|
SATU PERKARA YANG MENJADI IBADAH
|
|
 |
Posted on Isnin, 19 April 2004 @ 11:39:15oleh Engku_Salina
|
|
|
PeNguin menulis 1-NIAT KERANA ALLAH
2-PERKARA YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK
3-SEMUA AMALAN YANG MESTI MENGIKUT PERATURAN YANG DITETAPKAN
4-IBADAH KHUSUS YANG TIDAK BOLEH DIABAIKAN
BAIKLAH.. SEKArang kita tengok dulu apa dia maksud ibadah.. sebelum kita pergi kepada huraian 4 perkara yang ditulis tadi... hmm.. IBAADAT ialah dari segi bahasa bermaksud.. tunduk, patuh, taat, menghinakan diri.. dari konteks yang lain pula ibadah bermaksud satu ketundukan dan pengabdian kepaa Allah yang Esa dalam segala aspek kehidupan, atau dalam erti kata yang lain segala amalan dan pekerjaan dilakukan semata-mata kerana Allah maka ini ialah ibadah.
Oleh kerana itu, segala perbuatan yang dilakukan bukan kerana allah maka ia tidak akan dikurniakan apa-apa balasan oleh Allah. Pengabdian kepada Allah adalah tugas asasi manusi apabila dilahirkan diatas muka bumi ini, firman Allah S.W.T..
"Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali mengabdikan diri kepadaku" (Adz Dzariyat:56)
Syarat satu perkara menjadi ibadah..
1-Niat kerana Allah
-Setiap amalan yang dilakukan tanpa niat kerana Allah maka amalan tersebut hanya sia-sia sahaja dan tidak dikira sebagai sartu amalan yang diiktiraf oleh Allah. Kerana niat adalah teras kepada ibadah, niat kerana Allahlah menjadikan ayam yang disembelih boleh dimakan, sekiranya berlaku sebaliknya maka ia akan menjadi bangka. Ingat belajat keran Allh mendapat pahala dan keberkatan, tetapi jika kerana kesenangan atau sijil tidak dikira sebagai ibadah, ini kerana iman syafie 3/5 darpada perbuatan bermula denganniat iaitu melalui hati... perbuatan.. dan percakapan..
2-PERKARA YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK
-Walaupun niat kerana Allah S.W.T tetepi amalan yang dilakukan bertentangan dengan agama maka ianya dikira haram.
Seperti seseorang yang berkerja dikilang arak dengan niat untuk menyara kehidupan keluarganya sebagai menunaikan kewajipan kerana agamanya maka ia tidak diiktiraf oleh Allah SWT.. ISLAM tidak mengiktiraf "Matlamat Menghalalkan Cara"
3-SEMUA AMALAN YANG MESTI MENGIKUT PERATURAN YANG DITETAPKAN
-Oleh itu, amalan ibadah tidak sah jika sekiranya bercaggah dengan dengan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Misalnya solat zohor empat rakaat, tawaf haji tujuh kali tidak boleh diubah mengikut sesuka hati manusia sahaja ole itu amalan tersebut tidak sah.
4-IBADAH KHUSUS YANG TIDAK BOLEH DIABAIKAN
-Amalan seseorang tidak dinamakan ibadah jika mengabvaikan amalan fardhu. Contohnya, seorang peniaga yang mengabaikan solat fardhu maka ia tidak dinamakan sebagai ibadah. Belajar sampai larut malam sehingga terlepas solat subuh maka ia tidak dinamakn ibadah.
PEMBAHAGUAN IBADAH
Ia terbahagi kepada dua:-
IBADAT UMUM
-Pengabdian diri secara langsung (indirect) kepada ALlah SWT menerusi urusan duniawi yang bersangkut hubungan sesama makhluk yang berlandaskan akidah dan syariat islam.
Contohnya, mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga, menuntut ilmu, membuka industri untuk menberi peluang pekerjaan kepada orang ramai, berbaik denga jiran tertangga dan sebagainya.
IBADAH KHUSUS
-Suatu bentuk pengabdian diri seorang hamba kepada tuhanya secara langsung (direct) bagi mendapat keredhaanya.
Contohnya, melaksanakn kelima-lima rukn islam, melakukan ibadah sunat, membaca Al-Quran, zikrullah, berdoa, beristighfar, taubat dan lain-lain lagi.
sekian...Wassalam
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen