Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."

-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 187
Ahli: 0
Jumlah: 187




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Kewujudan jin dan syaitan durjana
 Posted on Isnin, 20 Mac 2006 @ 8:51:09oleh istisafa
Tazkirah alqibtiaz menulis Jin dan syaitan adalah perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh manusia dan tidak dapat mengetahuinya melalui pancaindera, akal dan manusia juga tidak boleh sesekali membuat kajian ke atas mereka (jin dan syaitan), akan diterangkan secara lebih lanjut tentang hakikat, hukum beriman dengan kewujudan mereka dan apa yang berkaitan dengannya.

Makna jin dan syaitan dari segi bahasa dan istilah: Kalimah jin diambil dari perkataan jan, ilmu ini menunjukkan suatu rahsia dan yang tersembunyi, contohnya: diambil orang gila, tersembunyi akalnya, dan tembok: perisai yang memenjarakan dengannya pembunuh, dan tersembunyi, dan janin yang mempunyai rahsianya dan sembunyinya berada dalam perut ibunya, dan syurga mengandungi pokok dan pokok kurma untuk menyembunyikan bumi.

Jin pada pengetahuan istilah ialah: makhluk yang akan datang dengan rupa mereka dan sesungguhnya dinamakan "Jaanan" untuk menyembunyikan mereka, dan tidak nampak mereka dengan pandangan mata kita.

Adapun syaitan-syaitan: mereka adalah jama' daripada syaitan, ia diambil dari perkataan "syaatin", iaitu menunjukkan "jauh", maka berkata: telaga "syutun" : apabila jauh daripada dasarnya, dan perang dan niat "syutun" iaitu: jauh. Syaitan merangkumi: semua perbuatan yang sombong dan derhaka daripada manusia, jin dan binatang, dinamakannya dengan gelaran tersebut untuk menjauhi mereka daripada rahmat Allah, dan berkata: ia diambil daripada: perkataan "syaatin"; dengan makna : celaka.

Dinamakan dengan itu; kerana perbuatan mereka berakhir dengan kebinasaan, dimaksudkan dengan syaitan di sini adalah bukan perkara yang umum, bahkan yang dimaksudkan dengan syaitan yang ada dari jin yang terkeluar dari ketaatan dan suruhan kepada Allah, dan teramat sombong sifatnya. Syaitan merupakan pekerja jin, dan bukan sesuatu yang lain selain daripada itu.

    
Kewajipan percaya dengan kewujudan mereka:
Percaya dengan wujudnya jin, sesuatu perkara yang diketahui dengan darurat, disokong oleh beberapa dalil Quran dan hadis atas kewujudan mereka, maka sesiapa yang ingkar dengan kewujudan mereka, sesungguhnya terkeluar daripada islam. Seperti beriman kepada malaikat. Dalil kewujudan mereka ialah dalil sam'iyat yang berturutan, pertimbangan akal dalam percaya kepada kewujudan mereka adalah suatu perkara yang mungkin.

Bukti kewujudan mereka, maka Allah telah menurunkan dalil al-Quran dengan nama mereka. Diterangkan tentang mereka di dalamnya. Allah s.w.t berfirman:
 Katakanlah (hai Muhammad) " telah diwahyukan kepadaku bahawasanya : sekumpulan jin telah mendengar (al-Quran), lalu mereka berkata : sesungguhnya kami telah mendengar al-Quran yang menakjubkan. (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar,lalu kami beriman kepadanya dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorang pun dengan Tuhan kami. 
(Surah al-Jin : 1-2 )

Kepercayaan manusia terhadap jin:
Ramai ahli Malal dan Nahl -khasnya pengikut Rasul- mereka mempercayai tentang kewujudan jin, dan diiktibarkan: Sesungguhnya para nabi -mereka benar tanpa dusta- mereka telah beritahu tentang kewujudan jin, tidak akan sempurna iman seseorang yang beriman dengan Allah kecuali dengan membenarkan apa yang diberitahu oleh Rasulnya.
    
Hakikat dan sifat jin:
Jin adalah roh daripada perkara ghaib yang tidak kita ketahui tentang kewujudannya kecuali melalui pemberitahuan yang benar, kita juga tidak akan dapat mengetahui tentang hakikatnya dan sifatnya kecuali daripada jalan dirinya, telah datang kepada kita berita yang benar, iaitu: daripada Rasulullah s.a.w. -menyebut separuh daripada hakikat mereka dan sifat mereka. Telah diterangkan di dalam al-Quran al-Karim sifat-sifat seperti yang berikut :
1-Sesungguhnya mereka bersifat dengan selain dari sifat malaikat dan manusia, mereka dijadikan dari lidah api, daripada campuran api, Allah ta'ala berfirman:
Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar. Dan Allah menciptakan jin dari nyala api.
(Surah al-Rahman: 14-15)

Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.
(Surah al-Hijr: 26-27)

Dan berfirman Allah taala ketika menyuruh mereka sujud kepada Nabi Adam:
Berkata "apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada adam) di waktu aku menyuruhmu?" menjawab iblis, "saya lebih baik daripadanya: engkau ciptakan saya dari api sedangkan dia engkau ciptakan dari tanah."
(Surah al-A'raf: 12)

2-Sesunguhnya jin adalah makhluk yang diciptakan sebelum daripada manusia, telah terdapat berulang-ulang kali ayat yang menunjukkan tentang perkara tersebut, kisah Nabi Adam yang disebut dalam al-Quran berulang-ulang kali telah menerangkan: sesungguhnya iblis ialah daripada jin, sesungguhnya telah ada sebelum Nabi Adam a.s.

3-Sesungguhnya mereka berantai-rantai, mereka mempunyai zuriat, telah berfirman Allah ta'ala:
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis, dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turun-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedangkan mereka adalah musuhmu? amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.
(Surah al-Kahfi: 50)

4-Sesungguhnya daripada kedudukan mereka: sesungguhnya mereka melihat kita daripada keadaan yang kita tidak boleh nampak mereka, berfirman Allah ta'ala pada sifat syaitan dan seumpamanya, mereka daripada jin sepertimana yang diulang dalam al-Quran:
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari kedua pakainnya untuk memperlihatkan kepada kedua-dua auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak biasa melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Surah al-A'raf: 27)

5-Sesunguhnya mereka adalah makhluk yang terdiri daripada kumpulan yang berilmu dan berpengetahuan, mempunyai kemampuan dan pilihan, maka mereka pada keadaan itu adalah sama seperti manusia. Mereka adalah "mukallaf" dengan beriman dan beribadat, bersalahan daripada kafir dan maksiat, dikumpulkan oleh Allah padanya diantara jin dan manusia, firman Allah ta'ala:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi aku makan. Sesungguhnya Allahlah yang Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh. 
(Surah al-Dzariyat : 56-58) Firman Allah :
Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: "Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri", kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah golongan orang-orang yang kafir.
(Surah al-An'am : 130)

Firman Allah :    
Katakanlah "sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.
(Surah al-Isra' : 88)

6. Jin dibahagikan kepada 2 jenis: iaitu islam dan kafir, yang kafir daripada mereka adalah syaitan, mereka adalah tentera kepada syaitan yang besar iaitu iblis yang dilaknat, yang pertama melakukan maksiat perintah tuhannya daripada jin, yang pertama kufur dengan nikmat Allah daripada mereka, berfirman Allah ta'ala:
    

Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi Neraka Jahanam. (Surah al-Jin: 14-15)

7-Sesungguhnya mereka akan dibangkitkan pada Hari Akhirat. Maka akan dihitung segala amalan mereka, berfirman Allah ta'ala:
Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya, (dan Allah berfirman): " Hai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia," lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusiaa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu telah engkau tentukan kepada kami". Allah berfirman, "Neraka itu adalah tempat diami kamu, sedangkan kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu maha bijaksana lagi maha mengetahui. (Surah al-An'am: 128)

8-Sesungguhnya bagi mereka kemampuan yang besar dan kemahiran dalam pembangunan. Maka Allah telah mempermudahkan bagi Nabi Sulaiman jin yang tunduk baginya bekerja membina istana, menyelam ke dasar laut, pekerjaan pembangunan yang dapat kita lihat dan pekerjaan kesenian. Berfirman Allah ta'ala:
Kemudian kami tundukkan kepadamu angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana sahaja yang dikehendakinya. Dan (kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam.(Surah al-Saad: 36-37)

9-Sesungguhnya sebelum Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan, mereka telah mencuri mendengar daripada mulut-mulut malaikat daripada langit, dan mereka telah pindahkan khabar itu kepada manusia di bumi.

10-Sesungguhnya bagi mereka kemampuan ke atas bertukar rupa yang memungkinkan bagi kita melihatnya dengan pandangan manusia.

 

  Tazkirah


Komen


"Kewujudan jin dan syaitan durjana" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.080792 saat. Lajunya....