|
Perkara Yang Akan Membuatkan Kita Susah (Renungan)...
|
|
|
Posted on Rabu, 21 September 2005 @ 10:43:18oleh istisafa
|
|
|
kasih_kekasih menulis Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.
Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat. 2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan. 3. makan atas pinggan yang terbalik. 4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri. 5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan. 6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil. 7. suka bersandar pada pintu rumah. 8. suka duduk di atas tangga. 9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan. 10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung. 11. tidak membersihkan rumah. 12. membuang sampah atau menyapu dengan kain. 13. suka membersihkan rumah pada waktu malam. 14. suka tidur di atas muka. 15. membakar kulit bawang. 16. menjahit baju yang sedang dipakai. 17. mengelap muka dengan baju. 18. berdiri sambil bercekak pinggang. 19. tidur tidak memakai baju. 20. makan sebelum mandi hadas. 21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh 22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit. 23. lambat pulang dari masjid. 24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak. 25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan. 26. suka memadam pelita dengan nafas. 27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup. 28. membasuh kaki dengan tangan kanan. 29. membuang air kecil pada air yang mengalir. 30. memakai seluar sambil berdiri. 31. memakai serban sambil duduk. 32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis. 33. makan dengan menggunakan dua jari. 34. berjalan di antara kambing. 35. berjalan di antara dua perempuan. 36. suka mempermainkan janggut. 37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut. 38. meletakkan tapak tangan pada hidung. 39. suka menggigit kuku dengan mulut. 40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan. 41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil. 42. menguap ketika solat. 43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN Dari Hatim Al-Asom : "Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat" , maka ia termasuk sunnah Rasulullah SAW 1. Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung. 2. Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati. 3. Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur. 4. Membayar hutang, bila telah sampai masanya. 5. Bertaubat dari dosa! , bila ia telah melakukannya.
LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI "Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan : 1. Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya. 2. Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya. 3. Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya. 4. Persiapkanlah bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur. 5. Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya."
HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara : 1. Panjang angan-angan. 2. Sentiasa tamak. 3. Sangat kedekut. 4. Berkurang waraknya. 5. Lupa kepada akhirat.
7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR 1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. - Itulah petanda bahawa semasa! hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. 2. Mayat yang mukanya berbentuk bab*. - Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. 3. Mayat yang kepala menjadi batu! yang hitam legam. - Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa. 4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. - Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. 5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. - Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang. 6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. -Itulah mayat orang yang suka makan riba'. 7. Mayat yang wajahnya tersenyum - Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
Wallahua'lam
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh ridwan_daie ([email protected]) pada Rabu, 21 September 2005 @ 15:10:33
(Info AHLI) http://ridwansaputra.blogspot.com
Kesusahan akan datang apabila seseorang tak patuh dan taat perintah Allah swt.
Mungkin dah taat pada Allah swt tapi meninggalkan sunnah Rasulullah saw
oleh ibtisam_daiman pada Rabu, 21 September 2005 @ 11:51:53
(Info AHLI)
HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA
Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :
1. Panjang angan-angan.
2. Sentiasa tamak.
3. Sangat kedekut.
4. Berkurang waraknya.
5. Lupa kepada akhirat.
_________________________________________________________
walaubagaimana pun, harta juga dapat
mendekatkan seorang hamba kepada tuhannya..
sebagai contoh, isteri kesayangan nabi
Muhammad s.a.w, adalah seorang yang kaya
raya.. namun, sanggup memperjuangkan harta
beliau di jalan ALLAH... dalam hal yang sama juga,
ramai di kalangan sahabat Rasulullah yang
sanggup meng 'impak' kan harta-harta mereka fi
sabillillah... hal ini menjadikan diri mereka lebih
dekat pada ALLAH s.w.t. kerana sayang dan
kasihnya mereka kepada ISLAM dan
RASULULLAH, harta bukan menjadikan diri
mereka lalai malah menjadikan hati lebih dekat
kepada ALLAH... itulah sebaik-baik insan.. walau
diuji dengan nikmat
__________________________________________
tatkala AKHIRAT itu dijadikan sebagai satu
destinasi impian, maka DUNIA itu bukan
penghalang untuk ke singgahsana bahagia,,,
namun, tatkala dunia menjadi keutamaan... harta
menjadi kebanggaan... banyaklah hati yang leka
dan alpa.... semakin pula jauh hatinya pada
TUHANNYA.. nau'zubillahimin zalik
__________________________________________
manusia itu takkan puas hatta setinggi gunung
hartanya... itulah manusia..
oleh chibi_maruko pada Khamis, 29 September 2005 @ 22:26:12
(Info AHLI)
terima kasih diatas info tersebut...
p/s:kadang-kadang tak sedar yang kita melakukannya..
oleh akwa pada Khamis, 09 Februari 2006 @ 17:41:28
(Info AHLI)
artikal ni amat2 tepat sekali..sebbnya kita xdpat lepas dari perasaan susah hati pada setiap hari..ini disebabkan diri kita sendirila..perasaan amat susah sekali jika meninggalkan solat 5waktu..alangkah ruginya umat islam itu jikalau tidak merasakan apa-apa dalam bab tinggalkan solat ini..
semoga kita semua tergolong dari golongan yang menjaga solat 5waktu..