Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 176
Ahli: 0
Jumlah: 176




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Pantun: Kenapa MALAS BERSOLAT
 Posted on Isnin, 26 Februari 2007 @ 9:28:05oleh istisafa
Karya gadis_melayu menulis Kenapa lah. Aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun seorang-seorang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

 

  Karya


Komen


"Pantun: Kenapa MALAS BERSOLAT" | Login/Mendaftar | 7 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kenapa MALAS BERSOLAT
oleh arebie ([email protected]) pada Jumaat, 09 Mac 2007 @ 10:32:02
(Info AHLI)


sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Re: Kenapa MALAS BERSOLAT
oleh azemi ([email protected]) pada Khamis, 22 Mac 2007 @ 10:49:43
(Info AHLI)


Kenapa malas sembahyang? Mungkin kerana hati dah gelap menutup kebenaran.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kenapa MALAS BERSOLAT
oleh munawarah07 ([email protected]) pada Rabu, 04 April 2007 @ 18:36:52
(Info AHLI)


Astaghfirullahalazim....Ya Allah peliharalah kami dari sifat malas/melengah2kan sembahyang...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kenapa MALAS BERSOLAT
oleh sakuramuslim (skbam) pada Selasa, 18 Disember 2007 @ 13:25:26
(Info AHLI)


pandai awak buat sajak..boleh ajar
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kenapa MALAS BERSOLAT
oleh iNsaN_hiLaNg pada Ahad, 23 November 2008 @ 0:27:56
(Info AHLI)


salam...

hmm..dedaun di pohon hayat kian menguning......
bila ana nak insaf ini..huhuhu...

ya Allah...tunjuki aku jalan yang benar...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.080338 saat. Lajunya....