Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 231
Ahli: 0
Jumlah: 231




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 11 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Membina peribadi anggun
 Posted on Jumaat, 31 Ogos 2007 @ 22:10:15oleh istisafa
Semasa Umairah_80 menulis Binalah peribadi anggun, ia wajib bagi seorang gadis. Ia juga wajib bagi seorang wanita dalam apa jua status sama ada anak dara, isteri, janda mahupun nenek.

Anggun adalah gabungan pada semua yang seharusnya ada pada seorang wanita, tidak semestinya ia bermaksud cantik tetapi anggun adalah anggun. Ia makna yang tersendiri dan membawa erti yang cukup besar dalam diri seorang wanita.

Seorang wanita tanpa keanggunan ibarat seorang lelaki tanpa kemachoan. Seperti pokok tanpa daun, apalah istimewanya. Seperti kereta tanpa roda, apalah ertinya. Seperti rumah tanpa pintu dan tingkap, apalah maknanya.

Keanggunan lahir semula jadi, tetapi ia juga boleh dibentuk. Seseorang yang dilahirkan kasar masih boleh menjadi anggun apabila mahu menyerlahkan kewanitaannya. Jika dia selesa dengan kekasaran yang semula jadi itu, ia akan terus menjadi seperti itu dan sifat-sifat keanggunannya akan terhakis sedikit demi sedikit.

Sebaliknya, seorang yang dilahirkan anggun dengan ciri-ciri kewanitaan semulajadi, boleh bertukar kasar apabila dia menghendakinya begitu. Keanggunan dilapik dengan gaya yang menghentak, turutkata yang kuat, bertindak ala lelaki dan sebagainya, lama-lama keanggunan akan hilang berganti dengan kelelakian, sedangkan dia seorang wanita. Sudah tentu tidak match, sebab dunia mengukur begini; apabila seseorang itu dilahirkan sebagai wanita dia perlu memiliki sifat-sifat kewanitaan sejati. Dan tiada ertinya seorang wanita tanpa keanggunan.

Apa itu anggun? Anggun adalah gabungan pada semua keindahan yang perlu ada pada seorang wanita anggun? lembut, berhemah, menyejukkan mata. Bunga dipandang cantik apabila ia berwarna-warni. Pada tahap ia kembang penuh itu adalah tahap kecantikan yang maksimum yang ada padanya. Ketika itu ia adalah sebenar-benarnya bunga.

Bayangkan sekuntum bunga tetapi warnanya pudar, kelihatan layu dan tidak segar, bukankah itu mencacatkan mata kita yang memandang? Memang ia masih bergelar bunga tetapi bunga yang tidak menawan, bunga yang tidak dikehendaki dan bunga yang tiada serinya lagi. Apalah ertinya sekuntum bunga yang sudah kehilangan ciri-ciri bunganya.

Bunga perlu harum. Apabila harum ia akan diminati. Ia akan didekati, dibelek, dibelai dan dicium. Bunga perlu kembang indah. Apabila ia kembang indah ia akan disunting untuk dijadikan hiasan meja. Bunga yang tidak harum dan tidak kembang indah akan kekal di tangkainya hingga kumbang pun tidak sudi datang.

Wanita perlukan keanggunan sebagaimana bunga perlukan keharuman dan kembang yang mempersona.

Kamus memberi makna kepada anggun sebagai bagus, elok, kemas pada pakaian dan tingkah laku serta gaya . Dalam bahasa Inggeris ia diistilahkan sebagai neat, nice, well-dressed. Apabila dicantumkan pada perkataan peribadi, maka membina peribadi anggun ialah proses mencantumkan kekemasan, kebagusan dan keelokan pada perilaku.

Mahkota dan maruah seseorang wanita terletak pada keanggunannya, bukan kecantikannya. Wanita cantik boleh ditemui di mana-mana sebab maknanya subjektif tetapi wanita anggun sukar ditemui sebab maknanya unik.

Jika anda telah diistillahkan anggun oleh seseorang, ketahuilah anda telah memiliki segalanya yang diperlukan oleh seorang wanita. Jika anda belum diistilahkan begitu, sekarang masanya untuk membina keanggunan. Ia satu proses penting yang sentiasa mengguntungkan.

 

  Semasa


Komen


"Membina peribadi anggun" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Membina peribadi anggun
oleh mujahidah_muslimah ([email protected]) pada Jumaat, 07 September 2007 @ 8:15:46
(Info AHLI)


ini tullisan dr tuah ke?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Membina peribadi anggun
oleh Hibatullah pada Isnin, 10 September 2007 @ 19:07:50
(Info AHLI)


salam.
macam mana nak jadi aggun? orang kata saya lembut, tapi saya rasa sya masih lagi kasar orangnye. memang susah kini nak jumpa orang yang anggun.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082861 saat. Lajunya....