Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-01-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 6 hari yang lalu
Jaafar072286: 18 hari yang lalu

Ayyuha sohibi...
 Posted on Selasa, 21 Februari 2006 @ 17:18:11oleh istisafa
Tazkirah alqibtiaz menulis Sahabatku, terlalu banyak nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita dalam kehidupan kita selama ini. Bagaimana kita akan menghitungnya. Setiap detik kita bernafas, setiap saat jantung berdenyut, setiap detik mata berkelip. Tak termampu kita menghitung nikmat yang di beri.

Syukur ke hadrat Allah SWT yang melimpah segala nikmat hidup lebih-lebih lagi menjadi umat Nabi
Muhammad SAW yang telah di beri nikmat Islam dan Iman.

Justeru itu Allah SWT berseru kepada kita berulangkali sebanyak 31 kali dalam Surah lah-Rahman:
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan".

Antara nikmat yang di beri ialah sepasang kaki buat kita berjalan
kesana sini buat mencari rezeki Allah di bumi yang luas ini. Besarnya nikmat mempunyai sepasang kaki. Tanpanya tiada upaya kita untuk bergerak bebas melakukan kerja seharian. Sahabatku, kemanakah seharian kaki ku kaki mu melangkah pergi? Adakah kaki ku kaki mu rajin benar melangkah ke tempat-tempat maksiat dan tempat-tempat hiburan yang melalaikan buat melampias nafsu serakah dan menghabiskan usia yang memang singkat ini.

Atau kaki ku kaki mu ligat pula berkunjung ke tempat-tempat perjudian buat mencuba nasib manalah tahu ingin cepat kaya dengan jalan yang mudah dan haram. Kalau begitu langkah kaki ku kaki mu, celakalah kita. Kaki ku kaki mu akan menjadi saksi kerana melangkah ke tempat yang menjadi kemarahan Allah SWT. Sahabatku, mengapa kita kufur nikmat? Alangkah baiknya kalau kaki ku kaki mu di hayun ke masjid-masjid, majlis-majlis ilmu dan
tempat-tempat kebajikan buat menyebarkan ilmu dan mengisi dada kita dengan ilmu dan iman.Rajin-rajinlah kaki ku kaki mu melangkah ke rumah saudara-mara, orang-orang tua yang uzur buat menghubungi siratulrahim.

Atau pun menziarahi saudaramu yang telah menjadi jenazah jadi iktibar buat mu bahawa kematian semakin hampir.

Ringan-ringankanlah kaki ku kaki mu melangkah ke rumah anak-anak yatim. Jenguk-jenguklah ke rumah anak-anak istimewa yang dambakan kasih sayang ibu ayah. Hulurkan tanganmu membantu apa yang termampu, wang ringgit atau kudrat mu buat meringankan beban dan kedukaan mereka. Percayalah sahabatku,
nanti hati kita jadi lembut dan sebak melihat ada yang punya kaki tapi lumpuh minta di kendong. Ada yang punya kaki, kerusi roda kakinya.

Ada yang punya kaki, dua tangan jadi kakinya. Mereka minta di suap, minta di pujuk kerana tak sempurna akalnya. Berilah sumbangan apa yang termampu. Riangkan hati mereka sambil mengusap kepala mereka tanda kasihmu. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita yang lengkap sempurna segala sifat anggota dan akal.

Bagaimana harus kita mensyukuri segala nikmat yang di beri?Justeru itu, sebelum kaki ku kaki mu melangkah pergi, fikirkan banyak kali kemana kah tujuan mu? Sekiranya langkah kaki ku kaki mu membawa kebaikan teruskan langkahan kaki tetapi jika sebaliknya, batalkan saja niatmu itu. Sahabatku, jangan kau hairan dan terkejut nanti di hadapan Allah SWT, lidah kita akan jadi kelu terkunci, tidak dapat berkata-kata lagi. Hanya setiap
anggota, termasuk kaki ku kaki mu yang akan menjadi saksi setiap perbuatanmu..

 

  Tazkirah


Komen


"Ayyuha sohibi..." | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Ayyuha sohibi...
oleh wardatuljannah ([email protected]) pada Khamis, 09 Mac 2006 @ 15:58:35
(Info AHLI)


assalamualaikum...
kadang-kadang, manusia2 bodoh kerna gagal 'using' akal yang Allah bagi dengan
saksama dan sempurna..suka sangat turut nafsu termasuk ana sendiri..
kadang-kadang buat kerja 2 kerna sesuatu bukan kerna Allah..
hati terlalu rindu untuk menggapai nikmat duniawi sedgkan nikmat ukhrawi yang kekal abadi masih belum diisi dalam petak hati-hati kerinduan..
kenapa dan mengapa kita susah sangat nak capai kerinduan itu?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.079466 saat. Lajunya....