Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-08-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 148
Ahli: 0
Jumlah: 148




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 14 hari yang lalu
the_brOtherz: 41 hari yang lalu

Insan fakir hidup penuh kehinaan
 Posted on Khamis, 31 Mac 2005 @ 0:23:37oleh Hanan
Tazkirah drzul-f menulis NASIHAT Luqman Al-Hakim kepada anaknya menjadi pedoman berguna kepada umat Islam. Peringatan itu berdasarkan pengalamannya. Perkara itu tidak pernah dipandang remeh, tetapi menjadikannya lebih banyak berfikir mengapa kejadian itu berlaku.

Hasilnya, lahir nasihat berguna yang menjadi pedoman dan panduan umat zaman berzaman.

Contohnya, pengalaman makan labu yang pahit dapat dijadikan ibarat dan iktibar dalam menjalani kehidupan ini.

Luqman berkata: Hai anakku. Aku pernah makan labu pahit dan merasakan kesabaran (memakannya), tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih pahit daripada kefakiran.

Sekiranya engkau berada dalam keadaan kefakiran, maka janganlah engkau bercakap-cakap mengenainya kepada manusia agar mereka tidak akan menghinamu.

Tetapi, pohonlah kelebihan daripada Allah. Maka, siapakah yang memohon kepada Allah, tetapi Dia tidak memberikan? Atau yang berdoa kepada-Nya, tetapi Dia tidak menjawabnya? Atau yang mengadu nasib kepada-Nya, tetapi Dia tidak menghilangkan kesusahannya?

Bercakap mengenai kefakiran, Luqman turut memberikan ibarat batu dan bara, katanya : Hai anakku! Mengunyah batu dan menelan bara itu adalah jalan yang terlebih baik dan mudah berbanding jalan kefakiran.

Hal ini kerana kefakiran itu akan memburukkan rupa paras yang indah dan menyulitkan lidah yang fasih.

Luqman dalam banyak hal, sering menggalakkan anaknya mencari dan meningkatkan ilmu di dada. Oleh itu, beliau kerap menyuruh anaknya menghadiri majlis ilmu atau bercampur dengan ulama.

Menurut riwayat Ibnu Abdul Bar, bahawa Luqman pernah bertanya kepada anaknya: Hai anakku! Adakah cukup kata-kata hikmah yang engkau miliki?

Anaknya menjawab: ⌠Aku tidak akan meminta lebih daripada apa yang bukan urusanku.

Luqman berkata: ⌠Hai anakku! Masih ada seperkara lagi iaitu bergaullah dengan ulama dan berduyun-duyunlah datang kepada mereka dengan kedua-dua lututmu. Hal ini kerana sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati yang mati dengan kata-kata hikmah seperti Dia menyuburkan yang gersang dengan hujan yang lebat.

Diriwayatkan juga, beliau berkata kepada anaknya: ⌠Hai anakku! Hendaklah engkau duduk pada majlis ulama dan mendengar percakapan ahli bijaksana. Perkara ini kerana sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana dia menyuburkan bumi dengan hujan yang lebat.

Luqman berkata: Janganlah engkau menghalang ilmu pengetahuan itu daripada orangnya, maka engkau akan berdosa dan janganlah engkau bercakap (mengenai ilmu) dengan orang yang bukan ahlinya, maka engkau akan dibodohkan.

Berbincanglah dengan orang yang berpengalaman dalam banyak perkara kerana dia memberikan fikirannya yang diambil dengan bayaran, sedangkan engkau mengambil daripadanya dengan percuma.

Begitulah simboliknya Luqman memberi nasihat kepada anaknya. Nasihatnya mengandungi banyak falsafah yang tersurat dan tersirat. Hanya mereka yang mahu mencungkil rahsia di sebaliknya akan berusaha memahami dan mengikuti nasihat bergunanya itu

 

  Tazkirah


Komen


"Insan fakir hidup penuh kehinaan" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124243 saat. Lajunya....