Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-08-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kayu yang bengkok tak dapat hasilkan bayang-bayang lurus
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 136
Ahli: 0
Jumlah: 136




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 14 hari yang lalu
the_brOtherz: 41 hari yang lalu

Kerajaan Islam Di Dalam Diri Sendiri
 Posted on Selasa, 01 Mac 2005 @ 17:06:31oleh Hanan
Tazkirah czarcam menulis Sebelum kita memperkatakan tentang kerajaan Islam bertaraf negara, lebih baik kita memperkatakan tentang kerajaan Islam dalam diri. Memang sebenarnya kerajaan dalam diri lebih utama untuk diislamkan. Ia lebih utama untuk diberi perhatian. Mengapa? Ini memang telah diperintahkan Tuhan di dalam Al-Quran. Apa kata Tuhan? Tuhan menyebut, “Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka”. Itu bermakna Tuhan suruh diri diselamatkan dahulu. Bermula dari satu orang kepada dua orang. Kemudian tiga. Cara ini juga yang dibuat oleh Rasulullah S.A.W 1400 tahun dahulu. Beliau tidak terus-terus bermula dengan jemaah besar atau masyarakat mahupun negara. Tetapi beliau mulakan secara kecil-kecilan dahulu dari satu kepada dua seterusnya tiga dan sehingga boleh menjadi jemaah. Kemudian daripada itu barulah membesar hingga boleh tertegaknya negara Islam.

Ada lagi kata Tuhan dalam al-Quran menjadi bukti mengapa perlu sangat kita ambil berat tentang kerajaan dalam diri. Agar diislamkan kerajaan dalam diri. Agar diperbetulkan dahulu kerajaan dalam diri ini. Tuhan menyebut, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka (kerajaan dalam diri).” Tuhan tidak mungkir janji. Itu janji Tuhan bahawa Tuhan akan ubah luaran kita, keadaan kita baik diri kita, keluarga kita, ekonomi kita mahupun pelbagai bentuk kehidupan kita jika kita sendiri betulkan kerajaan dalam diri kita. Inilah yang menjadi hujah sebahagian ulamak juga, bahawa “tegakkan Islam dalam kerajaan diri, insyaAllah, nanti akan tertegak Islam pada negara”. Sebabnya, bermula dari satu kerajaan diri, kemudian kepada dua kerajaan diri hingga banyak kerajaan diri dapat ditegakkan Islam, maka akan tertegaklah Islam pada satu jemaah. Dari jemaah akan tertegak Islam dalam masyarakat. Dan dari masyarakatlah nanti, akan membawa Islam ditegakkan pada tahap negara. Mahu tidak mahu, kena bermula dari kerajaan diri.

Kerajaan dalam diri, diri ini, rajanya adalah hati. Hati itu dialah yang mengontrol dan memerintah kerajaan diri. Anggota badan seperti tangan, kaki, mulut dan kepala adalah rakyat yang taat setia. Apa kata raja akan diikuti tanpa bantahan oleh rakyat. Baik raja, baiklah rakyat. Sebaliknya, jika jahat raja, jahatlah rakyat. Segalanya bergantung pada raja. Raja ini pula, dia ada penasihat atau guru, itulah akal namanya. Akal berperanan mendidik raja. Kalau akal mendidik kepada Tuhan, hati akan terpimpin kepada Tuhan. Kalau akal gagal mendidik kepada Tuhan, hati tidak terpimpin kepada Tuhan. Nafsu pula adalah orang jahat dalam kerajaan diri. Ia adalah musuh no. 1 kerajaan. Nafsu sentiasa mencari-cari peluang untuk mempengaruhi hati. Kalau hati sebagai raja mendapat guru yang tidak berwibawa, jawabnya hati akan dapat dipengaruhi nafsu. Jadilah raja itu boneka sahaja dalam kerajaan diri. Yang sebenarnya memerintah adalah nafsu. Raja menurut sahaja apa kata nafsu. Nafsu akan bertindak memberi arahan-arahan yang melawan perintah Tuhan. Bila nafsu memberi arahan jahat, Raja ikut sahaja. Jadilah rakyat seperti tangan dan kaki menjadi jahat juga. Terjebak dalam maksiat dan membuat kemungkaran. Ini membawa kepada kerajaan dalam diri tidak dapat ditegakkan Islamnya. Ia berlaku kerana akal sebagai guru atau penasihat tidak wibawa. Hinggakan nafsu tak dapat dikawal dan raja menjadi lemah, selemah-lemahnya yang hanya mengikut kata nafsu.

Nak Islamkan kerajaan diri, akal kena diislamkan terlebih dahulu. Kemudian barulah hati dan nafsu nanti akan belajar dari akal. Barulah nanti akan tertegak Islam dalam kerajaan diri. Akal perlu mendapat pimpinan ilmu wahyu. Hanya dengan ilmu wahyu dapat mengislamkan hati dan nafsu. Sumber ilmu pula mestilah dari Guru Mursyid. Itulah sumber ilmu kepada akal. Tanpa guru mursyid, takut-takut akal mendapat ilmu yang salah. Kalaupun berbentuk ilmu akhirat, bimbang-bimbang ia tak terhubung dengan Tuhan. Ataupun ilmu itu sekadar di akal untuk mental-exercise, dan bukan ilmu yang boleh mendidik hati.

Jadi, amat penting kita mengislamkan kerajaan diri. Mengislamkan akal, nafsu dan hati yang sangat berperanan ke atas kerajaan di dalam diri. Baik kerajaan di dalam diri, baiklah di luar. Yang dikatakan “baldatun toyyibatun warabbun ghafur” sebenarnya ada dua pengertian. Yang pertama, memanglah negara aman makmur lagi mendapat keampunan Tuhan. “Negara” itu dalam ertikata sebenar-benarnya negara. Ada maksud kedua iaitu “negara” itu ialah negara dalam diri, itulah dia kerajaan dalam diri. Kerajaan dalam diri perlu juga kepada aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan. Aman makmur dalam kerajaan diri ialah bila hati sudah tenang dengan Tuhan. Itulah sepertimana maksud firman Tuhan, “Hanya dengan mengingati (menghayati) Allah, hati menjadi tenang”. Tenang itulah yang dikatakan aman makmur kepada negara dalam diri. Istilah tenang bagi hati itu akan berlaku bilamana hati sudah terhubung dengan Tuhan dalam keadaan hati sentiasa merasa berTuhan. rasa-rasa itu adalah seperti rasa Tuhan mengawasi, rasa dimiliki Tuhan, rasa kehebatan Tuhan dan rasa hamba kepada Tuhan. Bila rasa-rasa ini sudah menguasai hati, di waktu itu datang ketenangan atau kemakmuran. Maksud tenang di sini ialah tenang daripada hal-hal dunia. Hal dunia tidak mengganggu-gugat diri sehingga memesongkan hati dari Tuhan. Atau dalam ertikata lain hal-hal dunia tidak memberi kesan pada hati sehingga boleh melalaikan hati daripada Tuhan.

Itulah sahaja yang dapat diperkatakan di sini tentang kerajaan dalam diri. Sudah kita tahu, sudah kita mendapat ilmunya, jangan bertangguh lagi. Masing-masing ada kerajaan dalam diri. Masing-masing perlu bertanggungjawab pada kerajaan dalam diri sendiri. Islamkanlah kerajaan dalam diri kita itu. Moga-moga cepat proses ini berlaku, akan cepatlah Islam pada negara menjadi kenyataan.

Dipetik dr sumber : http://www.rufaqa.com

 

  Tazkirah


Komen


"Kerajaan Islam Di Dalam Diri Sendiri" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.152745 saat. Lajunya....