Ukhwah.com
ukhwah.com-u;lama-merapu

Ada ‘Orang Agama’ bikin cerita dongeng, petik nama Rasulullah untuk merapu

Selalunya, asalkan pakai simbol-simbol agama seperti kopiah, serban, jubah, cakap ‘ana anta’ maka akan digelar ‘Ustaz’ dengan apa yang keluar dari mulutnya, mengenai agama, dianggap sahih belaka.

Begitulah ada seorang yang menggelarkan dirinya atau digelar ‘Ustaz’ Mohaizat, kerap merapu dan kemungkinan sekali mengajak menempah tiket ke neraka, sebab ada kalanya menggunakan nama Rasulullah untuk berbohong.

Baru-baru ini sekali lagi beliau merapu dengan mengatakan (lebih kurang), “Ulama zaman dulu, lepas berbincang kalau tak ada keputusan, akan terus selak langsir dan bertanya terus kepada Rasulullah.” Merapu sebegini merujuk selepas Rasulullah sudah wafat, di mana di sebalik langsir, Rasulullah hadir membantu masalah yang berkaitan dengan hukum-hakam. Tak perlu majlis fatwa.

Dalam video [REACT] yang sangat popular, Syihabudin Ahmad Md Yatim, membantah dengan nada yang tinggi — bahawa inilah sebenarnya merapu,  membodohkan orang Islam yang percaya.

Nota: Syihabuddin tidak memakai simbol-simbol dan persepsi agama seperti kopiah, serban, jubah, kain sangkut di bahu, lambang selipar (capal), sebab itu jarang sangat beliau dipanggil ‘Ustaz’ atau seperti merasakan dirinya tidak layak digelar ‘Ustaz’ memandangkan ‘Uztas’ itu gelaran yang tinggi — berjawatan Professor dan bergelar Dr., kalau universiti di Timur Tengah. Bukan merendahkan gelaran itu dengan menggelar noja / siak masjid, tukang azan, sebagai ‘Ustaz’.

Antara [REACT] beliau, mengenai pembodohan Mohaizat ialah:

  1. Di samping kenyataan yang membodohkan umat, ia juga kenyataan yang merbahaya.
  2. Membuatkan diri kita diperbodohkan.
  3. Merendahkan martabat ilmu dalam Islam. Tidak perlu mencari dan mangkaji ilmu Islam, hanya perlu selak langsir tanya terus pada Rasulullah saw.
  4. Para Imam mahzab berselisih pendapat, tidak ada yang menyelak langsir bertanya terus pada Rasulullah.
  5. Selepas kewafatan Rasulullah saw, tiada sebarang wasiat, siapa yang akan dijadikan khalifah pertama. Para sahabat tidak menyelak langsir dan bertanya kepada arwah Rasulullah saw.
  6. Menghina ulama-ulama besar di mana mereka tidak perlu sama sekali berselisih pendapat, berhujah, menelusuri susur galur hadis — hanya perlu selak langsir, tanya pada Rasulullah saw.

Dan lain-lain lagi yang boleh ditonton dalam video [REACT] berikut ini:

Kang Razzi Armansur

Kang Razzi Armansur

Seorang penulis yang menjadikan penulisan sebagai kerjayanya. Telah menghasilkan lebih kurang 50 judul buku pelbagai genre. Menulis menggunakan formula Suami Beristeri 5, Patah Muntah, Makmum Mengikut Imam. Menghasilkan sebuah buku khusus untuk yang MAHU menulis, dengan judul, "Ini Buku Saya!"

SPONSOR

SPONSOR