Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 24 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


DILEMA ANAK BONGSU
Disiarkan pada Isnin, 03 Januari 2005 @ 12:43:50 oleh Hanan

Umum shukri menulis: "Anak bongsu seringkali dikaitkan dengan gelaran anak manja atau anak emas .Apa yang diminta pastinya ditunaikan .Ramai yang tidak tahu anak bongsu juga mengalami dilema seperti anak sulong dan anak tengah .Ini kerana mereka juga insan biasa yang tidak berpuas hati terhadap apa yang dimiliki .

Anak bongsu terlalu disayangi .Mereka adakalanya tidak dapat menyelesaikan masalah dengan sendiri atau lebih tepat ialah tidak tahu berdikari .Adakah itu salah mereka atau didikan yang diberikan ?

Oleh itu ,mereka sering dibandingkan dengan adik-beradik yang lain .Tekanan yang dihadapi merupakan masalah besar bagi mereka .Ini kerana mereka berasa dicabar tetapi tidak tahu bagaimana harus diselesaikan .

Anak bongsu juga ,tidak tahu bagaimana harus bersaing .Selama ini ,mereka memperoleh sesuatu tanpa perlu bersusah payah .Sedangkan di dunia luar ,mereka sendiri untuk menempuh kehidupan yang lebih mencabar .Akhirnya ,mereka terlalu letih untuk segalanya dan mudah berputus asa .
Walaupun begitu ,anak bongsu lebih mudah mesra dengan orang lain .Mereka telah biasa dengan suasana yang begitu .Tapi apa yang terjadi kepada mereka jika ada yang cemburu dan membenci mereka ?Terasa dunia bagaikan berakhir .Mulalah bertanya apa silap mereka ,apa yang kurang dan mudah berkecil hati .Sedangkan itu adalah perkara biasa bagi orang lain .

Biarpun ,anak bongsu tidak tahan menghadapi dugaan mereka mempunyai motivasi diri yang tinggi .Ini dapat membantu mereka menyesuaikan diri .

Tanpa disedari adakalanya kasih sayang yang diberikan oleh keluarga menjadi tekanan .Mereka merasa hidup mereka mesti sempurna .Ini kerana ,mereka menjadi harapan kepada keluarga .Segalanya perlu dijaga hingga ada banyak perkara yang dinikmati oleh remaja lain tidak dapat dirasai .

Namun ,tidak semua anak bongsu mengalami dilema seperti ini .Bergantunglah bagaimana persekitaran mereka dan didikan yang diberi oleh ibu dan ayah .

"

Umum


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Umum:


info mengenai tahi lalat

Recent News About Umum:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"DILEMA ANAK BONGSU" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: DILEMA ANAK BONGSU
oleh id pada Rabu, 05 Januari 2005 @ 20:10:54
(Info AHLI) http://-


assalamualay`kum..

ana setuju dengan pendapat syukri , so setengah-setengah pihak janganlah hanya menganggap golongan anak bongsu tidak tahu berdikari sebaliknya bantulah golongan ini untuk sama-sama dalam segala ruang kehidupan agar mereka tidak terasa dipinggirkan ........insyaALLAH...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114347 saat. Lajunya....