Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 83
Ahli: 0
Jumlah: 83




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Perjanjian Hudaibiah perintis pembukaan kota Makkah
Disiarkan pada Jumaat, 17 Disember 2004 @ 0:14:47 oleh Hanan

Tazkirah yeop menulis: "PADA Zulkaedah, tahun ke-6 hijrah atau 628 masihi, Nabi Muhammad saw bersama 1,400 sahabat bertolak ke kota Makkah untuk mengerjakan umrah.Orang kafir Makkah tidak senang hati dengan rombongan itu. Orang Quraisy menolak hasrat itu dengan keras, angkuh dan sombong walaupun mengetahui bahawa Rasulullah ingin ke Makkah hanya untuk mengerjakan umrah dalam keadaan baik, bukannya untuk berperang.

Mereka tidak berhak melarang Baginda daripada mengunjungi Baitullah Al-Haram yang telah dijadikan oleh Allah sebagai tempat tumpuan dan aman bagi seluruh umat manusia.

Mereka bersepakat untuk menahan rombongan damai itu serta menghalang Rasulullah dan rombongan Baginda daripada mengerjakan ibadat.

Sebaik Rasulullah tiba di Hudaibiah iaitu kira-kira sembilan kilometer dari kota Makkah, Baginda mengutuskan Othman bin Affan menemui bangsa Quraisy. Ia untuk menegaskan bahawa Rasulullah dan sahabatnya datang dengan cara damai untuk menziarahi Kaabah, tetapi mereka menahan Othman.

Lantas Rasulullah menyiapkan pasukan tentera untuk menggempur mereka.

Lalu Rasulullah berkumpul di Hudaibiah iaitu sebuah tempat berhampiran dengan kota Makkah.

Dari sana, Baginda banyak membuat perundingan dengan orang Quraisy untuk mencari jalan perdamaian dan mengelakkan daripada berlaku pertumpahan darah.

Rundingan itu berakhir dengan menandatangani perjanjian sementara yang dikenali dengan Perjanjian Hudaibiah.

Syarat terpenting perjanjian itu adalah:-

l Menghentikan peperangan antara kedua-dua belah pihak selama 10 tahun.

Dalam tempoh itu, orang ramai bebas serta aman untuk musafir dan berpindah ke mana saja yang diinginkan;

l Pada tahun itu, Rasulullah dan sahabat hendaklah pulang ke Madinah tanpa mengerjakan umrah. Jumlah mereka pada ketika itu menjangkau 1,400 orang.

Mereka hendaklah datang pada tahun berikutnya dan orang Quraisy hendaklah memberi peluang kepada umat Islam untuk mengerjakan umrah selama tiga hari di Makkah, kemudian mereka hendaklah kembali semula ke Madinah;

l Sesiapa yang datang dari Makkah ke Madinah untuk memeluk Islam tanpa mendapat keizinan daripada penjaganya, Rasulullah hendaklah mengembalikannya semula kepada mereka.

Sebaliknya sesiapa saja dari kalangan umat Islam yang datang dari Madinah ke Makkah dalam keadaan murtad, dia tidak perlu dikembalikan semula ke Madinah; dan

l Jika ada kabilah yang ingin bergabung dengan satu pihak yang membuat ‘perjanjian perdamaian sementara’ itu, ia bolehlah berbuat demikian.

Berikutan syarat ini, kabilah Khuzaah bergabung dengan Nabi Muhammad, sementara kabilah Bani Bakar pula bergabung dengan Quraisy.

Secara zahir, perjanjian ini merugikan kepentingan politik umat Islam hingga banyak menimbulkan bantahan daripada beberapa sahabat. Mereka melihat tindakan itu suatu penghinaan kepada mereka.

Sebenarnya, ia adalah suatu kemenangan yang jelas kepada umat Islam seperti yang disebut oleh Allah dalam surah al-Fath yang diturunkan kepada Rasulullah ketika Baginda dalam perjalanan pulang dari Hudaibiah.

Hasil perjanjian ini banyak menguntungkan umat Islam dan menjadi perintis ke arah pembukaan kota Makkah dua tahun berikutnya.

"

Tazkirah


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Tazkirah:


tanda-tanda kebahagian dan kesengsaraan

Recent News About Tazkirah:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"Perjanjian Hudaibiah perintis pembukaan kota Makkah" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124822 saat. Lajunya....