Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kayu yang bengkok tak dapat hasilkan bayang-bayang lurus
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 207
Ahli: 0
Jumlah: 207




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 27 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Langkah awal membina keluarga bahagia
 Posted on Isnin, 06 September 2004 @ 12:18:50oleh Engku_Salina
Umum Seandainya kita semua mengidamkan keluarga yang bahagia yang bermula dari diri kita sendiri membawa kepada diri anak isteri kita, maka jalan-jalan yang mesti kita tempuhi dan kita lalui telah pun ditetapkan Allah. Marilah kita mempelajari dan memahami setiap jalan-jalan itu dan kemudian kita cuba amalkan di dalam kehidupan kita. Mudah-mudahan dengan kita memohon banyak-banyak kepada Allah, kebahagiaan yang kita idamkan itu akan dapat kita perolehi.

Jalan pertama yang mesti kita tempuhi adalah niat. Ertinya niat kita hendak mendirikan rumah tangga kita itu mestilah betul seperti yang dikehendaki Allah. Niat yang pertama yang mesti kita pasang dalam mendirikan rumah tangga kita ialah niat bahawa kahwin itu ialah untuk mendapatkan sebanyak-banyak anak yang boleh. Pasanglah niat ini baik-baik, kalau pun pada perlaksanaanya ia tidak boleh dilakukan, namun pahalanya telah Allah catatkan.

Niat yang kedua nikah kahwin dapat menghalang nafsu yang jahat dan yang rakus, khususnya nafsu syahwat terhadap perempuan-perempuan yang tidak halal bagi lelaki dan sebaliknya. Oleh itu melalui perkahwinan, kita dapat mengelakkan diri daripada tindakan nafsu syahwat yang jahat, kerana ia dapat kita halakan kepada isteri kita yang halal.

Niat yang ketiga dalam mendirikan rumah tangga adalah bahawa kahwin itu dapat menyelesaikan masalah hati dalam mentadbir kehidupan. Ertinya dengan berkahwin seseorang itu tidak perlu menumpukan perhatiannya dalam menghadapi keperluan rumah. Ini kerana segala urusan rumah tangga sudah diselesaikan oleh isteri dari memasak makanan, membasuh pakaian dan sebagainya. Isteri yang solehah dan beragama itu, dia akan menyelesaikan semua urusan rumah tangga.

Niat yang keempat,kahwin itu dapat menghiburkan hati kita. Ertinya dengan berkahwin, pada isterilah tempat kita berhibur-hibur dan berseronok-seronok serta bergurau senda dan bermanis muka.

Niat yang ke lima adalah kita hendak mendirikan rumah tangga dengan niat untuk melawan hawa nafsu. Ertinya tugas kita bila berhadapan dengan isteri-isteri adalah berat dan itulah mujahadah kita dengan nafsu. Apabila kita berkahwin dengan seorang perempuan, maka satu daripada tugas kita dalam melawan hawa nafsu ini ialah menghadapi kelakuan-kelakuan isteri yang tidak selaras dengan syariat.

Demikianlah lima niat yang hendak kita pasang di dalam diri kita semasa kita hendak mendirikan rumah tangga. Kalau sekiranya kita ada mempunyai lima niat yang betul dan yang baik ini, maka disitulah Allah akan bantu kita dan memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita untuk kita dapat melahirkan satu rumah tangga yang aman dan bahagia yang selaras dengan kehendak syariat Allah.

 

  Umum


Komen


"Langkah awal membina keluarga bahagia" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119405 saat. Lajunya....