Ukhwah.com

Setiap tahun, sebelah Maghrib pasti ada pertelingkahan antara pencinta bidaah vs pencinta sunah. Bila nak sedar?

Oleh sebab sebahagian besar rakyat Islam Malaysia memandang persepsi dan simbol-simbol, sebagai, “Islamik,” tentunya Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah, tidak Islamik pada pandangan dan membolehkan diejek ‘Wahabi’. Satu ejeken untuk orang yang sudah kehabisan modal untuk berhujah, “Ini Wahabi lah ni…”

Kapten Hafiz langsung tidak memakai simbol-simbol dan persepsi Islamik seperti, serban (sebesar pembungkus nangka), jubah berlapis-lapis, sangkut kain di bahu, celak tebal, meletakkan Sheikh, Habib, Ustaz di depan nama dan beberapa ‘al’ di belakang nama. Sebaliknya beliau menggunakan hujah dan dalil bila berceramah di Youtube dan apabila menulis buku. Sebab sememangnya itulah Islam — bahawa Islam tertegak dengan dalil  dan hujah, bukan simbol, persepsi dan gelaran.

Setiap hadis yang dibawakan oleh Kapten Hafiz, melalui kajian terperinci terlebih dulu, kerana itulah sebenarnya disiplin hadis.

Setiap bermula tahun Islam, pada penghabisan bulan Zulhijjah (bulan Haji), sebelum masuk waktu Maghrib akan dibacakan doa akhir tahun. Selepas azan Maghrib pula akan dibacakan doa awal tahun, kemudian diikuti dengan amalan-amalan lain.

“Salahkah membaca doa?” Pencinta bidaah mempertahankan. “Perkara baik, apa salahnya,” tambah pencinta bidaah dan kemudian mengatakan  itu amalan Islam, Rasulullah dan sebagainya, untuk mempertahankan. Tanpa disedari  atau secara sengaja telah memfitnah Rasulullah sebab tidak ada amalan begitu oleh Rasulullah, kerana semasa Rasulullah hidup, tidak ada tahun baharu, tidak ada kalendar. Kalendar Islam, tahun baharu hanya diadakan pada zaman Sayidina Umar. Para sahabat semasa dan selepas Sayidina Umar pun tidak ada yang mengamalkan doa hujung tahun dan tahun baharu.

Pencinta sunah akan menjawab, “Tidak salah berdoa, malah Allah swt memurkai orang yang tidak mahu berdoa, meminta. Berdoa dilakukan sepanjang masa, lebih-lebih lagi pada penghujung asar, hari Jumaat kerana ia saat doa tidak tertolak. Antara waktu penting doa termakbul pada hari Jumaat, selain waktu khatib duduk antara dua khutbah.” (Maha Adil Allah swt, orang perempuan tidak dapat berdoa semasa khatib duduk di antara dua khutbah, tapi diberi satu lagi waktu mustajab berdoa, iaitu pada penghujung Asar (sekitar lebih kurang 6.30 petang).

Pencinta sunah sekali lagi menegaskan, “Berdoa dilakukan sepanjang masa, bukan ada pengkhususan pada hujung tahun dan awal tahun. Dan lagi, ia rekaan baharu, bukan bersandarkan al-Quran dan hadis.”

Mengapa pencinta sunah mengatakan ia bidaah? Atas 2 perkara:

  1. Pengkhususan ‘sempena’ atau pengkhususan masa tertentu, sedangkan ia tidak bersandarkan Quran dan Hadis. Tidak ada anjuran begitu dalam Islam.
  2. Ritual lain sebelum dan selepas berdoa awal dan akhir tahun adalah pengkhususan, rekaan, bukan berasal dari Quran dan Hadis.

Sila tonton / dengar  penjelasan Kapten Hafiz Firdaus berikut ini yang berasaskan fakta, dalil dan hujah:

 

 

Kang Razzi Armansur

Kang Razzi Armansur

Seorang penulis yang menjadikan penulisan sebagai kerjayanya. Telah menghasilkan lebih kurang 50 judul buku pelbagai genre. Menulis menggunakan formula Suami Beristeri 5, Patah Muntah, Makmum Mengikut Imam. Menghasilkan sebuah buku khusus untuk yang MAHU menulis, dengan judul, "Ini Buku Saya!"

SPONSOR

SPONSOR