @ 22:50:00
(Info AHLI) http://sakinah2803.blogs.friendster/


salam..
sekali hati seseorang dilukai, sukar nak ubati lagi...
sekali kepercayaan dikhianati, sukar untuk jadi setia lagi...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Jangan bermain dengan hati
oleh ibtisam_nisa ([email protected]) pada Sabtu, 27 Mac 2010 @ 16:58:15
(Info AHLI)


sekeping hati dibawa berlari,
jauh melalui jalan yang sepi,
jalan kebenaran indah terbentang,
di depan matamu para pejuang.... :)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089816 saat. Lajunya....