|
Login
|
|
|
|
Mutiara Kata
|
|
|
|
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!" -- Kang
|
|
|
Menu Utama
|
|
|
|
Keahlian Ukhwah.com
|
|
|
|
Sedang Online
|
|
|
|
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45
|
|
|
Yang Masuk Ke Sini
|
|
|
|
|
Rahsia Keutamaan Zikir
|
|
 |
Posted on Isnin, 06 Disember 2004 @ 17:27:50oleh Hanan
|
|
|
alea13 menulis assalamu'alaikum wrt..
Sekiranya ada yang berkata: Mengapa zikir kepada Allah itu meskipun amat ringan disebutkan oleh lidah dan amat mudah untuk dilakukan, menjadi lebih utama dan lebih berfaedah dr berbagai-bagai ibadat yang lain yang lebih berat dan sukar melakukannya?
Ketahuilah bahawa untuk mentahqeeqkan (menerangkan) perkara ini tidak akan sempurna melainkan dengan ilmu mukasyafah (ilmu penyingkapan). Tetapi di dalam ilmu muammalah tentang tingkatan zikir kepada Allah SWT, bahawasanya zikir yang meninggalkan kesan dan yang berfaedah ialah zikir yang dilakukan dengan tetap dan berterusan dengan hati yang hadir. Adapun berzikir dengan lidah sedangkan hati lalai tdklah memberikan apa-apa kesan atau faedah.
Malah ditetapkan bahawasanya kehadiran hati dengan mengingati Allah SWT selalu atau pada kebanyakan waktu adalah lebih dipentingkan dr segala ibadatnya, bahkan dengannya jugalah dapat dijamin terpeliharanya seluruh peribadatan, dan yang dinamakan buah atau hasil dr peribadatan 'amaliah.
Dan bagi zikir itu ada permulaannya dan ada pula pengakhirannya. Permulaannya menimbulkan kelapangan dalam diri serta kecintaan. Dan pengakhirannya yakni sesudah dilakukan zikir itu berkali-kali dan menjadi kelazimannya pula, dia tidak akan merasakan ketenangan dan kesenangan diri serta kecintaannya melainkan dengan berzikir. Itulah peringkat yang harus dituntut dalam berzikir.
wallahua'lam..
~ dr Kitab Bimbingan Mu'min susunan Imam al-Ghazali rh.
"(Yaitu) org yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.." (ar-ra'd: 28)
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
|
Komen