|
Sajak: Bicara buat sahabat.....
|
|
|
Posted on Jumaat, 23 September 2005 @ 9:12:32oleh istisafa
|
|
|
alqibtiaz menulis Sahabat… Di kesepian ini Bersama nyanyian kerinduan saya mula membayangkan Detik-detik kita bersama Mengharungi lautan bersama demi satu perjuangan
Menuruni lurah dan lembah Demi mencari secebis sinar Bekalan hari esok Di sebalik pencarian itu Terselit sebuah ikatan…PERSAHABATAN Yang sukar diungkaikan
Namun… Tanpa diduga Lautan tenang tetap bergelora Adakah bahtera kasih yang dibina ini akan dilanda badai gelora Dihempas oleh sang ombak yang menggila Akan terungkaikah sebuah ikatan? saya telah cuba menyelamatkannya dari musnah Tapi apakan daya diriku ini tak mampu lagi menanggung beban ini
Sahabat… saya merantau mencari diriku semula Dimanakah saya kini Akan kembalikah ketenangan dan kegembiraan Yang pernah saya miliki dulu? Lubuk hatiku dilanda resah,sedih,pilu dan rindu Akan sebuah kemesraan yang pernah tercipta dahulu Deraian air mata mengiringi semuanya
pagi menyerlah kembali Bangkit saya mencari ketenangan Bagai tersedar dari mimpi Di puncak kegelisahan Kuharap sinar ini merubah segalanya Akan kubawa haluanku sendiri Akan kuteruskan perjuangan ini demi menggenggam sebuah kejayaan Kemaafan kupinta sepanjang kita bersama Bisa mengguris hati masing-masing Harapanku agar kau berjaya dalam hidup ini Meneruskan perjuanganmu
|
|
| |
|
|
|
|
|
Karya
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Karya:
Air mata cintaRecent News About Karya:
Misc
|
|
|
Komen
oleh ridwan ([email protected]) pada Selasa, 18 Oktober 2005 @ 15:42:29
(Info AHLI)
tiada ungkapan
perpisahan dalam ukhwah
walaupun maut menjadi nohtahnya
kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa
dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya.......
sahabat sejati
takkan membeku dikala musim sejuk,
takkan cair dikala musim luruh,
tapi iakan sentiasa mekar sepertimana tibanya musim bunga.........