Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 74
Ahli: 0
Jumlah: 74




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Kepentingan Ikhlas bagi Para Rabbani
Disiarkan pada Jumaat, 03 Mac 2006 @ 9:35:09 oleh istisafa

Tazkirah alea13 menulis: "Bismillahirrahmanirrahim..

Para Rabbani yang terdiri daripada mereka yang aktif dalam pendidikan rohani dan yang berjalan kepada Allah telah bersetuju, bahawa kepentingan ikhlas bagi setiap amal untuk bekalan akhirat dan bagi setiap orang yang meniti jalan menuju Allah.

Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata di dalam Muqaddimah kitab An-Niyyah Wal-Ikhlas Qash-Shidq, yang memakan seperempat bahagian dari kitab Al-Ihya' :
"Dengan hujjah iman yang nyata dan cahaya al-Quran, mereka yang mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tidak akan tercapai kecuali dengan ilmu dan ibadah. Semua orang pasti akan binasa kecuali mereka yang berilmu. Mereka yang berilmu pasti akan binasa kecuali yang aktif beramal. Semua orang yang aktif beramal akan binasa kecuali mereka yang ikhlas."

Jadi sebutan mereka yang ikhlas amat rentan. Amal tanpa niat adalah ketololan, niat tanpa ikhlas adalah riya', yang bererti sama dengan kemunafikan dan tidak berbeza dengan kederhakaan. Ikhlas tanpa kejujuran dan perlaksanaan adalah sia-sia.

Allah telah berfirman tentang setiap amal yang dimaksudkan untuk selain Allah, sebagai suatu yang tidak bermatlamat. Di dalam al-Quran Allah telah berfirman yang bermaksud :
"Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan." (al-Furqan: 23)

Perkara yang serupa dengan apa yang dikatakan oleh al-Imam al-Ghazali itu sebelumnya juga telah dikatakan oleh seorang Rabbani yang arif bernama Sahl bin Abdullah at-Tustary, "Semua manusia seperti orang yang sedang mabuk kecuali mereka yang berilmu. Semua orang yang berilmu adalah orang yang bingung kecuali mereka yang mengamalkan ilmunya."

Dalam lafaz lain beliau berkata, "Dunia ini adalah kebodohan dan kematian kecuali ilmu. Semua ilmu merupakan hujjah ke atas pemiliknya kecuali yang diamalkannnya. Semua amal akan sia-sia kecuali yang dilaksanakan dengan ikhlas. Ikhlas itu dalam bahaya yang besar sehingga tetap berakhir dengannya."

Sebahagian yang lain juga berkata, "Ilmu itu laksana benih, amal laksana tanaman dan airnya adalah ikhlas."

Ibn 'Atha'illah berkata dalam Al-Hikam, "Sesungguhnya Allah tidak menyukai amal yang mendua (berbelah bahagi), dan tidak pula hati yang mendua. Amal yang mendua tidak diterima dan hati yang mendua juga tidak akan diterima."

Amal yang tidak disertai ikhlas adalah ibarat gambar yang mati, dan raga tanpa jiwa. Allah hanya menginginkan hakikat amal, bukan rupa dan bentuknya. Maka dari itu Dia menolak setiap amal yang pelakunya tertipu dengan amalnya.

Dalam hadith shahih riwayat Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati kamu." Baginda memberi isyarat ke arah hati dengan jari-jari tangannya lalu berkata, "Taqwa itu letaknya di sini." Dan Baginda memberi isyarat ke arah dadanya sebanyak tiga kali." (hari Imam Muslim)

Allah berfirman tentang mereka yang menyembelih haiwan qurban, iaitu yang dilakukan oleh mereka yang menunaikan haji dan umrah :
"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya." (al-Hajj: 37)

Allahu a'lam..
- Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah Wal-Ikhlas, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi

"

Tazkirah


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Tazkirah:


tanda-tanda kebahagian dan kesengsaraan

Recent News About Tazkirah:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"Kepentingan Ikhlas bagi Para Rabbani" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.087897 saat. Lajunya....