|
Rahsia khusyuk dalam solat
|
|
 |
Posted on Selasa, 26 Disember 2006 @ 9:08:13oleh istisafa
|
|
|
husna_nasiha menulis 1. Jangan bersolat dengan menahan sesuatu seperti air kecil atau air besar.. 2. Sentiasa lakukan solat berjemaah (yang paling afdal ialah di masjid) 3. Menjaga makan dan minum (terjamin halal)
4. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin. 5. Mengambil wudhu dengan sempurna supaya air mengalir mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota. 6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas. 7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang boleh mengganggu fikiran. 8. Mengingati mati dan beringat kemungkinan itu adalah solat terakhir dalam hidup. 9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia dan segala yang tersirat di hati hamba-hambanya. 10. Memenuhkan hati dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang sentiasa memerhatikan gerak-geri kita. 11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk makna ayat-ayat Al-Quran dan segala zikir. 12. Membaca surah Al-Nas,selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, istighfar dan bacaan yang menjauhkan diri kita daripada syaitan sebelum mengangkat takbir. 13. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat. 14. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku' dan sujud. 15. Memastikan tiada gangguan di dalam kawasan solat. 16. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan(selain dari tempat sujud).
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen