|
Login
|
|
|
|
Mutiara Kata
|
|
|
|
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak. -- Kang
|
|
|
Menu Utama
|
|
|
|
Keahlian Ukhwah.com
|
|
|
|
Sedang Online
|
|
|
|
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56
|
|
|
Yang Masuk Ke Sini
|
|
|
|
|
: Hari manusia terbang seperti unggas
|
|
 |
Posted on Selasa, 04 Mei 2004 @ 14:06:21oleh Hanan
|
|
|
PeNguin menulis FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Hari kiamat, Apakah hari kiamat itu? Tahukah kamu apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran. Dan gunung-gunung seperti bulu yang berterbangan. Dan adapun orang yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan. Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka haawiyah."
Dan tahukah kamu apakah neraka Haawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas. Hari yang mengemparkan. Apakah jalan untuk mengetahuinya? Apakah dia hari yang mengemparkan itu? Hari dimana manusia berterbangan laksana binatang-binatang yang halus. Gunung-gunung dan bukit bukau berterbangan laksana bulu burung, maka adapun sesiapa yang berat timbangan amal kebajikan, dia berada di dalam kehidupan yang mengembirakan dan bersenang lenang. Dan barangsiapa yang ringan timbangan amal kebajikan, maka tempat yang menjadi kehidupannya ialah "Haawiyah". Apakah jalan untuk kamu mengetahui "Haawiyah" itu? Iaitulah neraka yang sangat panas membara.
Surah yang pendek ini merupakan suatu peringatan yang benar daripada Allah SWT. Peristiwa hari kiamat yang mengemparkan. Beriman kepada hari kiamat termasuk di dalam rukun iman yang enam. Termasuk di dalam khabar yang benar yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quranul Karim dan dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
Allah SWT membuktikan benarnya khabar-khabar yang ada di dalam Al-Quran dengan peristiwa yang berlaku hari ini yang telah lalu, yang dinyatakan oleh Al-Quranul Karim, Allah SWT mewahyukan kepada Nabi SAW yang dilahirkan di bumi Mekah yang kering kontang. Jauh daripada pusat pengajian. Jauh daripada berhubung dengan golongan Ahli kitab.
Di antara wahyu itu ialah kisah yang telah lalu, yang berlaku sejak beribu-ribu tahun dan peristiwa itu adalah benarmelalui penemuan-penemuan yang dibuat oleh pengkaji sejarah. Kisah Firaun dan Namrud dan lain-lain. Begitu juga dengan peristiwa angkasa lepas yang disebut di dalam Al-Quranul Karim bahawa peredaran matahari, bulan, bintang dan cakerawala yang menjadi tanda kebesaran oleh Allah SWT.
Hari ini, para saintis angkasa lepas dalam segala bidang mendapati penemuan-penemuan baru melalui alat-alat moden dan menepati dengan Al-Quranul Karim. Oleh itu, kisah berkenaan hari kiamat, hari akhirat dan peristiwa yang akan datang berlaku adalah benar, sebagaimana benarnya perkara yang telah laludan sedang berlaku.
Baru-baru ini media melaporkan beberapa pusat astronomi (ilmu falak) antarabangsa melalui peralatan moden dapat mengesan peristiwa yang sangat dahsyat yang berlaku di angkasa lepas. Itu hanya habuk yang halus dalam alam yang luas yang dicipta oleh Allah SWT.
Bagaimana sebuah bintang baru yang ditemui oleh pakar angkasa lepas dan ahli falak yang dikatakan sebesar musytari dan peredarannya dijangka akan merempuh bumi dalam masa beberapa minggu. Sekiranya berlaku perkara itu, maka satu malapetaka besar menghalang pergerakan bumi, tetapi bintang yang ditemui itu dihancurkan dengan pancaran suria daripada matahari dan segala habuk dan bahan-bahan yang dihancurkan itu disedut oleh matahari.
Dan berlaku gempa yang besar sehingga menjulangkan ledakan yang jauh jaraknya sembilan juta kilometer mengikut ukuran alat yang ada pada hari ini. Itu hanya satu perkara yang kecil daripada alam yang besar. Adapun Al-Qaari'ah (Hari Kiamat) yang mengemparkan yang disebut dalam surah itu dan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca itu adalah peristiwa yang melenyapkan bintang dan cakerawala semuanya.
Ahli-ahli sains di zaman moden mengatakan bahawa di dalam perut bumi sudah tersedia ada bahan-bahan bakar yang banyak, bukan sahaja petroleum, gas yang dicari seluruh perusuk dunia yang dapat diambil hanya sedikit. Rasulullah SAW pernah menyebut: "tanda-tanda berlakunya kiamat ialah keluarnya api di Yemen selatan dari perut bumi yang menghalau manusia di tempat perhimpunan yang ditentukan oleh Allah SWT."
Ahli-ahli kaji bumi mengakui bahawa di kawasan itu terlalu banyak bahan bakar dan ahli-ahli sains menyatakan bahawa di bawah laut terdapat bahan api yang membakar.
Oleh kerana itu kita sendiri merasakan laut di waktu malam berada di dalam kadaan yang panas. Mungkin mereka yang tidak tahu membuat berbagai-bagai penafsiran itu adalah bahan daripada matahari dan seumpamanya., bahawa di tengah laut ada lautan api yang membakar.
Terlalu banyak tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Allah SWT memberi amaran supaya manusia bersedia bagi menghadapi hari yang menggemparkan, iaitulah hari kiamat yang menggerunkan, di mana berlaku gempa yang menghancurkan yang melenyapkan daratan dan lautan.
Sehingga pada peristiwa tiupan sangkakala dilakukan oleh malaikat yang diperintahkan oleh Allah SWT. Manusia berterbangan laksana binatang.
Bukit bukau dan gunung ganang yang dianggap sebagai paku bumi tercabut dan berterbangan laksana bulu yang ditiup oleh angin yang tidak boleh bertahan di atas bumi. Begitulah kedahsyatan peristiwa kiamat.
Apakah yang boleh menyelamat manusia untuk menghadapi peristiwa yang dahsyat itu? Allah SWT menyatakan bahawa amal yang soleh, amal yang baik dapat menyelamatkan manusia daripada peristiwa yang besar yang merupakan hukuman daripada Allah SWT.
Bagi menamatkan riwayat agung dunia dan langit dan anak bumi yang ada pada hari ini dan untuk digantikan dengan suatu alam yang lain yang dinamakan alam akhirat. Allah SWT menjelaskan semua yang ada dalam kehidupan yang wujud dijadikan oleh Allah SWT pada hari ini. Untuk diciptakan kewujudan alam baru yang dinamakan alam akhirat.
Manusia diberi peranan yang sangat besaruntuk menjadi khalifah dan menjadikan diri manusia dengan kemampuan akal fikiran yang diberi pada mereka. Mereka boleh memerintah dan mentadbir makhluk yang lebih besar. Boleh menjinakkan gajah yang liar yang besar. Kapal-kapal yang besar boleh mengendalikan makhluk yang lain.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah membentangkan amanah dan tanggungjawab kepada bumi, langit,bukit bukau dan gunung ganang. Semua makhluk itu gerun dan takut, tidak bersedia untuk memikul, tetapi manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan lagi jahil."
Itu kerana adalah mereka sendiri. Perbuatan mereka sendiri dengan melarikan diri daripada petunjuk Allah SWT. Allah SWT yang menugaskan manusia dan tidak membiarkan mereka begitu sahaja. Mereka bukan sahaja diberi akal fikiran, malah Allah SWT mengetahui kelemahan yang ada pada akal fikiran mereka, lalu Allah SWT menurunkan ajaran-Nya melalui Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul di mana manusia mestilah Islam pada ajaran dengan makna menyerahkan diri pada ajaran itu, sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Jika manusia mengikut ajaran Islam, nescaya manusia mampu menjalankan tugas yang di amanahkan kepada mereka dengan baik. Tugas yang diamanahkan itu adalah merupakan satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Inilah suatu kelebihan yang diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada makhluk yang lain.
Sekiranya manusia memainkan peranan dan melaksanakan kewajiban itu, mereka akan mencapai matlamat yang benar, lebih tinggi daripada Malaikat Muqarrobin. Malaikat yang hampir dengan Allah SWT.
Itulah yang dilakukan oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul yang menjadi contoh dan tauladan. Tetapi ingat! manusia yang melawan dan mencipta undang-undang sendiri selain daripada Allah SWT akan menerima kehinaan lebih daripada binatang ternakan.
(Tazkirah+Tuan Guru Haji Hadi)
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
|
Komen