Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 143
Ahli: 0
Jumlah: 143




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Bintang aku dan kamu...
Disiarkan pada Jumaat, 11 Mac 2005 @ 10:33:22 oleh istisafa

Kenangan shukri menulis: "Menitis air mata ibu pasti jika dia mengetahui, walau aku sebenarnya tidak rela. Bukan aku derhaka, bukan aku mengejar dunia. Aku hanya seorang remaja yang terkapai-kapai seorang diri. Mencari identiti yang tidak pasti. Mengharap segalanya baik-baik sahaja. Aku membawa diri dengan alasan mencari ilmu sedang aku tidak perlu begitu. Memang ibu bangga tapi hatiku sendiri sakit sebenarnya...padahal aku patut lega dengan keizinan ibu.

Kini. Aku telah lama diperantauan. Pastinya aku mahu segera ketemu ibu. Mengkhabarkan aku sudah tahu apa yang kucari selama ini. Namun, keputusan yang ku buat dulu mengikat aku. Itulah balasan bagi yang tidak jujur pada niat.

Kedewasaan yang kuimpikan dulu, sebenarnya tidak membawa apa-apa erti kerana aku masih lagi kecil ketika itu. Masih jua merindui ibu, mengharapkan ciuman dari ibu dan paling penting aku suka dekat dengan ibu kerana itulah bintang yang kucari selama ini. Aku marah betul bila ibu membebel padaku, mengajar aku menjadi seorang gadis. Itu dulu, kini aku tidak lagi mendengarnya...

Sesungguhnya aku rindu dan benar-benar rindu...
Aku takut melihat ibu menangis. Aku tidak mahu dia menangis walau tangisan itu hanya kerana terharu. Aku ingin buat ibu bagai permaisuri. Namun aku tak mampu. Ibu selalu berkata, melihat aku tersenyum dan menangis buat dia bahagia.

Apalah dosanya hingga aku meninggalkan dia sendiri. Aku selalu bertanyakan khabar dan meminta sesuatu yang paling disukainya...
Dia rela menunaikan walau keletihan walau dikejauhan. Aku tahu ibu sayangkan aku tapi sayangnya aku tidak menghargai.

Aku menyesal......Bisakah penyesalan aku mengubat luka dihatinya....Luka mendengar perkhabaran dari aku setiap kalinya. Aku tidak berniat begitu. Aku berusaha memenuhinya... percayalah ibu aku memang maksudkan perjuangan ini .

Hanya kerana aku, gagal menjadi pelajar terbaik dan sering dipertengahan aku tetap bersyukur engkau masih melayan aku seperti dulu.. Menyayangi aku seadanya ......Itulah kasih ibu yang tiada akhirnya..... Kerana itu aku sering pulang ke kampung membawa ibu jalan-jalan.

Meminta dia masakkan lauk kegemaran aku.....Suka benar dia menunggu kepulangan aku dua minggu sekali. Syukur aku pada tuhan kerana bintang itu aku ketemu sebelum terlambat. Aku harap tiada sesiapa seperti aku mengabaikan bintang yang selalu bersinar setiap masa..... yang sentiasa ada untuk menunjuk jalan. Aku yakin bintang kalian jua pasti sepertiku.....

"

Kenangan


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Kenangan:


Kekasih Dalam Saku

Recent News About Kenangan:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"Bintang aku dan kamu..." | Login/Mendaftar | 6 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Bintang aku dan kamu...
oleh ainsafia pada Rabu, 30 Mac 2005 @ 12:47:13
(Info AHLI)


Assalamualaikum,
terharu saya membaca karya "BINTANG AKU DAN KAMU".....sekiranya tidak keberatan,boleh saya tahu articel ini berkisar tentang kisah anda sendirikah? Maaflah .....sekadar bertanya.
Wasallam.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Bintang ana dan kamu...
oleh Tetamu pada Jumaat, 01 Julai 2005 @ 22:24:55


hargailah bintang itu,kerana hanya bintang itu mampu menemani kamu andai dirimu dalam keresahan selain dari ALLAH yang Maha Esa...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Bintang saya dan kamu...
oleh miezaunique (mizaunix) pada Rabu, 28 September 2005 @ 11:01:29
(Info AHLI)


sesungguhnya, rahmat Allah itu luas...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Bintang saya dan kamu...
oleh amal_solehah pada Ahad, 20 November 2005 @ 21:16:13
(Info AHLI)


sesungguhnya bintang anda sama seperti bintang saya...
cuma sayangnya saya..tidak barpeluang melihatnya lagi..
hargailah..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122251 saat. Lajunya....